Wednesday, 9 October 2013

Bangkok - Day 2 cont'd

Masih lagi di hari kedua.. dari the Grand Palace, hajat hati nak ke Chinatown Bangkok.  Naik bot dan turun di Ratchawong pier. Keluar dari kawasan pier dan berjalan menyusuri Jalan Ratchawong, hingga ke persimpangan Sampheng Market.  

Lokasi Sampheng Market @ Chinatown
Menyusuri pula lorong di sepanjang Sampheng Market yang panjang, di kiri kanan ada kedai-kedai menjual pelbagai barang, tapi takde beli apa-apa pun.

Sampheng Market
Chinatown @ Yaowarat
Aktiviti kami di sini cuma jalan-jalan tanpa tujuan, kemudian balik semula ke Ratchawong pier and off to Sathorn Taksin (Central Pier).

leaving Chao Phraya

Seperti biasa, naik BTS, turun di Siam station, sambung berjalan-jalan di shopping complex kembar Siam - Paragon/Centre/Discovery. 

Promosi Samsung UHD TV @ Paragon

Diantara tiga shopping mall tu, yang nampak creative sikit ialah Siam Centre. Taglinenya - Absolute Siam..memang banyak work of art kat sini..


lounge


event Ferrari - ada simulation drive

Kemudian ke Siam Discovery..ada promosi Madame Tussauds, tapi malas nak masuk, nak tengok patung2..Seperti biasa, cuma jalan-jalan, window shopping, retail market survey..






Tiba-tiba ternampak promosi THB360 sejam untuk reflexology and urut tradisional Thai, apalagi..terus cari spa ni dan merehatkan diri (untuk sesi reflexology saja). Sejam urut tradisional Thai tu, tersiksa..kena pijak, kena tekan, kena tarik, kena siku..tahan je lah..

the spa - dinding bilik dari rumpun buluh - igloo style
lepas kena pijak - diberi minum
Selepas urut Thai, badan yang letih, menjadi segar, minda cergas. Bergerak keluar ke MBK pula dengan tujuan nak cari makan.



Generally, MBK ni macam Sungai Wang Plaza. Anchor tenant - Tokyu departmental store. Kalau di utara, tokyu tu kicap..Mula-mula nak lunch di International Food Court, tapi tak jadi, bila nampak Yana Restaurant di depan food court tu..


Halal stall @ International Food Court
Cuma tapau shawarma kebab di gerai Arab ni untuk dinner..RM16 satu, dah order, baru perasan, redho jelah..tapi Alhamdulillah, sedap juga kebabnya..

Lunch disini
Dah makan, balik hotel..sambung sebelah malam pula..
 ...............................................................

Itineray malam, ke shopping mall lagi..kali ni ke Central World dan Platinum. Jalan kaki, lalu ketiga-tiga shopping mall - Siam Discovery, Centre and Paragon.

from Siam Centre to Paragon

Turun ambik gambar di entrance Siam Ocean World di Paragon. Siang tadi tak pergi.


 

pintu keluar

Mula-mula nak jalan menyusuri jalanraya saja, tapi tengok keadaan gelap dan tak ramai orang, naik tangga ke skywalk. Jauh juga Central World ni, kira exercise di malam hari. Central World juga high-end shopping complex, lagi besar, ada ice-skating ring.

Central World
Disebabkan nak juga pergi Platinum, jalan kaki lagi...tengok pukul 8.00 malam dah tutup. Dekat Platinum ada Pratunam, retail mall juga.  Jalan 'jam', padat dengan kenderaan. 

Dah tak larat nak jelajah shopping mall, decided nak balik saja..Nak naik BTS di Chit Lom station, tapi nak menyampai ke stesen, berjalan kaki jauh juga.. Skywalk di bahagian ni cantik sikit, maklumlah kawasan elit - lokasi untuk high-end retail malls (Erawan, Gayson dan Amarin) dan hotel-hotel ternama dan berbintang-bintang.


skywalk to Chit Lom station

Erawan retail mall

Enough of shopping malls.. time to go back and sleep.

Saturday, 5 October 2013

Bangkok - Day 2 : to Grand Palace via Chao Phraya

Sambung cerita hari kedua..

Hari ni mengikut itinerary, nak ke Grand Palace, tempat bersemayam King Bhumibol dan Queen Sirikit, raja yang paling lama dalam sejarah negara Thai. Riki-riki, nak ke sini ada dua cara, boleh ikut jalan darat ataupun ikut sungai. Dah semestinya, bila sampai di Bangkok, nak tengok, feel, Menam Chao Phraya yang famous tuSo, kami pilih untuk naik river cruise. Subjek Geography revisited..

Dalam hujan renyai-renyai, berjalan ke National Stadium station, top-up Rabbit Card for another THB100, sebab nak jalan jauh, stored value dah tinggal THB40.  Dari National Stadium, turun di Saphan Taksin, stesen ni dalam Silom line juga. Keluar Exit 2 dan turun tangga untuk ke Central Pier (Sathorn Taksin).
 
the Pier

Kami pilih untuk naik Choa Phraya Tourist Boat, harga tiket THB150 (RM15 je) untuk satu hari, boleh naik/turun boat, sampai lebam. Travel guide juga diberi sama, boleh buat rujukan sebab ada lokasi tempat2 menarik di sepanjang Chao Phraya.

the ticket and travel guide
naik bot ni
Chao Phraya..
 
view di Chao Phraya

 Menam Chao Phraya dah di depan mata..besar giler...air naik sebab hujan, menakutkan juga..tapi nak merasa bercruise di sungai ni, bila tengok orang-orang Thai rileks je...rasa berani jugalah..


dalam bot
Dalam bot ni, ada seorang driver, konductor dan seorang kelindan (betul kot). Bila bot nak berhenti di pier, kelindan akan tiup wisel. Mula-mula tu tak tahu sebab sibuk dok snap-snap gambar. Rimas juga, apa bunyi bising-bising tiup wisel ni, tapi bila dah berapa kali berhenti, fahamlah sudah kaedahnya.

Bila nak menghampiri pier, kelindan ni akan lompat atas pier dan sangkut tali bot ke batang kayu. Bila dah selesai, dia akan tiup wisel lagi, bagi isyarat pada driver. Driver tu memang tak toleh belakangnya, nak monitor penumpang ke apa..tugasannya drive saja..hehe..

Bot ni berhenti tak lama, kena bersedia awal-awal kalau nak turun/naik bot..kalau terhegeh-hegeh, memang sayonara lah..tapi nak berdiri diatas pier tu agak scary juga, teroleng-oleng dan tak stabil, nak turun/naik boat pun sama, pandai-pandailah timing bila dan kat mana nak lompat..hmm pengalaman, pengalaman..

Untuk ke Grand Palace, turun di Tha Chang Pier (N9). Akan melalui kedai-kedai untuk ke jalan raya dan dah nampak pagar istana berwarna putih. Jalan terus ke main entrance dan terus ke kaunter.  Walaupun hujan, ramai sungguh rombongan pelancong, berbas-bas.

dah sampai
bangunan-bangunan di Grand Palace
Entrance fee - THB500. Semakin naik harganya. Kompleks istana ni luasnya 218,000 meter persegi dan terdapat banyak bangunan. Ada one lady approach, bertanyakan samada nak ambil tour guide. Tak ambil, cuma jalan-jalan je, nak refer pamphlet, pun malas. Just snap photos of these magnificient buildings of Siamese architecture - intricate workmanship..stunning and I am stunned..




the guard changing ceremony
the colonial building
the colonial building
highlight of the tour..the GRAND PALACE

Chakri Maha Prasat Hall
perarakan pengawal
Dusita Phirom Hall
Dusit Maha Prasat Hall
Sebelum keluar, singgah melawat the Queen Sirikit Museum of Textiles - melihat baju-baju Queen Sirikit dan kain-kain Thai silk. End of tour.
  
Kesimpulannya, the Grand Palace ni mesti ada dalam itinerary bila berada di Bangkok. Stunning view and magnificient buildings..sesiapa yang minat architecture, it is a feast to the eyes..

Disebabkan tak berminat nak melawat wat-wat yang ada disini, bergerak semula ke Tha Chang pier untuk menunggu bot ke destinasi seterusnya..khob khun kha..

Friday, 4 October 2013

Bangkok - what's the story, morning glory?

Assalamualaikum..hari kedua di Bangkok, disambut dengan hujan renyai-renyai di hari Jumaat..okaylah, nak story sikit tentang Muangphol Mansion..namapun, ala-ala Thai..

Muangphol Mansion
*Abaikan talian elektrik yang berselirat, berserabut, bergulung tu. Pemandangan biasa di Bangkok*

Inilah bangunannya, old design, 9-storey, ada lif dan juga tangga, front door open 24-hour, bahagian bawahnya ada travel agent dan pejabat Muangphol Company. Jalan depannya dipanggil Soi Kasem San 1. Soi bermaksud lorong.

ala Kaseem
..teringat cerita Ibu Mertuaku
 
Harga bilik RM100 per night (via Agoda). Very basic and ada small fridge. Toiletries tidak disediakan (kena bawa sendiri). Cerek air takde, ok je, kalau nak air panas untuk minum, boleh beli kat cafe di bawah, THB5 (RM0.50 je)..Yang tak bestnya, hot water system di bilik air, kejap ada, kejap takde dan air-conditionnya yang jenis lama, sekali on, macam enjin bot, punya le kuat bunyinya. Takde controller, bila rasa sejuk sangat, off main switch, bila rasa lemas, udara tak bergerak, pergi on balik...tengah tidur, boleh bangun berjalan nak off/on switch..sleep walking....tapi Alhamdulillah, ada tempat berteduh..sabo jelah..

Lokasinya, dekat sangat dengan Exit 1 BTS National Stadium (last station Silom line). Seberang jalan besar, ada indoor stadium dan stadium bola. Boleh berjalan kaki je ke Siam Discovery, Siam Centre, MBK dan yang sewaktu dengannya. Kedai 7-Eleven ada berhampiran. Memang OK sangat dengan harganya..
--------------------------------------------------------

Selesai breakfast di dalam bilik, turun ke cafe, tengok ada English newspaper..baca sekejap..wahh ada berita terhangat dari tanahair..

Ini biasalahh..  
 
Berjalan keluar bangunan..leganya dapat fresh air. Hari masih hujan lagi. Misi tetap diteruskan, memandangkan masa yang singkat di Bangkok ni..

National Stadium station
 
Kelihatan permulaan skywalk yang menyambungkan tiga stesen BTS - National Stadium, Siam dan Chit Lom. Skywalk ni berada beberapa meter saja dibawah trek BTS. BTS di Bangkok menggunakan single track system sebab tu treknya ada dua tingkat, satu incoming dan satu outgoing.

Silom line - dibawahnya skywalk
Sukhumvit (kiri) dan Silom (kanan) to and from Siam station 
tangga ke skywalk under Silom line


Skywalk ni very convenient, disambung terus ke shopping mall berdekatan stesen. Di KL pun dah banyak bina skywalk dekat LRT/monorail stations.

Coach train BTS canggih sikit, lebih kurang sama design dengan coach subway di Seoul. Siemens brand, kemasan yang menarik, ada electronic train route indicator and built-in screens for station indicator and in-train entertainment (mostly advertisements)..

coach yg canggih


only in Thailand

#morning glory - kalau di Thailand, ialah sayur kangkung...

Khob khun ka...to be continued..