Sunday, 3 November 2013

Pancaran Biru

Assalamualaikum...salam maal hijrah 1435H yang akan menjelma tidak lama lagi..

Kawan-kawan, seronok tak dapat hadiah 'lucky draw'? Kalau hadiahnya best, mestilah seronok kan. Masa company dinner haritu, Alhamdulillah, me dapatlah satu hadiah ni...Samsung blu-ray dvd player. 

Masa announcement dibuat, rasa nak let go je, sebab malas nak ada dvd player ni, cukuplah tengok dalam laptop saja, lagipun channel Astro tu pun tak tertengok, inikan pula nak tengok dvd, cd, segala...tapi at last ambiklah juga..

Dah lama terbiar atas meja, tak buka-buka, semalam barulah mula operasi pemasangan..sangat mudah just plug-n-play..

the one

alahai..dari negara seberang rupanya..

Ingatkan dvd player ni hanya untuk dvd dan cd movie saja, rupa-rupanya boleh juga untuk cd music...alahai, kesiannya..tak up-to-date tentang gadget-gadget ni..tak berminat..


the player..small in size
choose one
For testing, trylah dua dvd ni..yang ni saja yang ada dalam simpanan..the verdict, not bad sebab tengok kat TV, kalau tengok dalam laptop kurang feel sikit..

dua-dua best..
Andalucia:Revenge of the Goddess ni cerita Jepun tapi shooting kat France dan Spain. Sebab tajuknya Andalucia, tu yang beli, tapi not bad, action movie dan cinematografi yang menarik.  Kingdom of Heaven pun best, di akhirnya kisah penaklukan Kota Jerusalem oleh Salahuddin Al-Ayubi, dah pernah cerita dalam entry ini.

Paginya pula, try pasang CD ni pula..Ruqyah Syariah..ayat-ayat pembatal sihir..


Alhamdulillah, dapat hadiah DVD player ni..

Wednesday, 30 October 2013

Staff perempuan memang suka benda-benda macam ni..

Assalamualaikum..selamat malam..hari ni, busy sungguh, tapi sempat juga bw ke blog kawan2..release tension..sekarang ni barulah ada masa nak update..

Ni kisah perempuan2 kat pejabat...kalau dah ramai2, memang kejadian macam ni mesti berlaku...office2 lain pun sama juga kan? buat 'pot luck', buat makan2 kat pejabat..semalam pakat-pakat nak buat rojak buah...alamak, tengah menaip ni terliurlah pulak..

me bawa ni dan epal hijau
ofismate tengah potong buah mangga epal

pemotong buah
Bahan-bahan yang dibawa...mangga epal, epal hijau, epal merah, sengkuang dan nenas. Timun lak takde..tak teringat..Ada juga kacang tumbuk dan sos yang warna merah.

behind the scene
abaikan stapler and puncher tu...concentrate, focus
rojak buah limited edition
 sengkuang
Sengkuang ni pula untuk makan-makan begitu saja,sapu sos warna merah dan tabur kacang tumbuk...heaven...teringat zaman sekolah rendah dolu-dolu..

Sekian saja 'pot-luck' minggu ni...nextt..dah lama tak buat steamboat..hehe..

Monday, 28 October 2013

Sekadar Renungan: Terapi Rohani bila Sakit

Assalamualaikum, apa khabar semua? Yang sihat walafiat, Alhamdulillah. Yang sakit pun, Alhamdulillah. Banyak hikmah bila sakit ni..mai nak cerita..

Bila kita diuji dengan sakit, menunjukkan kita itu hamba Allah yang lemah lagi tidak berdaya. Setelah lama sihat, kita diuji dengan sakit atau kesusahan. Jadi sebagai hamba kita patut menerima ujian Allah itu, tidak kira apa bentuk dan jenisnya. Kita tidak boleh protes dan buruk sangka dengan Allah swt. Dia yang mencipta kita dan Dia berhak menguji dan menduga kita. Hakikatnya diri kita ini adalah milik Allah swt yang Maha Sempurna dari segala kekurangan dan cacat cela.

1. Bila diuji dengan sakit, sebenarnya Allah swt hendak menguji sifat sabar kita.  Bila tidak sabar, bermakna kita protes ujian dari Allah. Namun nak sabar bukan senang.  Mula-mula kita kena latih diri untuk bersabar. Bukan serta-merta dapat bersabar.  Antaranya kena faham dan tahu apa akibat dan kesan dari tidak sabar.  Kena latih diri bersabar dalam perkara-perkara yang kecil dahulu.  Mengambil teladan dan iktibar dari kisah-kisah orang-orang soleh.  Mungkin kita belum dapat betul-betul bersabar kerana kita juga belum betul-betul beriman.

"Perbandingan antara orang yang mengingati Tuhannya dengan orang yang tidak mengingati Tuhannya ialah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati"

Sabda Nabi saw: Ajaib sekali gaya hidup orang mukmin. Semua urusan hidupnya baik belaka. Apabila diuji (Allah) dengan nikmat (kegembiraan) dia bersyukur, dan apabila diuji (Allah) dengan penderitaan (kesakitan, kesusahan dan seumpamanya) dia dapat bersabar".  Kerana itu kita mesti terus berlatih bersabar dalam segala hal kalau kita mahu dikurniakan Allah nikmat syurga tanpa hisab di akhirat nanti.  Kalau kita dapat bersabar, sudah pasti Allah mengatakan kepada kita : "Kalau engkau tidak bersabar dengan ujianKu, engkau carilah Tuhan selainKu".

2. Bila ditimpa sesuatu musibah atau penyakit, kita disuruh dan diperintah Allah untuk mencari jalan penyelesaian.  Bukan berpeluk tubuh sahaja.  Pendek kata, kita wajib berusaha kuat kalau mahu berjaya.  Kita wajib berubat kalau kita sakit. Berdosa kalau kita tidak berusaha merawat sakit yang kita alami kerana setiap penyakit ada ubat kecuali mati.  Dalam pada itu, kita harus berpegang dan berkeyakinan bahawa kita hanya berusaha mencari ubat dan penawar. Penyembuh sebenarnya adalah Allah swt.

3. Ujian atau cubaan Allah swt ke atas hamba-hambaNya itu ada tujuannya.  Islam mengajar kita bahawa ujian sakit (tidak sihat) dan sebagainya itu bermaksud untuk menghapuskan dosa atau peningkatan darjat di sisiNya.  Dalam kes kematian, contohnya, ada dua bentuk kematian.  Mati didahului sakit panjang dan mati terkejut.  Walaupun kematian kita menjadi ilmu dan rahsia Allah swt, Nabi saw mengajar kita berdoa agar Allah melindungi kita dari mati terkejut.  Kenapa dan mengapa? Kerana mati jenis ini berbahaya.  Selalunya kebanyakan manusia berada dalam keadaan lalai dan tidak bersedia dengan taubat dan amalan.  Dia mati dalam keadaan dosanya tidak diampunkan Allah. 

Berbeza mati dengan didahului oleh sakit lama (panjang), manusia yang berfikiran waras akan insaf dan sedar lalu memperbanyakkan taubat serta istighfar kepada Allah swt.  Bahkan sakit yang dideritainya sekian lama itupun bertujuan untuk menghapus dosa-dosanya.  Beruntunglah sekiranya kita diberi peluang begini oleh Allah.

4.  Bila diuji dengan sakit, mendidik kita untuk bersyukur dan menghargai nikmat kesihatan.  Bila sakit barulah kita tahu apa itu harga kesihatan.  Wang dan harta bukan lagi keutamaan.  Kerana itu Nabi saw berpesan: "jagalah masa sihat sebelum datang masa sakit".  Semasa sihat, marilah sama-sama kita meningkatkan amal ibadat, iman dan taqwa kita kepada Allah.  Semasa sihat, marilah kita memperbanyakkan bekalan untuk hari yang panjang di hadapan.

5. Bila satu anggota kita sakit, seluruh badan kita turut rasa sakitnya.  Bila badan demam, seluruh anggota lain pun turut kena berjaga malam. Inilah diantara pengajaran dan hikmah yang besar yang mahu diajarkan Rasulullah saw kepada kita.

Beginilah sepatutnya kesatuan, ukhuwah, persaudaraan dan kasih sayang seluruh umat Islam di suatu tempat (jiran, kampung, daerah, kawasan, negeri, negara) ditimpa masalah, ujian dan kesulitan, maka umat Islam di tempat-tempat lain bingkas dan tampil menolong, membela dan mempertahankannya.  Kesusahan yang menimpa mereka terasa bagai menimpa batang tubuh kita juga.  Apabila mereka ditimpa penderitaan, kita juga turut rasa menderita.  Lalu bantuan dan pertolongan akan dihulurkan.  Dalam bentuk apa sahaja.  Paling kurang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka, Inilah roh persaudaraan Islam.  Inilah lambang dan syiar keimanan.  Inilah buah ketaqwaan.  Inilah tuntutan kalimah dua syahadah.

Sesungguhnya, umat Islam apabila tidak bersatu, mereka umpama lidi penyapu yang berserakan.  Sebaliknya sekiranya mereka bersatu, mereka umpama lidi-lidi yang disatukan menjadi penyapu yang kuat lagi mampu menyapu segala kekotoran dan sampah sarap.

Selagi kita teguh berpegang dan berpandukan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw, perasaan, kefahaman, kesedaran dan penghayatan ini tidak akan kemarau dari jiwa kita. Tidak akan lenyap dari sanubari kita. Tidak akan luput ditelan zaman.

--------------------------
Artikel diatas diambil dari pamphlet Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Semasa mengemas bilik, tengok banyak pula pamphlet2 lama yang tersimpan, nak dibuang begitu saja, rasa sayang pula, let's share it online.

*Menziarah orang sakit ni banyak pahalanya, InsyaAllah dan juga merupakan hak seorang Muslim kepada saudara Muslimnya* Semoga bermanfaat.