Sunday, 10 November 2013

Mari buat Kimbap

Orang Korea panggil kimbap. Orang Jepun panggil ni sushi. Kalau di Sogo, dilabel sebagai Californian roll. Apa-apa pun, kita panggil sushi jelah, yang ni lagi famous,kan..

Hari Sabtu semalam, sesi menghabiskan boreh sushi yang ada separuh peket lagi. Sebenarnya, ni kali kedua buat, first time dulu, masa sesi makan-makan sempena Aidil Fitri. Masa first time buat, rupanya tak semenggah sikit, berserabut.. 

Resepi ambil kat blog model 80an, disini.

bahan-bahannya - beras sushi, seaweed, jejari ketam & cuka epal
beras calrose

Untuk buat sushi, guna beras calrose. Beras biasa pun boleh kot (tak pernah try). Beras calrose ni dibeli di Sogo. Beras ni cuma basuh sekali saja, sukatannya 1 cawan beras, dua cawan air. Masak seperti nasi biasa, bila dah kering sikit airnya, campur cuka epal dan sedikit gula.  Kacau supaya dua-dua bahan ini sama rata. Tutup dan biarkan kering.  

Rebus jejari ketam. Kalau ada timun jepun, zuccini, lagi best, sebab dia rangup.  Cuma ini saja yang ada dalam peti sejuk, belasah sajalah.

Siap untuk dikerjakan
ni untuk buat sushi saiz besar
 
siap digulung, tunggu utk dipotong

sushi saiz kecik dan besar
Dah habis jejari ketam, selongkar peti sejuk, ada sosej dan daun bawang. Rebus sosej pula.

Inti sosej dan daun bawang

inti dah lari ke tepi

sepinggan sushi
Sepuluh helai seaweed dapatlah sepinggan besar sushi ni..puas makan. Untuk makan tengahari..sepatutnya makan dengan kicap wasabi, tapi saya makan begitu saja...

Friday, 8 November 2013

Mamak takde..

Assalamualaikum..selamat petang Jumaat..

Siapa suka rojak mamak? Siapa suka cendol? Kalau ada rojak mamak, selalunya gandingannya ialah cendol. Saling melengkapi.

Pagi tadi, sementara menunggu client di Jalan Sibu 17, singgah di sini for late breakfast. Lokasinya di tepi Jalan Kuching. First time, makan kat sini..


Order rojak biasa and also cendol lah..ada juga rojak mee, tapi yang ni kurang suka sikit. Dua orang wanita Indonesia sedang prepare rojak dan cendol..Mamak takde..gi mana? prepare tuk solat Jumaat kot? pegi branch lain kot? relax-relax kat rumah kot? entahlah..

menyiapkan cendol
adik manis sedang prepare rojak
the cendol..suka tak? suka tak?
the rojak..background ialah fail kerja

Makan tepi jalan dan tepi longkang sambil dibuai angin sepoi-sepoi bahasa dari kenderaan lalu-lalang..hehe..the verdict, rasanya biasa-biasa je..harga semua: RM6.00..standard price..ok, sambung buat kerja..

Sunday, 3 November 2013

Pancaran Biru

Assalamualaikum...salam maal hijrah 1435H yang akan menjelma tidak lama lagi..

Kawan-kawan, seronok tak dapat hadiah 'lucky draw'? Kalau hadiahnya best, mestilah seronok kan. Masa company dinner haritu, Alhamdulillah, me dapatlah satu hadiah ni...Samsung blu-ray dvd player. 

Masa announcement dibuat, rasa nak let go je, sebab malas nak ada dvd player ni, cukuplah tengok dalam laptop saja, lagipun channel Astro tu pun tak tertengok, inikan pula nak tengok dvd, cd, segala...tapi at last ambiklah juga..

Dah lama terbiar atas meja, tak buka-buka, semalam barulah mula operasi pemasangan..sangat mudah just plug-n-play..

the one

alahai..dari negara seberang rupanya..

Ingatkan dvd player ni hanya untuk dvd dan cd movie saja, rupa-rupanya boleh juga untuk cd music...alahai, kesiannya..tak up-to-date tentang gadget-gadget ni..tak berminat..


the player..small in size
choose one
For testing, trylah dua dvd ni..yang ni saja yang ada dalam simpanan..the verdict, not bad sebab tengok kat TV, kalau tengok dalam laptop kurang feel sikit..

dua-dua best..
Andalucia:Revenge of the Goddess ni cerita Jepun tapi shooting kat France dan Spain. Sebab tajuknya Andalucia, tu yang beli, tapi not bad, action movie dan cinematografi yang menarik.  Kingdom of Heaven pun best, di akhirnya kisah penaklukan Kota Jerusalem oleh Salahuddin Al-Ayubi, dah pernah cerita dalam entry ini.

Paginya pula, try pasang CD ni pula..Ruqyah Syariah..ayat-ayat pembatal sihir..


Alhamdulillah, dapat hadiah DVD player ni..