Assalamualaikum...
Cerita makan lagi...yelah, setiap hari balik rumah kul 11.00 malam,,kenalah JJCM sekitar office, nak order delivery, mahal bebenor,, hari-hari order, kopak den..huhu..macam nilah selalu, bila nak akhir-akhir tahun..
Malam semalam, ke gerai makanan sihat..ikan singgang. Lokasinya, off Jalan Tuanku Abdul Rahman, ikut lorong Restoran Nasi Kandar Kudu..berkumpulnya gerai-gerai ikan singgang..adalah lebihkurang 10 gerai..banyak pilihan, semua jual gulai singgang..
 |
background pembangunan - KL tower pun ada |
Pilihan kami, gerai ni, Selera Ikan Singgang..belasah je, first time makan kat sini..
Ketam singgang pun ada..actually, macam-macam singgang ada dalam menu..
Order singgang ikan kembung dan nasi putih..sementara menunggu, appetiser, keropok goreng cicah cili..
 |
keropok keras |
 |
suasana gerai |
Seperti biasa, ada penjual yang datang berjualan, yang jual pen haritu pun ada juga. Yang ni jual pelbagai fragrances..
 |
from France |
Dan juga pengutip derma untuk mangsa taufan Haiyan di Filipina. Siap ada pengiring, menyanyi sambil petik gitar..
Makanan dah sampai, mari lihat bagaimana rupanya..
 |
tu dia, ikan seekor je,kuah semangkuk bok |
 |
siap untuk dimakan, tak order sambal, menu sihatlah konon.. |
The verdict: Memang sedap, terasa lengkuas + cili padi nya..kuahnya banyak, kalau tak order air pun takpe.
Ada set - singgang + budu + sambal belacan + ulam-ulaman..
Ni singgang style Kelantan, ada yang panggil pindang. Ada juga yang letak kunyit, jadi kuah warna kuning...harga semangkuk = RM8.00..kalau beli ikan kembung, boleh dapat sekilo..hehe..ketam singgang, tak tahulah pulak berapa harganya...
---------------------------------------------------------------------
Dinner for tonite, Ayamas delivery...tak larat nak jalan and save time too, nak balik awal sikit..boss cakap boleh claim..Alhamdulillah..
 |
sejam baru sampai..rider dari Terengganu, katanya..tak jumpa bangunan... |
.jpg) |
BBQ chicken and black pepper.. |
OKlah, dah makan, sambung buat kerja..