Tanah tapak Highland Towers untuk dijual secara tender. Tapi maklumat mengenai tanah ni takde, yang berminat boleh beli 'Information Memorandum' daripada AmBank berharga RM200. Sesiapa yang nak beli, kena lantik sendiri consultants untuk evaluate keadaan tanah.
Menurut the Star, tawaran jualan ini termasuk 50 lot banglo seluas 60,224 meter persegi (15 ekar) berstatus pegangan bebas bersebelahan tapak Highland Towers.
source: the star online |
![]() |
Lokasinya |
Lokasi HT ni memang di tepi bukit. Selepas tragedi robohnya Blok 1 HT ni, ada dua lagi kejadian tanah runtuh di kawasan ini.
11 December ni, genaplah 20 tahun tragedi Highland Towers ni. Masih ada dua blok lagi, itu yang dibuat shooting filem 'Highland Towers'. Baru berkira-kira nak subscribe cerita ni kat Astro First this weekend..dengar khabar ada yang pening, muntah tengok cerita ni.....tengok trailernya pun dah sakit kepala..
![]() |
Highland Towers the movie |
OKlah, kita nantikan selepas 17 December ni, berapa harga tanah ni..tapi kalau pemaju beli, nak buat apa ek, perumahan? ada ke pembeli? kawasan berisiko tinggi, rasanya bina kem bina semangat pun OK juga..tepi sungai, tepi bukit, tepi hutan...