Thursday, 26 December 2013

The Postcode: 55100 Kuala Lumpur

Jom jalan-jalan ke kawasan berposkod 55100 Kuala Lumpur..dimana??..the Golden Triangle..Bukit Bintang..tempat shopping paling glamer kat KL..


Kawasan Bukit Bintang ni is not my playground..dulu pada January 2011, dalam entry Hmm..Bukit Bintang datang sini atas urusan kerja..sekarang pun sama, urusan kerja juga..revisit, resurvey, revalue..

naik monorail lagi mudah
Jika nak ke kawasan ni adalah lebih mudah dengan KL monorail, lagipun sekarang tengah sesak dan berserabut dengan pembinaan MRT. Turun di stesen yang paling hangat iaitu Bukit Bintang station. Kenapa paling hangat? Sebab stesen nilah yang paling ramai penumpang, bersesak-sesak..local and tourists..Tambahan pula, stesen ni bersambung terus dengan Lot 10 Shopping Centre dan Sungai Wang Plaza dan within walking distance dengan lain-lain attractions di Bukit Bintang..Pavillion Mall, Starhill, Low Yat Plaza..

Destinasi utama saya ialah Lot 10 Shopping Centre. Ada apa dengan Lot 10? Lot 10 dan Starhill Gallery..dua-dua shopping centre dibawah YTL Group ni dah disenaraikan di Singapore Stock Exchange (SGX) under company Starhill Global REIT. REIT maksudnya Real Estate Investment Trust..atau dalam Bahasa Malaysianya..Unit Amanah Hartanah..nanti kita cerita mengenai REIT pula..

Selain Lot 10 dan Starhill, Pavillion Kuala Lumpur dan sebahagian Sungai Wang Plaza juga telah disenaraikan di Bursa Malaysia dibawah Pavillion REIT dan Capitamalls REIT...head to head competition..

Lot 10 Shopping Centre ni biasa je..ada Isetan, Zang Toi boutique, National Geographic dan yang terbaru - H & M outlet..dan specialty stores yang lain..nak cerita cuma yang di atas sekali dan yang di bawah sekali..kat rooftop, dah renovate dan dijadikan hutan..haha..'Forest in the City' begitulah taglinenya..jom tengok cammana hutannya..

deko lift lobby kat rooftop
suasana hijau

adalah suasana hutan sikit-sikit
Di rooftop, ada Celebrity Fitness gymnasium, Actor's Studio dan dua lagi outlets lain...OK, jom turun ke bawah sekali pula..ke Lower Ground..ada Hutong Lot 10..a foodcourt dan Isetan supermarket..

entrance ke Hutong dari Jalan Bukit Bintang
entrance dari Jalan Sultan Ismail
Hutong Lot 10
Ada satu je gerai yang menjual halal food iaitu di Sharifah Cafe..cafe ni letaknya di entrance dari Jalan Sultan Ismail. Boleh nampak masa turun tangga..
 


Nak try makan di sini, order rojak mamak dan teh panas..ada juga cendol pelbagai perisa..cendol nangka, cendol pisang..

macam sedap je
Rojak + teh panas = RM13.80..huhu..
Rojak mamak yang paling mahal pernah dimakan..RM10.30 sepinggan..Alhamdulillah, nasib baik sedap..kuah yg just nice, ada keropok kruk, kruk..cukuplah sekali..makan kat sini..

definitely..
Dah makan, jom ronda-ronda kat luar pula.  Keadaan memang sesak sebab tengah bina MRT..lupakan yang tu, let's survey..ukur jalan..

 

Tous les Jours cafe in the making
will be opened next year
Cafe Tous les Jours ni memang famous di Korea..menurut anak saudara saya..cafe ni kepunyaan ahli kumpulan SuJu..betul le kot..

Jalan lagi menyusuri Jalan Sultan Ismail, akan ternampak kedai-kedai arab macam ni..ada Nasi Hadramot, Sahara Tent, kedai runcit arab..


Ikut lorong tu, akan nampak pintu gerbang 'Ain Arabia'...mata arab? betul ke translation ni, atau tempat/benda arab..tapi tempat ni memang untuk tourists dari Middle Eastern yang ramai di kawasan Bukit Bintang ni..


Tapi macam 'hidup segan, mati tak mahu' je tempat ni, yang ada cuma taman kecik ni, arca-arca dan replika teko arab..haha..

replika teko arab
batu bersurat??
 Lokasi: Jalan Berangan, Bukit Bintang, KL


Hmm..Bukit Bintang..revisited.

Monday, 23 December 2013

Dilepas Tanpa Dibebaskan

Assalamualaikum.. 

Stress!!! dekat ofis lagi ni..jom layan puisi..puisi professional dari seorang lawyer..sourced dari www.muqreez.blogspot.com, tapi blog ni dah jadi private blog, cannot open maa..for invited readers only..to muqreez, minta halal ya, jangan saman saya....your poem is too irresistible..one in a million..

Dalam puisi ni banyak istilah undang-undang dalam bahasa Latin..tapi menarik sebab ia sebenarnya menceritakan proses undang-undang untuk membawa pesalah untuk dibicarakan didalam 'court'..dan juga suasana di dalam court..in fact, tajuk puisi ni pun sebenarnya satu bentuk hukuman yg selalu diputuskan oleh hakim...diaplikasikan dalam bentuk percintaan..untuk melepaskan si dia yang dicintai secara fizikal agak mudah tetapi mentally, untuk membebaskan sepenuhnya, agak payah juga..hmm..talking from experience?? not really..just imagination je..hehe..

Dilepas Tanpa Dibebaskan...
(Dedikasi khas untuk dia yang terlepas)

Berdiri aku di tengah ruang lakuna
Tiada locus standi untuk bicara
Bisa hanya berdiam suara
Untuk terus membela diri
Biar tak terbukti prima facie

Tiada waran yang disempurna
Sepina jua tak berpenerima
Sunyi riuh amicus curiae
Bagai di terra nullius ,aku sang persona nan grata

Bersandar hanya pada mens rea semata,
Dengan kejam telahku dihukum in absentia
Sedang cinta juga wajib dilaksana dan dilihat terlaksana..

Ku kini dimengertikan hakikat res judicata
Cinta agung tak bersatu lazimnya
Milikan eksklusif nan kekal itu, igauan cuma

Telah ku dilepaskan tanpa dibebaskan
Biar di penghujung hujahan pembelaan.....
 



tak faham?? sila google istilah undang-undang ni dan anda akan berkata ..wow..bestnya puisi ni...sangat kreatif penulisnya...percayalahh...sebab tu saya simpan puisi ni lamalah juga..bertahun-tahun..enjoy..

Friday, 13 December 2013

Kutu Datang Lagi

Assalamualaikum..selamat malam..


ku tunggu mu datang..

Secebis kertas, tertulis September. Apakah signifikannya?  Ya, bulan September 2014, InsyaAllah, saya akan dapat duit KUTU..hahaha!..tergelak besar...

Perancangan pertama untuk tahun 2014..MAIN KUTU..yang lain-lain belum rancang lagi..yang nilah yang pertama..hari Selasa lepas cabut undi..hehe..

Officemates di account department, aktif sungguh main kutu, setiap tahun buat agenda ni.  Kali ni main dengan skala besar..projek mega 2014 dengan 36 penama..berdurasi selama 12 bulan. Sebulan tiga nama dapat habuan..setiap nama kena contribute RM100/- sebulan, so dapatlah RM3,600/-, banyak juga..tapi saya cuma ambil satu nama saja..

Entahlah, rasa kelakar pun ada...dalam hidup, adalah sekali main kutu. Itupun tak lama, terus bayar sampai habis, sebab bosan ada hutang tertunggak. Dan selepas tu, saya jadi anti main kutu..kerana dua sebab:

1) setiap bulan keluar duit, tapi tak dapat interest/dividen. Kalau simpan kat Tabung Haji/ASB setiap bulan, akhir tahun, ada juga dividen & bonus, adalah peningkatan dalam angka-angka..

2) rasa bosan terikat dengan hutang sampai setahun..sebenarnya boleh je buat rileks..as the time goes by, masa setahun tu cepat je berlalu..tapi entah, rasa macam tak best je..sebab almost setiap hari tengok muka kawan-kawan yang kita berhutang..hehe..

Tapi tahun ni lain pulak, bila ditanya, begitu lancar memberi jawapan, 'OKlah'..a change of heart?? a sign of aging, kot..kata hati, saja suka-suka, join the fun and also the fund..the more, the merrier..nak kata azam baru, tak le kot..

Sistem kutu ni tak tahulah macamana asalnya, tapi dah lama ada, sejak saya kecik lagi (tak le kecik sgt, rasanya sekolah rendah kot), ada macam-macam jenis kutu..kutu tupperware (main kutu sebab nak beli barangan jenama tupperware, mahal tak mampu nak bayar sekaligus), kutu pinggan-mangkuk, kutu kain batik, dsb..dan selalunya orang perempuanlah yg rajin organise benda-benda macam ni..mencipta macam-macam jenis kutu..ya dok?

Bila dipikirin, apa bestnya main kutu ni ya..tingg!!...sebenarnya sistem kutu ni ialah satu manifestasi semangat gotong-royong yang telah lama diamalkan dan sinonim dengan masyarakat Melayu..

Yang lain-lain yang boleh difikirkan termasuklah..(mcm menjawab soalan SPM pulak..)

1) mengeratkan silaturahim & memupuk semangat setiakawan yang tinggi

2) membantu mereka yang memerlukan wang yang banyak dengan segera

3) 'trust building' - melahirkan rasa percaya pada sahabat-sahabat

4) menjadi insan yang amanah

5) Last but not least, ada 'something to talk about in the office'..kadang-kadang kat ofis, takde common issue nak bersembang, melainkan kalau nak buat annual dinner/company trip/event, jemputan kahwin ke, baru dapat anak ke, barulah ada sikit commotion, everybody is talking the same thing..masa nak organise peserta untuk skim kutu ni, mcm komplot mafia je..rahsia, tak nak boss tau..

Kelemahan sistem kutu yang boleh difikirkan ialah 'tiada bonus/dividen' - you get what you pay, berisiko tinggi - ketua tak amanah, duit hilang dan juga boleh mengakibatkan permusuhan, bermasam-muka, tak puas hati, dll. 

Dulu pernah duit kutu kena curi sebab office dimasuki pencuri. Dia curi duit kutu dalam laci. Habis kecoh satu office, sapa nak ganti..masa tu, peserta kutu semuanya tension..sampai chairman pun tahu tapi at last dapat juga ganti dengan duit insurance..

Sekian, doakan saya istiqomah main kutu ni sampai ke akhir tahun 2014..InsyaAllah..