Jom jalan-jalan ke kawasan berposkod 55100 Kuala Lumpur..dimana??..the Golden Triangle..Bukit Bintang..tempat shopping paling glamer kat KL..
Kawasan Bukit Bintang ni is not my playground..dulu pada January 2011, dalam entry Hmm..Bukit Bintang datang sini atas urusan kerja..sekarang pun sama, urusan kerja juga..revisit, resurvey, revalue..
naik monorail lagi mudah |
Jika nak ke kawasan ni adalah lebih mudah dengan KL monorail, lagipun sekarang tengah sesak dan berserabut dengan pembinaan MRT. Turun di stesen yang paling hangat iaitu Bukit Bintang station. Kenapa paling hangat? Sebab stesen nilah yang paling ramai penumpang, bersesak-sesak..local and tourists..Tambahan pula, stesen ni bersambung terus dengan Lot 10 Shopping Centre dan Sungai Wang Plaza dan within walking distance dengan lain-lain attractions di Bukit Bintang..Pavillion Mall, Starhill, Low Yat Plaza..
Destinasi utama saya ialah Lot 10 Shopping Centre. Ada apa dengan Lot 10? Lot 10 dan Starhill Gallery..dua-dua shopping centre dibawah YTL Group ni dah disenaraikan di Singapore Stock Exchange (SGX) under company Starhill Global REIT. REIT maksudnya Real Estate Investment Trust..atau dalam Bahasa Malaysianya..Unit Amanah Hartanah..nanti kita cerita mengenai REIT pula..
Selain Lot 10 dan Starhill, Pavillion Kuala Lumpur dan sebahagian Sungai Wang Plaza juga telah disenaraikan di Bursa Malaysia dibawah Pavillion REIT dan Capitamalls REIT...head to head competition..
Lot 10 Shopping Centre ni biasa je..ada Isetan, Zang Toi boutique, National Geographic dan yang terbaru - H & M outlet..dan specialty stores yang lain..nak cerita cuma yang di atas sekali dan yang di bawah sekali..kat rooftop, dah renovate dan dijadikan hutan..haha..'Forest in the City' begitulah taglinenya..jom tengok cammana hutannya..
deko lift lobby kat rooftop |
![]() |
suasana hijau |
![]() |
adalah suasana hutan sikit-sikit |
Di rooftop, ada Celebrity Fitness gymnasium, Actor's Studio dan dua lagi outlets lain...OK, jom turun ke bawah sekali pula..ke Lower Ground..ada Hutong Lot 10..a foodcourt dan Isetan supermarket..
entrance ke Hutong dari Jalan Bukit Bintang |
entrance dari Jalan Sultan Ismail |
![]() |
Hutong Lot 10 |
Ada satu je gerai yang menjual halal food iaitu di Sharifah Cafe..cafe ni letaknya di entrance dari Jalan Sultan Ismail. Boleh nampak masa turun tangga..
Nak try makan di sini, order rojak mamak dan teh panas..ada juga cendol pelbagai perisa..cendol nangka, cendol pisang..
macam sedap je |
Rojak + teh panas = RM13.80..huhu.. |
Rojak mamak yang paling mahal pernah dimakan..RM10.30 sepinggan..Alhamdulillah, nasib baik sedap..kuah yg just nice, ada keropok kruk, kruk..cukuplah sekali..makan kat sini..
definitely.. |
Dah makan, jom ronda-ronda kat luar pula. Keadaan memang sesak sebab tengah bina MRT..lupakan yang tu, let's survey..ukur jalan..
Tous les Jours cafe in the making |
will be opened next year |
Cafe Tous les Jours ni memang famous di Korea..menurut anak saudara saya..cafe ni kepunyaan ahli kumpulan SuJu..betul le kot..
Jalan lagi menyusuri Jalan Sultan Ismail, akan ternampak kedai-kedai arab macam ni..ada Nasi Hadramot, Sahara Tent, kedai runcit arab..
Ikut lorong tu, akan nampak pintu gerbang 'Ain Arabia'...mata arab? betul ke translation ni, atau tempat/benda arab..tapi tempat ni memang untuk tourists dari Middle Eastern yang ramai di kawasan Bukit Bintang ni..
Tapi macam 'hidup segan, mati tak mahu' je tempat ni, yang ada cuma taman kecik ni, arca-arca dan replika teko arab..haha..
replika teko arab |
batu bersurat?? |
Lokasi: Jalan Berangan, Bukit Bintang, KL
Hmm..Bukit Bintang..revisited.