Monday, 20 January 2014

Chocolate Museum @ Kota Damansara

Assalamualaikum..salam Maulidur Rasul 1435H..masih lagi meriah di sana-sini meraikan hari kelahiran junjungan mulia Rasulullah SAW..selawat dan salam keatas baginda dan ahi keluarga serta para sahabat-sahabat baginda..
----------------------------------------------------
Entry kali ni dah lama, masa cuti Krismas tahun lepas. Secara tak sengaja terjumpa tempat ni semasa ambil gambar kilang-kilang di Kota Damansara.. nak buat report kerja. Memang tak pernah tahu kewujudan muzium ni di KD, kalau yang di bawah Dataran Merdeka, ada baca di blog supermeng malaya..

Chocolate Museum @ Kota Damansara - yang pertama di Malaysia dan di Asia Tenggara, begitulah taglinenya. Muzium ini dibawah DR Group Holding Sdn Bhd, terletak di No. 2, Jalan Teknologi 3/5, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, Selangor Darul Ehsan.  Dibuka setiap hari, 10pagi-5petang, masuk adalah percuma - free admission. Sesi lawatan bermula..

pengasas DR Group - Dato' Dahlan Rashid
main entrance
laluan ke gudang
 

Melangkah masuk ke dalam muzium ini, disambut oleh pahlawan coklat dari Sarawak berbaju pua kumbu ni..

don't eat me
Namanya pun muzium, maka banyaklah sejarah dan informasi mengenai coklat di sepanjang lorong menuju ke Chocolate Kitchen dan Chocolate Galleria. Menurut maklumat yang ada, coklat mula ditemui oleh kaum Aztec di Mexico pada tahun 1500 BC. Sesiapa yang pernah menonton movie Chocolat, ada diceritakan sejarah mengenai asal-usul coklat ni..

the start of the museum
Ada juga demonstrasi pembuatan coklat di Chocolate Kitchen. Yang dibawah ni seni kreatif daripada coklat..nyum, nyum..nampak menyelerakan..




solid chocolate

the Chocolate Kitchen
the Chocolate Kitchen
coklat buatan Malaysia
the Chocolate Galleria....ada patung milkmaid coklat..
Chocolate Galleria ni duty-free outlet, tapi harganya takleh lawan yang kat Langkawi, tapi consider murah dari harga di luar...gila juga tengok coklat-coklat disini..sambar jugalah sekeping dua..

yang ni sedap
On the way balik, akan terjumpa benda-benda kecil ni dalam glass cabinet..sangat cute..

little things
yang dibawah ni bukan dibuat daripada coklat..tapi the authentic labu sayong..cenderahati dari mereka yang pernah membuat lawatan ke muzium ini..



Sekian saja lawatan sambil belajar untuk hari ni. Untuk maklumat lanjut - sila layari website www.drgroup.com.my

Saturday, 11 January 2014

Less havoc..the Sentul Park

Assalamualaikum...

Hi, anda kecewa? Statistik melaporkan 41% orang KL kecewa dengan kesesakan lalu lintas..ya, benar..stress woo..traffic jam kat KL..kalau hujan lagilah..

So, jangan stress2, let's unwind, rehat-rehatkan minda dari kesibukan kerja, kemacetan kotaraya, moh kita ke Sentul Park @ Sentul West..ketenangan, keheningan yang mendamaikan. Lokasinya di Jalan Strachan, off Jalan Ipoh...

Lokasi
Dengan keluasan 35 ekar, Sentul Park, dipenuhi dengan kehijauan semulajadi dan tasik yang mendamaikan..Ada juga bangunan-bangunan lama ala Inggeris, yang menggunakan 'facing bricks' (batu-bata merah), yang wujud sejak zaman British lagi. A perfect place for photo shoot..

a soothing welcome

the oasis of serenity








Japanese koi

kura-kura

Disini ada dua restoran iaitu SAMIRA by Asian Terrace, a Thai-Vietnamese resto dan Bistro Richard. Ada juga Sentul Koi Centre tapi macam dah tutup.


SAMIRA by Asian Terrace overlooking the lake
by the lakeside

Bagi peminat teater, stand-up comedy atau lain-lain performance, bolehlah ke KL Performing Act Centre (KLPac) disini.  Bangunannya unik, kombinasi lama dan baru.

bahagian depan bangunan KLPac





the facing bricks and the glass cladding
macam kat UK la
nice combination - old and new
Menurut wikipedia, bangunan lama ni dibina dalam tahun 1800. Ia sebenarnya ialah kilang papan. Dibom semasa perang dunia kedua dan kemudian dibina semula. Cantik kan kombinasi dua-dua bangunan ni, dah macam kat UK..

Apa ada dalam bangunan ni? Jom pi tengok sat..ada cafe, auditorium, halls..

santai habis - selipar, shorts, singlet, semua boleh pakai
What's in the house, babe? no,no..these were taken in Nov 2013..
mana yang best - kanan atau kiri? dua2 kan..
Selain bangunan ni, ada satu lagi bangunan lama English-style, dah usang tapi tetap menarik..

 

a photoshoot hot spot
Overall, tempat ni still KL's best-kept secret, tak ramai pengunjung, tak macam Tasik Titiwangsa atau Tasik Perdana..less havoc, havoc. For KLites, check it out..

Wednesday, 8 January 2014

Drama Korea itu..gadgetnya, awesome!

Assalamualaikum...

Kdrama, anyone? I'm sure ramai di luar sana yang pernah, suka, obsess menonton drama Korea...sapa tak suka? tak pernah tengok? Put your hands up and let your dreams up (2pm lah sangat)..hmm..stress kerja...

Saya sebenarnya lebih suka tengok historical kdrama atau sageuk..sebab apa? Menyeronokkan minda, dari segi pakaiannya, perhiasannya, makanan yang unik, strata sosial/budaya yang menarik, hinggalah ke cinematografi yang cantik...

Tapi kadang2 stress juga, bila tengok suasana di zaman kuno macam tu, rasa tensi..arghh..mulalah membebel..'takkan raja pun tak kenal?'..'kenapa tak dapat maklumat'..ingat zaman tu ada TV, ada suratkhabar, ada telefon..haha..penonton lak yang over reacting..lagi satu, ada unsur-unsur ganas..kalau nak bunuh, ambik pedang..zass..selamba je..

Di antara sageuks yang best bagi saya ialah Jewel in the Palace, the Slave Hunter, Sungkyunkwan Scandal, Dong Yi, Conspiracy in the Court, the Princess's Man, the Moon Embracing the Sun..

Drama moden pun ada tonton juga tapi tak sebanyak sageuks, yang ada dalam list cuma dua - Cinderella's Sisters dan Personal Taste, dua2 drama tahun 2010. Swallow the Sun dan Rooftop Prince, tak habis download, cam bosan sebab dah tengok kat TV..

Entry kali ni takde berkaitan dengan sagueks tapi nak cerita tentang kdrama moden, yang ada gadget yg awesome, iaitu drama the Birth of the Family dan Personal Taste. Pernah nonton? Personal Taste rasanya ramai yang dah tengok, the Birth of the Family? Entahlah, sebab drama ni takdelah popular sangat..

Masa first time tengok gadget ni, rasa..wow..betul ke benda ni wujud di alam nyata? ke..dalam drama saja? kalau gadget James Bond tu memang dah sedia maklum takde dijual di pasaran, tapi gadget dalam kdrama ni macam ada je..jom review..

The Birth of the Family
Menonton drama ni di channel One Astro, start tengok pun dah separuh episod, semuanya ada 50+ episod. Kisah seorang anak angkat yang mencari ibubapa kandung. Ada satu episod-episod terakhir (tak ingat episod berapa), ada scene buat kimbap di dapur dan ternampaklah satu gadget yang awesome di sini..yang macam oven ni..
  


Ini kaedah hydroponic versi moden - Nano Garden Concept

bestnya buat kimbap macam ni
Dalam tahun 2010, Engineering Department of Hyundai telah mencipta Nano Garden Concept, yang menang award 2010 Fast Company Idea  untuk kategori produk komersil dan industri. 

Nano Garden Concept - source: kitchen hunter

Definisi Nano Garden - "The Nano Garden is an indoor garden made of glass. It’s a controlled environment that’s perfect to grow vegetables, herbs and even flowers. There’s an built-in light and watering system that controls the interior conditions. The machine lets users know when to provide water and other nutrients. Additionally, it acts as a natural air purifier for your home". 

Wah, intelligent betul Nano Garden ni, macam Farmville je..bestkan ada Nano Garden, kalau nak buat laksa, coleslaw ke, petik je salad tepi dapur...let your dream up..haha..


Personal Taste
No need introduction, sebab ramai kdrama lovers dah tahu cerita ni, Lee Min-Ho oppa tu yang jadi hero. Tujuan sebenar tengok drama ni, bukanlah sebab LMH tu tapi masa pegi Bukchon Hanok Village, ada la singgah, ambik gambar rumah hanok Sanggojae ni (dapat tahu dari blog orang lain). Disebabkan curious nak tengok macamana interior rumah ni, balik dari Seoul, downloadlah drama ni..begitulah kisahnya.

Frankly speaking, kurang gemar cerita ni, sebab heroinnya yang mengada-ngada, lagi bodoh2 alang tu..an insult to the mind..stop at episod 6, and then, fast forward to episod akhir..yang tengah2 tu, main langkau2 je..tengok part yang best-best je, especially scene final presentation of the building design and concept..

Episod yg ada gajet awesome ialah scene masa nak bayar barangan shopping..guna mobile card..mati-mati saya ingat mobile card tu mcm credit card, rupanya mobile phone je..

  
gi shopping tapi dua-dua tak bawa wallet

macamana rupa mobile card tu

oh, ada special scanner
handphone! .ingatkan credit card

awesome, ada jual ke hp mcm ni? apa brand? ke, ada special apps?

apa beza cellphone and mobile phone? ke dia ni nak pekena perempuan tu?

I agree with you

siap keluar info free coupon dlm mobile phone tadi
paperless - takyah bawa coupons pun

Agak-agak brand apa handphone tu ye..nak kata smartphone or android, nampak cam besar gedabak juga...puas juga search dalam internet tapi yang keluar cuma mobile credit card reader saja macam ni..




                               source: www.nadirison.blogspot.com

Mobile card reader yang ada dipasaran guna apps dan scan credit card berasingan, tapi dalam drama tu, dia terus letak hp atas scanner. Handphone tu dah ibarat credit card. Tak pernah tahu pun ada hp macam ni, ke..saya yang ketinggalan zaman..siapa ada info ni - put, put your hands up!..