Monday, 3 March 2014

Sweet Little Things - tak perlu dibakar, yeayy..

Desserts yang yummy..tak perlu dibakar..

Chocolate Caramel Oreo Tart

cute - oreo turkey pops   
cooling effect - nutella cheesecake cup

Yang mana satu pilihan kalbu??


Untuk resepi, sila klik pada nama dessert, ada link ke source. 
Ohh..semuanya guna Oreo cookies..

Monday, 24 February 2014

Ke KLIA..

Assalamualaikum..

Cerita hari Isnin lepas. Ke KLIA, hantar kakak terbang ke Saudi Arabia untuk mengerjakan umrah. Small entourage, lima orang saja - dua makcik, seorang pakcik, seorang sepupu dan my sister.  Ambil package Andalusia dan terbang dengan Saudia.  Memang best naik Saudia ni, direct flight terus ke Madinah. Hassle-free, compared to turun di Jeddah, kena naik bas ke Madinah..

tagline - penyucian jiwa di tanah suci
get ready for group check-in
  

 Ramai sungguh yang nak pergi umrah..mari kita buat survey..

Rayhar Travel - beg ungu
Utas Travel - beg kuning hitam
Yiros Travel  dari Chini, Pahang - beg hijau
Andalusia lagi

last shot before departing
berkumpul mendengar taklimat
taklimat dan doa dari muktawif
bon voyage
InsyaAllah, dijadualkan balik pada hari Jumaat 28 Februari 2014.

Tuesday, 18 February 2014

Baru dan Lama

Assalamualaikum..

Sambungan kisah perjalanan secara ad-hoc ke Taiping. Tidur semalam di Kuala Kangsar, pagi Ahad bergerak balik KL. Selepas tol Jalan Duta, akan ternampaklah nun diatas bukit, tersergam indah Istana Negara yang baru..terus melencong naik flyover yg bersimpang-siur itu. Dah banyak kali lalu Jalan Duta ni sejak istana tu siap, tapi entah tak terfikir nak gi naik atas. Bila Supemeng Malaya buat entri ke sini, baru terfikir nak check it out..the viral effect..Kesetiaan pada Raja dan Negara..

Tapi ambik gambar ala-kadar je sebab cuaca panas sangat, nak buka mata pun payah, dah pukul 12.00 tengahari..ramai juga pelancong..mostly dari Indonesia..bapak2, ibu2..








Ada pengawal berkuda..tapi macam geli je nak gi dekat, sebab bau busuk, kuda tu kencing kat situ juga..yelah mana tahan kan..

Istana baru ni boleh tengok dari jauh sajalah. Nak zoom dekat2 pun, kamera compact sajo. Tapi istana yang lama, pernah masuk. Pada hari pertabalan Agong dlm tahun 2012, adalah pegi ambik gambar di luar Istana Negara lama dalam entri ini. Nampak 'bunting' pameran Raja Kita, minggu depannya pergi terjah masuk istana, tapi cuma boleh masuk balai rongseri ni saja. Rasanya pameran ni masih lagi on sampai sekarang..


at the compound
Untuk kenangan..kena naik bukit juga. Kebanyakan istana dibina atas bukit kan..