Sunday, 18 May 2014

Tokyo Street..

Assalamualaikum..konichiwa..moshi-moshi..

Sebulan dua ni..puas sungguh baca entry tentang Jepun, ramai benor blogger yang travel ke sana. Saya pun nak join juga buat entry Jepun..hehe..tapi gi Tokyo Street je..di Pavillion..ambik mood..
  
souce: pavillion

Tokyo Street ni di Level 6..memang banyaklah kedai-kedai Jepun...kedai kecik-kecik..


Sebelum tu, singgah di sini dulu...ada exhibition sempena Tango No Sekku or Japanese Children's Day yang diraikan pada 5 Mei, setiap tahun..

Children's Day (こどもの日 Kodomo no Hi)

This national holiday was established in 1948, as a day on which to esteem the personalities of children and plan for their happiness. It is on this day that the Japanese equivalent of the Dragon Boat Festival (端午の節句 Tango no Sekku) is held. On this day, and for some time before it, families who have a boy in their home may fly koinobori and decorate their homes with armor or samurai dolls. Children's Day marks the end of Golden Week.

Kodomo no Hi dan Tango no Sekku ni festival yang sama. Mula-mula dipanggil Tango no Sekku, kemudian pada tahun 1948, diganti dengan nama Kodomo no Hi.  Teringat pula pada Kodomo lion, kodomo tu kanak-kanak le kot..

Bestkan Jepun ni, siap ada cuti umum untuk celebrate hari kanak-kanak, hari warga emas (respect for the-aged day), hari menjadi dewasa (coming of age day)..very family-oriented..


Ada juga pameran fashion dari oriental fashion designer..


lagi mengenai Tango no Sekku..ibubapa akan menaikkan koinobori atau bendera ikan kap/koi dan kintaro dolls pakai helmet pahlawan (kabuto) naik ikan karp. Kintaro dan kabuto ni simbol anak lelaki yang kuat dan sihat..

Ikan kap ni dianggap mempunyai daya juang yang tinggi..oo..patutlah ikan ni dipanggil Japanese carp..ikan hiasan yang cantik warnanya..

OK, moh masuk ke kawasan kedai-kedai pula..



Ada macam-macam kedai..jual bonsai, Hokkaido crepe, Okinawa matcha milk. Saya cuma singgah di Daiso..kedai RM5..

Keluar dari Pavillion, menapak ke Low Yat, nak cari powerbank..


Moon - maskot untuk Line (gambar ambik masa CNY)
the tallest Liuli crystal fountain
Liuli ni sapa? Taiwan's artistic Chinese glassware expert studio Liuligongfang. Water fountain ni valued at RM8 juta..fuyoo..

Menyusuri Jalan Bukit Bintang ke Plaza Low Yat, lalu depan kedai ni..Koreanlah pulak..



Just 'no pork', halal ke idok, tak pasti, tanya kat pekerja dia, orang Bangladesh, dia cakap halal, sebab nak cepat, tak singgah, maybe next time..

Thursday, 15 May 2014

Morning Talk, Sembang Petang, Diskusi Malam

Assalamulaikum...

Minggu lepas yang busy...menyempatkan diri untuk hadir beberapa talks..bertukar angin, mengisi minda..meeting new people..networking..

Bermula hari Rabu, 7 Mei, menghadiri Morning Talk organised by Fiabci (International Real Estate Federation) Malaysian Chapter..talk on new legislation..Personal Data Protection Act 2010..

The speaker with the MC
the speaker
Speaker ni seorang lawyer..well, yang well-verse tentang law mestilah lawyerkan..sebagai pengguna, kita kena ambil tahu Act ni sebab ia membabitkan data peribadi kita..dalam hidup, kita banyak bagi data-data peribadi dalam pelbagai urusan komersil seperti banking, insurance, beli rumah, beli kereta, beli tiket AA, MAS..isi borang ni, borang tu, online lagi..semua data-data tu dilindungi oleh Act ni..

Talk ni cuma dua jam saja, lepas tu, jalan-jalan menghirup udara segar di kawasan equestrian ni..sebelah hutan, ada anak sungai..

Japanese carp

the stable
miaw-miaw

Petang Ahad pula, hadiri Majlis Minum Petang Amal anjuran Nisa' Wilayah Persekutuan di Dewan Burhanuddin Helmi, Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak..makan-makan sambil mendengar pengisian yang tajuknya 'Kesukarelawan Dalam Perspektif Islam' bersama ahli panel Ustaz Hj Jamuledin Elias dari Yayasan Amal Malaysia dan Ustazah Salamiah Mohd Noor, wakil Pertubuhan Amal Khadijah (PERAMAH)..




Forum yang membangun jiwa dan minda serta memotivasikan diri untuk peduli dengan masalah masyarakat.  Mendengar secara langsung pengalaman Ustaz Hj Jamuledin yang menjalankan misi dakwah ke Sabah dan ke rumah-rumah panjang di Sarawak dan juga peristiwa serangan ke atas kapal Mavi Marmara di perairan Israel dalam misi bantuan ke Gaza.  Juga saranan dari Ustazah Salamiah mengenai pengurusan dana, masa dan tenaga di dalam menggerakkan aktiviti sukarela bagi badan-badan NGO Islam.


Sambil makan, tetamu dihiburkan oleh the Mekanika Band.

Diskusi malam...sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia dalam program Temu Mata di Dewan Orang Ramai, Taman Gombak anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dan PAS Kawasan Batu. Tetamunya Datuk A Samad Said, Sasterawan Negara (1986).


Hari Kebebasan Akhbar Sedunia atau World Press Freedom Day dianjur oleh UNESCO pada 3hb Mei setiap tahun.


"3 May was proclaimed World Press Freedom Day the UN General Assembly in 1993 following a Recommendation adopted at the twenty-sixth session of UNESCO's General Conference in 1991.

It serves as an occasion to inform citizens of violations of press freedom - a reminder that in dozens of countries around the world, publications are censored, fined, suspended and closed down, while journalists, editors and publishers are harassed, attacked, detained and even murdered"

Dato' A Samad Said sedang bercerita mengenai sejarah
Di dalam program ini juga, kami diingatkan mengenai peristiwa penubuhan negara haram Israel pada 15 Mei 1948. Tarikh itu juga berlakunya peristiwa Nakbah Palestin dimana rakyat Palestin diusir dari negara mereka, ada yang dibunuh, ditangkap dan dipenjarakan serta kampung-kampung mereka  dimusnahkan..



Wednesday, 7 May 2014

Jejak Warisan KL : Chinatown 2

Assalamualaikum...sambung cerita jalan-jalan ke chinatown KL...where did we stop? Ooo..di cafe ni..


Berjalan di kaki lima kedai-kedai lama, berteduh dari panahan mentari..ada pulak sangkar-sangkar burung ni...


Takdelah nampak kedai burung kat sini..rupa-rupanya ada hotel..Birdnest Hotel..sangkar burung sebagai landmark..*clever, clever*..

Jalan lagi menuju ke arah Petaling Street..jalan yang famous di KL..sangat sinonim dengan chinatown ni..

the modern Petaling Street
Tak masuk ke Petaling Street sebab tak tahan..sesak sangat..dan juga sebab-sebab lain...ehem..ehem..

Lalu depan kedai teh..dia punya wall deco menarik perhatian, very exotic..perempuan Melayu ke Nyonya..berkain batik, terselit bunga raya di sanggulnya..very Malaysian..I like..

mari minum teh..
 *ada reflection gambar kren..huhu..*

Semasa berjalan menuju ke car park, tiba-tiba terpandang this view di celah-celah lorong belakang..

dari jauh..kurang jelas, kamera tak canggih

 The highlight of Chinatown tour on foot..




masih lagi berpenghuni....business as usual
lokasinya
Sekian, chinatown memang menarik dilawati secara 'on foot'.  Foreign tourists pun ramai yang jalan-jalan di sini..

xie-xie for reading..