Saturday, 5 July 2014

Singapore - Day 2 : Orchard Road

Assalamualaikum...

Masih lagi di hari kedua di Singapore, nak pergi Orchard Road. Dari Dhoby Ghaut, naik MRT ke Orchard station. Station ni bersambung dengan dua shopping complex, ION Orchard dan Wisma Atria. Ke kiri untuk ke ION, ke kanan ke Atria.

Kami ke kanan dulu, jalan-jalan window shopping. Manusia memang ramailah, sebab ada sale. Kemudian ke ION. Ada event apa tak tau, ada celebrity, tapi tak kenal.


Takde apa yang dibeli disini, cuma people-watching saja, cari exit, keluar ke Orchard Road.


ION Orchard
 
Hari dah nak dekat pukul satu dan cuaca sangat panas waktu ni. Decided to take a break..nak sangat ada tempat yang sejuk yang boleh duduk atas lantai sambil lunjur-lunjur kaki..dah penat..

Teringat ada baca dalam satu blog, dekat sini ada satu masjid tapi tak ingat pulak nama masjid tu..Alhamdulillah, ternampak satu neighbourhood map, mari refer kat map ni..nasib baik ada, itupun dah hujung2 map..Masjid Al-Falah, namanya. Kena jalan ke arah timur dan menyeberang Orchard Road...jom kita stroll Orchard Road..

shopping complex di sepanjang Orchard Road
Dikiri kanan Orchard Road ni memang penuh dengan high-end retail complexes..Ngee Ann City, Takashiyama, dan disebelah sana, Paragon, Tangs..apa yang best di Singapore ni ialah ada saja pokok-pokok yang menghijaukan suasana..disepanjang Orchard Road ni, memang terdapat pokok-pokok besar...redup saja..


Alhamdulillah..dah dekat..haiya'alah falah..inilah masjidnya..di bangunan ini..


pintu  masuk utama
Dapatlah kami duduk berehat, melunjur-lunjurkan kaki sebelum solat..memang lega sungguh..Alhamdulillah..masjidnya sangat selesa dan women-friendly..tempat wuduk dan toilets dekat dgn tempat solat di tingkat bawah..ada juga tempat solat wanita di tingkat atas..ada cafe, library..




Terdapat banyak mural-mural nasihat untuk menjadi seorang Muslim yang baik di masjid ni..."Building a Gracious Society"..be kind, help others, greet someone, etc..Juga untuk menjadi Muslim yang progresif..to be adaptive, to be religiously resilient and to be progressive..

bagus macam ni - ada fidyah box
Selepas menunaikan kewajipan, bergerak semula ke Orchard stn untuk ke destinasi seterusnya....

depan Paragon

OK, bersambung ke destinasi seterusnya...

Wednesday, 2 July 2014

Singapore - Day 2 : Geylang Serai to Vivo City

Assalamualaikum semua...semoga ceria-ceria selalu..

Hari ke-dua di Singapore. Pagi ni kami nak pergi sarapan di pasar Geylang Serai. Apa yang menarik di pasar ni? Macam-macam ada, masakan Melayu sudah tentunya..

Naik MRT ke Paya Lebar station..satu stesen saja dari Aljunied. Dari Paya Lebar station ke pasar Geylang Serai, jauh juga nak jalan kaki..tapi takpe, jalan santai-santai, morning walk sambil tengok pekerja-pekerja sedang pasang khemah untuk Bazar Ramadhan..


Di sepanjang jalan besar Sims Avenue ni dah dipasang dekorasi menyambut bulan Ramadhan dan juga Hari Raya..pasang dua2 sekali, mudahkan..memang meriah..

Yang ni pula Bazar Ramadhan..gempak habis..besar sungguh kawasan yang diperuntukan untuk bazar ni..dari stesen Paya Lebar hingga ke pasar Geylang Serai..

ada yang berminat?
Khemah-khemah yang dipasang ni proper sungguh..siap ada lantai papan, lampu dan kipas..semua sama design..bagus macam ni..

  

Dah sampai di Geylang Serai..jom ke pasarnya...Pasar Geylang Serai ni pasar moden dua tingkat..tingkat bawah jual barang-barang basah dan tingkat atas ada gerai-gerai makan..hari ni hari Sabtu..mak aii..ramai sungguh orang..


Full house..tempat duduk takde, jalan-jalan dulu, tengok pameran sejarah Geylang Serai..

 

sejarah Alsagoff
Geylang ni dah lama kita tahu kan..masa kecik-kecik dulu, selalu saja nyanyi pantun lama ni..

Geylang si paku geylang
Geylang si rama-rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama

Budak-budak sekarang tak taulah samada tau tak pantun ni..hihi..

OK, dah dapat tempat duduk..mari order makanan..rambang mata..tak tahu nak pilih..macam-macam nasi ada..nasi rawon, nasi lemak, nasi ambeng, nasi sambal goreng..order yang tak biasa dimakan..lets gastronomical adventure..

Saya order ni..nasi jenganan dan satu jenis laksa Singapore - laksa udang...hehe..brunch..sarapan merangkap makan tengahari..


My sister order ni..cuba teka? hishh..bulan posa suruh teka2 pulak..ya, betul..kacang pool..kacang pool Mustafa, bukan Haji ye..Haji yang kat Larkin tu..

The verdict: 
Nasi jenganan OKlah, first time makan..nasi putih, ada sambal sotong, pecal sayur, tempe..bila google, jenganan tu maksudnya pecal sayur rupanya..

Laksa udang..terbaikk..laksa lemak..ada rasa macam laksa Johor sikit tapi versi cair..must try, must try..highly recommended..kacang pool..biasa-biasa aja..

Dah habis makan, jalan-jalan pula ke Joo Chiat complex..depan pasar ni saja..hari ni ada event Pelancaran Dana Aidilfitri TAA..TAA ni singkatan untuk Tabung Amal Aidilfitri..trust fund yang mengutip derma untuk membantu orang Islam di Singapore di sepanjang bulan Ramadhan..


OK, destinasi seterusnya..Orchard Road. Tapi nak menapak ke MRT station, terasa malaslah pulak, so decided nak naik bas..bus stop depan complex ni saja..

Masalahnya tak tau nak naik bas apa..jangan gusar..bus stop di Singapore ni very user-friendly..informasi lengkap tentang bus no, bus route, bus stops, jarak di antara bus stops, nama jalan ikut alphabetical order..semuanya ada..ada bus stop yang lengkap dengan peta kawasan (neighbourhood map) lagi..memang mudah nak buat pilihan..cuma kena tahu bus stop untuk turun saja..

Di tengah-tengah kehangatan cuaca, pilih punya pilih, sebenarnya nak cari bas yang berhenti di mana2 MRT station..ternampak ada satu bas ni pergi ke Vivo City..memang tahu Vivo City ni bersambung dengan Harbourfront station..kebetulan bas yang dinanti sudah pun sampai, so apalagi, jump into the bus and naik ke atas for a better view..double-decker bus..

Jalan Geylang - pun ada dekorasi macam ni
Naik bas lagi best sebenarnya dari naik MRT..sebab boleh tengok view Singapore. 


Bas ni lalu kawasan Tanjung Katong..masihkah kau ingat? ya, pantun lagi..

Di Tanjung Katong, airnya biru
Disitulah tempatnya anak dara jelita
Duduk sekampung, lagikan rindu
Inikan pula jauh dimata..ewahh..


Suka kawasan perumahan di Tanjung Katong ni, penuh dengan kehijauan..


Dah lalu kawasan perumahan, masuk highway, masuk tunnel, heading towards Vivo City...jalanraya yang canggih..smooth rides..


wow..lima lorong..
Lalu tepi Port of Singapore - Pelabuhan Keppel..geography revisited..dulu baca dalam buku teks saja..


OK, dah sampai Vivo City, jangan lupa tap Tourist Pass sebelum turun..


Vivo City - a gateway to Sentosa Island..tapi tak pergi pun..just jalan-jalan saja..walaupun ada the Great Singapore Sale..tapi just window shopping..masuk Tangs, ronda-ronda shopping complex ni..last-last beli drinks di Giant..Malaysian invention..then, naik MRT arah Punggol ke Dhoby Ghaut station enroute to Orchard Road..

Harbourfront station
hopefully, MRT Malaysia nanti macam nilah hendaknya..
dah sampai Dhoby Ghaut station

Bersambung di Orchard Road..

Sunday, 29 June 2014

Singapore - Day 1 : Chinatown, Masjid Jamae (Chulia) & Merlion

Assalamualaikum..Salam Ramadhan Al-Mubarak..jadikan Ramadhan kali ini yang terbaik...

Sambung kisah perjalanan ke Singapore..dari Arab Street terus ke Chinatown..keluar saja dari station MRT Chinatown, dah sampai ke Pagoda Street. Yang best di sini...Chinatown Singapore masih mengekalkan bangunan-bangunan lama seperti juga di Arab Street..


Menarik..bangunan-bangunan dicat dengan pelbagai warna..Di sini cuma jalan-jalan dan beli souvenir..murah dijual disini..


Di akhir Pagoda Street simpang dengan South Bridge Road, belok kiri akan berjumpa dengan Masjid Jamae (Chulia) atau the Green Mosque..


Masjid ini diantara yang tertua di Singapore, dibina dalam tahun 1827 oleh masyarakat kaum Chulia yang berasal dari selatan India. Dipanggil juga Masjid Kling atau Masjid Chulia.

source: John Lee
Gate depannya tipikal senibina dari Southern India..dua minaret hijau..

sejarah Masjid Jamae
Destinasi seterusnya..ke Singapore River untuk melihat icon Singapura yang popular..Merlion..kepala singa yang keluar air pancut tu..

Dari Chinatown stn ke Outram Park dan naik green line ke Raffles Place stn..keluar ikut signboard Battery Road...nampak ada CIMB, Maybank dan Standard Chartered..

Maybank tower
 Lalu depan the Fullerton Hotel..


Lintas jalan, turun bawah ke Singapore River and walla..the Merlion Park..



Marina Bay Sands and the Singapore flyer
river cruise boat, Mandarin Oriental hotel and the flyer

Ramai yang menunggu laser show..start pukul 8.00 malam..
laser show at Marina Bay Sands
Laser show..so-so saja..bolehlah..free entertainment..

End of Day 1