Alhamdulillah, selamat mendarat di tanahair pagi Ahad lepas. Lapan hari mengembara di negara Jepun, the land of the rising sun, memang best..nak abadikan pengalaman ini untuk kenangan dan juga untuk panduan di masa depan..
Untuk trip ni, fly in to Chubu, Nagoya and fly back via Haneda, Tokyo. Naik Air Asia dgn total airfare - RM1,028.45. Lepas raya, beli Japan Rail (JR) Pass di Bangunan Amoda, dapat harga RM932.
Tiket pergi dibeli dalam bulan Januari lagi, kemudian rancang-rancang perjalanan secara kasar, baru beli tiket balik dalam bulan Mac, selepas kakak saya balik dari umrah. Dalam bulan Mac juga settle booking semua hotel. Gigih betul, bersemangat nak gi Jepun, 6 bulan buat itinerary, buat research..Lama juga nak tunggu trip to realise, lebih kurang lapan bulan gitu, orang lain dah pergi berhanami, bersakura-san, bersushi, bershinkansen, kami memendam rasa..huhu..counting months...sabar, sabar...
At last, hari yang ditunggu sekian lama dahpun tiba, bergeraklah ke KLIA2 malam 12 September. Flight pukul 00:45, pukul 7.30++ mlm, dah check-in (sebab malas nak kehulu kehilir dengan beg besar)...sekali, masa tunggu nak boarding, ada announcement nama kami berdua, suruh pergi verify boarding pass kat kaunter gate berlepas...entahlah, mungkin check-in awal sangat kot..tak dapat boarding pass yang kertas keras tu...huhu..
Alhamdulillah, selamat mendarat di Chubu Centrair International Airport, Nagoya..pukul 8.20 pagi waktu tempatan...
Alhamdulillah, proses immigration sekejap je, then pi collect beg, freshen up, kemudian bergerak ke Access Plaza untuk ambil sky train ke Nagoya station. Skytrain ni under Meitetsu line, so Japan Rail Pass memang tak cover. JR Pass pun kena di activate di JR station di Nagoya city.
Kami beli first class car ticket yang berharga 1,230 yen, dapat dua tiket ni. Untuk masuk ke platform, tiket yang kecik je di slot in ke dalam tiang dan akan keluar balik di hujung tiang. Jangan lupa ambik balik tiket kecik ni..
six and a half hours to go |
Alhamdulillah, selamat mendarat di Chubu Centrair International Airport, Nagoya..pukul 8.20 pagi waktu tempatan...
Alhamdulillah, proses immigration sekejap je, then pi collect beg, freshen up, kemudian bergerak ke Access Plaza untuk ambil sky train ke Nagoya station. Skytrain ni under Meitetsu line, so Japan Rail Pass memang tak cover. JR Pass pun kena di activate di JR station di Nagoya city.
Laluan ke Access Plaza |
Information Centre |
Dalam tiket, dah ada nombor koc dan no. tempat duduk, so tunggu di koc yang betul..
no. koc ada ditulis diatas pintu kaca di depan pintu train |
Tiket yang besar diletak begini untuk conductor check...tak tahu sebenarnya, tiru passenger Jepun buat..hihi..
Train bergerak laju, mengambil masa 28 minit ke Nagoya station..sampai di station, blur sekejap..ramainya manusia, bergerak ke sana-sini, dari setiap penjuru..ambik nafass...nasib baik sebelum fly ke sini, dah study map Nagoya station ni, study macam nak ambik exam, so tahu yang train ni berhenti di Meitetsu station yang bersambung dengan JR station..so ikut je signboard JR, end up keluar bangunan dan masuk ke JR station..
Masuk je entrance JR, nampak coin lockers, tapi bila check, locker yg besar semuanya dah taken up. Alhamdulillah, ada seorang pakcik pekerja JR, nampak kami dok melilau cari locker, dia pun bagi isyarat yang locker penuh, dia suruh kami ikut dia pergi ke locker di tempat lain..kena pulak menempuh main entrance JR station yang penuh dengan ribuan manusia..
Tambahan pula hari Isnin ialah cuti umum di Jepun, ramai sungguh yang nak balik kampung, cuti tiga hari..dengan shopping complex Takashimaya pun dekat situ juga..
Dapat juga meloloskan diri, ikut pakcik tu, turun ke basement, ada banyak locker, dekat Exit 11 subway Sakura-dori, dekat dengan basement B1 & B2 Takashimaya..Alhamdulillah..ambik satu locker dgn harga 700yen..
Kira-kira duit syiling tak cukup pula, duit syiling 500yen takleh masuk..tanya kat satu couple Jepun ni, yang lelaki bersikap gentlemen, siap naik atas, tolong tukar duit..Alhamdulillah..arigato gonzaimas..
locker tempat simpan beg |
silver clock tower |
gold clock tower |
JR @ Takashimaya |
Hisho 'flight' monument and spiral building |
Untuk bergerak di Nagoya, kami beli weekend eco pass yang berharga 600yen, one-day pass untuk subway, city bus dan sight-seeing bus (Me-guru).
beli di ticket machine |
Nak ke mana kita? moh beli kain..haha..
Itinerary pertama, let's check out Masjid Nagoya ..bersambung.