Friday, 3 October 2014

Japan : Day 3 - ke Pulau Kyushu

Hari ketiga: Isnin, 15 September 2014.

Hari ni ialah Keirō no Hi (Respect for the Aged Day), cuti umum di Jepun. Diraikan pada hari Isnin minggu ketiga dalam bulan September. Hari meraikan warga emas.

Suasana lengang di pagi hari, masa ni pukul 6.15 pagi. Morning walk ke stesen Shin-Osaka.

best macam ni...laju je jalan

tempat parking basikal
Cuaca sejuk, 15 minit berjalan, sampai di stesen Shin-Osaka. Hari ni nak pergi lebih jauh, memaksimakan penggunaan JR pass. Kita ke Pulau Kyushu, ke bandar bom atom kedua, Nagasaki.  Disebabkan shinkansen tak pergi ke Nagasaki, kena transit di stesen Hakata di Fukuoka.


Seperti biasa, reserve tiket. Kali ni naik shinkansen Sakura, pukul 7.15 pagi. Dua setengah jam untuk sampai di Hakata station. Train ni pergi ke Kagoshima, stesen shinkansen terakhir.

ini shinkansen nya
Hari ni baru nak explore facilities dalam shinkansen, semalam ramai penumpang.
ada dressing room, ada powder room dan toilets. Yang ni toilet with diaper changing facility
Toilet memang canggih, nak lower kan toilet seat, guna sensor, nak flush pun guna sensor. Bila nak keluar, buka je kunci pintu tandas, toilet seat akan naik secara automatic. Canggih gila.

Baca suratkhabar dulu, sementara tunggu train conductor datang check tiket.


What's the interesting news? PM Jepun, Abe 'neutral' on consumption tax hike to 10%. Kalau jadi, October 2015, consumption tax akan naik 10%, sekarang dah 8%. Bertambah mahal lah hotel room.

Layan juga view pemandangan sebelum terlelap berkali-kali..


Dah sampai Hakata station, reserve tiket Limited Express Kamome ke Urakami station. Kenapa Urakami? Kenapa tak Nagasaki station? sebab nak pergi ke Peace Park, lagi dekat dari Urakami station.


Peace Park letaknya ke utara Urakami station
Naik ke platform, terjumpa suami isteri orang Indonesia nak pergi ke Huis Ten Bosch. Platform sebelah-menyebelah je. Tergugat perasaan, rasa macam nak jump train je..hehe..

Train dah sampai, jom naik. Mak aii, cantiknya train ni..dua jam duduk dalam train yang cantik, OK jer..

 
Ada semi-compartment seat
Layan view dari Hakata ke Urakami, view countryside, sawah padi lagi..


 Dah nak sampai Urakami, view laut pulak..



Dah sampai Urakami, singgah toilet dulu, ada langsir, pink untuk wanita, biru untuk lelaki..hehe..


toilet with langsir
Di Urakami station, hanya ada satu exit/entrance, keluar je, terus ke jalan besar. Untuk ke Peace Park, kena naik tram.  Di Nagasaki, takde subway. Hiroshima pun sama. Kenapa ye? entahlah, mungkin sebab dua-dua bandar ni pernah kena bom kot.

Stesen tram depan stesen Urakami, tengok makcik depan berlari-lari anak. Oh, tram dah nak sampai. Kami pun ikut berlari-lari juga. Terus lompat ke dalam tram..terus gi ke tempat pemandu. Tunjuk kat driver, duit syiling 140yen atas tapak tangan. Dah buat research, lupa pulak tram fare berapa yen. Driver tu baik, asingkan dua syiling 10yen, oo maknanya..tram fare ialah 120yen, kemudian dia bagi isyarat bayar masa nak turun. Tram fare di Nagasaki ialah flat rate 120yen.

Dah duduk, snap-snap gambar dalam tram. Old school sikit tram ni. Antik and klasik.


 


Dah sampai di stesen Matsuyamamachi, driver tu siap paling belakang, bagi isyarat supaya kami turun disini. Macam tahu-tahu je. Yelah, mana lagi nak pergi kan, melainkan tempat tourist yang famous di Nagasaki. Lintas trek tram dan lintas jalan utama, sampai di peta ni.

Layout Peace Park
Ada dua bahagian. Kita pergi ke kiri dulu , ke Peace Park yang ada monument dulu, nun atas bukit. Alhamdulillah, ada escalator.


 Jumpa fountain ni. Fountain of Peace.




Kemudian ada monumen-monumen lambang keamanan sumbangan dari negara-negara Barat seperti Jerman, Rusia.


Monument sumbangan negara Jerman
Bell of Nagasaki
the Peace Statue
Monument utama - the Peace Statue
The Peace Statue ni dibina pada tahun 1955 selepas 10 tahun peristiwa pengeboman oleh tentera US pada 9 Ogos 1945 dalam Perang Dunia ke-2. Tahun ni genap 69 tahun peristiwa tersebut.



total disaster
Dekat mana-mana plague/information yang ada di Peace Park ni, takde tulis pun US yang bom. Faham-faham sendiri.


Yang ni apa? Cuba teka


Hadiah pokok Dogwood dari US untuk rakyat Japan pada tahun 2013 sebab kerajaan Jepun bagi 3,000 batang pokok Cherry Blossom kepada US dalam tahun 1912. Ni kira membalas hadiah selepas 100 tahun..lama tu. US dan Japan dah ada diplomatik relationship sejak tahun 1912, tapi tahun 1945, US bom juga dua bandar di Jepun ni..hii..tak faham betul. Masa perang, kawan jadi lawan.

OKlah, dah habis ronda di sini, bergerak ke peace park di sebelah kanan pula, akan jumpa ni. Ground Zero. The Hypocenter of the Atomic Bomb Explosion. Tempat bom atom jatuh dan meletup pada pukul 11.02 pagi, 9 Ogos 1945.


gambar dalam plague ni diambil dalam bulan Oktober 1945

monumen 50 tahun
Naik lif untuk ke muzium, escalator takde, tak larat nak naik tangga, sayup, tinggi.

mascot muzium

view dari muzium
Malas nak masuk muzium, cuma pergi ke museum shop saja. Bergerak ke tram station. Kali ni nak naik train dari Nagasaki station.


tram station

takde palang pun tapi ada trafik light



Tram penuh sesak. Maklumlah hari cuti.

Nagasaki city

Nagasaki station bersambung dengan shopping complex
Yang berdiri pakai baju hitam dan bertopi jerami tu sebenarnya peminta sedekah. Bila lalu je tepi dia, terus dia buka tangan, nampak bekas untuk isi duit. Buat don't know je..


Sampai di station, nak reserve seat ke Hakata, dah habis reservation. Ramai sungguh nak balik, maklumlah cuti panjang. Takde reservation pun takpe, sebab train start dari station ni, boleh pilih seat..yuhuu..dalam train, apalagi berehat (baca: tidur).

tempat simpan beg mcm dalam kapal terbang. Keretapi Limited Kamome trainnya cantik-cantik
Dari Hakata ke Shin-Osaka pun tak dapat reservation, dah habis juga. Yang ni, kena beratur siap-siap, nak rebut seat sebab shinkansen dari stesen Kagoshima, dah ada penumpang, tapi Alhamdulillah, dapat juga seat. Ada yang kena berdiri.

full house di non-reserve coach
Dalam shinkansen, sambung berehat..hehe. Keseluruhan perjalanan, 9 jam dalam train, 3/4 dari masa jaga ku. Pergi balik : 5 jam (Shin Osaka - Hakata) dan 4 jam (Hakata-Nagasaki). Nak sangat maksima, ambik kau, sampai rasa cemuih naik keretapi.

Till then, Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Thursday, 2 October 2014

Japan : Day 2 - ke Osaka

Assalamualaikum...masih di hari ke-2. Dah melawat kampung Shirakawa-go, kembali ke pekan Takayama dan off to Nagoya untuk meneruskan perjalanan ke Osaka. Reserve tiket shinkansen pukul 6.11pm ke Shin-Osaka,..teruja, first time ni dalam seumur hidup naik bullet train..huhu..shinkansen di Jepun dah start dari tahun 1964, dah 50 tahun servis..

awal-awal lagi dah tunggu di platform
hari-hari terakhir di Nagoya city
iklan KYB yang kreatif
tu dia, dah mai..munjungnya yg sangat aerodinamik
Suka tengok 'penjaga platform' dalam gambar bawah ni, bila train nak datang, dia akan depakan tangan ke selatan, kemudian ke depan, dan akhirnya ke utara..sama jg kalau train dah berlepas..semacam jampi pulak..ditangan mereka ada 'wireless microphone', berselang-seli mereka buat announcement..tak faham, dalam bahasa Jepun..


Jom, dah sampai, shinkansen N700 series Hikari Superexpress 479, dengan kelajuan maximum 300km/j, jarak perjalanan 174.3km, dijangka sampai di Shin-Osaka pukul 7.03mlm..

untuk keriangan berganda
Walaupun laju, tapi tak terasa kelajuannya..duduk je dalam train, takde aktiviti apa, nak tengok luar, hari pun dah gelap, maka tidurlah jawabnya..dalam train je, dapat rehat..lepas ni, sambung balik aktiviti tarik beg berat, naik/turun tangga, jalan and jalan lagi..

ada jualan makan ringan dan minuman
Terjaga bila sampai di Kyoto station, takleh nak tido dah, dah dekat..nanti terbabas, susah pulak..akhirnya, Alhamdulillah, jejak kaki di bandar kedua di Jepun, kotaraya Osaka..

Untuk bergerak di Osaka, kami beli ICOCA card di ofis JR West, akan jumpa ofis ni masa on the way to subway station..Midosuji line. ICOCA ni macam touch n go card..harga 2000 yen, deposit 500yen, so yang tinggal stored value cuma 1500yen, boleh top-up..deposit boleh refund..boleh guna untuk subway, tram, keretapi, city bus di Osaka, Kobe, Hiroshima dan juga Kyoto..tapi di Kyoto, city bus tak link dengan ICOCA...menurut maklumat, next year, April 2015 baru diseragamkan dengan Kyoto city bus.

Ofis JR West di Shin-Osaka
Alhamdulillah, dah ada card, jom turun ke subway station..elevator, escalator nan hado..kena turun tangga..huhu..mungkin entrance lain ada kot, yang depan ofis JR ni takde..memang azab, angkat beg besar lagi berat turun tangga yang tinggi..bertabahlah..sikit je ni..hehe..
tunggu subway di Shin-Osaka, baru pukul 7.20mlm
Di Osaka, booking tiga malam di Hotel Consort..lokasinya, cuma satu station dari Shin-Osaka..kena turun di Nishinakajima-Minamigata station, sedapkan nama stesen ni..


Station subway ni sebenarnya bersebelahan dengan stesen keretapi Minamigata untuk Hankyu Railway sebab tu namanya panjang macam tu..trek keretapi Hankyu railway ni melintang ditengah-tengah jalanraya, setiap hari memang kena melintas line keretapi ni untuk ke hotel dan ke stesen..

Consort Hotel letaknya dekat Exit 2 subway station, tapi masa ni ada kerja-kerja construction, exit tu ditutup sementara..semua kena keluar Exit 1..dah lost orientation..print map kecik sangat..keluar exit 1, ambik kiri, kemudian jalan ke arah selatan, lintas line keretapi..tak nampak exit 2..
 
Lokasi Consort Hotel


Nampak Lawson, masuk, tanya, adik tu cakap belah sana (arah barat), jalan lagi, tapi rasa macam salah je, last2, mamat kat kedai basikal tu bagi direction yang betul...asyik berpusing setempat, sebenarnya hotel tu cuma lintas jalan depan Lawson tu je..Alhamdulillah, sampai juga akhirnya...dekat sangat dengan train station Minamigata..

Consort Hotel (source: Agoda)
Booked via Agoda, dapat RM534 untuk tiga malam without housekeeping, cuma RM178 per night (ada discount 30%)..bilik hotel biasalah standard Jepun, kecik je, nak solat, terpaksa kecik-kecik kan badan..

twin room
Yang penting, ada free wi-fi dalam bilik dan toilet pun OK, moden type, ada bidet.. 

Dah settle semua, plan nak turun ke downtown..nak cari makan..tengok pamphlet Halal Foods Osaka (ambik kat MATTA Fair)..decided pergi Ali's Kitchen..naik subway Midosuji direct to Shinsaibaishi station..tengok map kat station, tak ingat ambik exit apa, sampai je kat atas, dah ada tepi jalan utama ni, Nagahori-dori..happening, high-end area..ada butik LV, Christian Dior, dan banyak lagi, semua branded outlets..


Berpandukan pamphlet tu, akhirnya sampai juga..depan bangunan Diesel..restorannya di tingkat basement B1..masuk je, Ali sedang entertain one group orang Malaysia..restorannya standard Jepun juga, kecik je..sewa mahal..

Order nasi beriani with chicken and beef bothi dan air mango juice..

entrance ke restoran
suasana dalam resto...yang baju hijau tu Ali
Masa tunggu makanan, masuk seorang lelaki Melayu, orang Malaysia, duduk meja sebelah..berborak kosong, dia pun datang berdua, dengan kawan,  kawan dia tak sihat, dia datang tapau makanan, dah nak balik hari Selasa..

Makanan dah sampai, makan dulu..Alhamdulillah..total cost 3,000 yen.

nasi beriani
Ali ternampak pamphlet Osaka Halal Food yang kami bawa tu, mulalah pot pet pot pet dia bagi nasihat, "don't go to Indian restaurant, the meat they used is not halal", "Muslim-friendly restaurants also".  Dari kami belum makan, hingga nak keluar, lepas bayar, tak berenti-renti cakap benda yang sama. Bagus bagi nasihat sesama Muslim, makanan kan jadi darah daging..

Lepas makan, walaupun malam masih muda, baru pukul 10++, decided balik hotel je, berehat, esok dah nak jalan jauh, sekian saja untuk hari kedua.