Sunday, 12 October 2014

Japan : Day 4 - Masjid Kobe and Kobe Harborland

Perjalanan hari ke empat di Jepun, diteruskan lagi ke satu lagi bandar yang berada di laluan shinkansen iaitu Kobe. Shinkansen berhenti di Shin-Kobe station, simpan barang-barang yang dibeli dalam locker, ambil subway ke Sannomiya station.

Destinasi pertama nak pergi di Kobe ni ialah Masjid Kobe, masjid tertua di Jepun. Seperti biasa, bila malam selalu je 'fail', lost orientation, lost direction, dah print map tapi mana nak sama atas kertas dengan 'on site' kan..

Sannomiya station di belakang
Jalan-jalan sampai di signboard ke Flower RoadFlower Road ni salah satu tempat menarik di Kobe, kalau hari siang, mau je terus ke kawasan ni, ke arah Kobe Port. Tapi misi mesti diteruskan juga, last resort, nak jimat masa, decided naik teksi je. First time naik teksi di Jepun. Tunjuk map kat taxi driver, dia pun cari dan Alhamdulillah, sampai. Tambang teksi 700 yen.

Masjid Kobe
Disebabkan dah lewat, tak berkesempatan masuk ke masjid. Masuk ke dalam satu kedai runcit Muslim di depan masjid.

kedai runcit
Ada juga ni
Tanya kat tuanpunya kedai, ada lagi restoran Muslim dekat-dekat sini? sebenarnya nak dinner di Naan Inn tapi tutup hari ni. Tuanpunya kedai ni pun macam Ali's Kitchen juga, tak recommend pergi restoran India.

"We don't go to Indian's restaurants"

"If you want, I can show you one Tunisian restaurant, just around the corner"

Bila dia cakap macam tu, kami pun bersetuju. Dia pun suruh dua orang kawan dia tunjukkan kami restoran tu. "Just around the corner" tu adalah beratus meter dari kedai dia, jauh juga, berbelit-belit, lalu lorong-lorong, bersimpang-siur...sebab kawannya tu pun tak berapa pasti jalan ke restoran tu..kami dah rasa cuak, hajat hati nak cancel je..tapi memandangkan dah jauh berjalan, tanya kat depa, depa cakap tak jauh lagi..so teruskan juga..

Akhirnya, sampai juga ke Chameau Cafe..entahlah macamana nak 'pronounce'..chameau tu 'camel' kot..


Sebenarnya dari jauh, rasa was-was juga, tapi memandangkan restoran halal di Jepun ni, juga menghidang minuman keras untuk non-Muslim (pelik tapi benar), masuk jugalah..


Masuk je, perghh..keciknya..adalah tiga meja je kot..tuanpunya restoran tu pun datang dan beritahu makanan dah habis.."we have finished all our foods for tonight"..hampa, kecewa..huhu..takde rezeki..

Kami pun berjalan balik..main belasah je..ikut langkah kaki menuju ke arah selatan, ke arah jalan besar...


Lalu di kawasan Tsubaki-ya..menuruni bukit..snap gambar penutup manhole Kobe yang pelbagai bentuk ni..takde kerja, cari kerja..


last-last ended up di Motomachi station..keluarkan JR Pass, ambil train ke Kobe station untuk ke Harborland..


Masa ni dah pukul 9.00++ malam, jalan laju-laju ke arah tepi laut..ikut signboard..ikut jalanraya depan Umie Mall, tak ramai orang..suasana gelap risau juga..cuma ada lampu-lampu di pokok-pokok je..
Mosaic and Ferris Wheel
sampai di sini..ramainya manusia..ada pula event..promosi Octoberfest..isu yang tengah hot di Shah Alam kala ni..
 


kapal sedang berlabuh
Tak berlama-lama di sini, berjalan balik, tapi kali ni ikut shortcut dalam Umie Mall, ended up di main entrance JR Kobe station. Ambil train ke Shinnomiya, subway ke Shin-Kobe, ambil barang dalam locker and off ke Shin-Osaka.

On the way balik hotel, singgah di Gourmet City..beli buah tembikai Jepun yang sangat crunchy dan sedap ni..

highly-recommended
Alhamdulillah, end of Day 4. Tiga bandar dan satu pekan kecil. 
Esok dah nak gerak ke Kyoto pula.

Saturday, 11 October 2014

Japan : Day 4 : Okayama - Kurashiki

Dari Hiroshima, meneruskan perjalanan ke Okayama.  Yang famous di Okayama, ialah Korakuen, di antara tiga taman landskap yang tercantik di Jepun, selain di Kanazawa dan Mito, Ibaraki.  

Tapi tujuan kami ke sini, nak ambik local train ke luar bandar Okayama, ke bandar Kurashiki. Semasa zaman Edo (1603-1867), Kurashiki ni lokasi utama pengedaran barangan komoditi terpenting di Jepun iaitu beras. Bekalan beras dari kawasan sekitar dibawa ke Kurashiki dan disimpan di gudang-gudang sebelum diedarkan ke Osaka dan Edo (Tokyo). Nama Kurashiki pun berasal dari banyaknya gudang-gudang (kura) yang terdapat di sini.

Gudang-gudang, rumah-rumah merchant dan kawasan sekitarnya telah dipelihara dan kawasan ini dinamakan Bikan historical area.

"Bikan historical area contains many fine examples of 17th century wooden warehouses (kura, 倉) painted white with traditional black tiles, along a canal framed with weeping willows and filled with koi. The area has no electric poles in order to make it more closely resemble the look of the Meiji period"

Nak ke Kurashiki, ambil local train dari stesen Okayama atau Shin-Kurashiki. Dua-dua covered by JR Pass.

dalam local train ke Kurashiki
Dah sampai di JR Kurashiki station, ambil south exit. Sebenarnya di Kurashiki ni, ada dua tempat yang plan nak pergi, di selatan dan di utara. Bikan Historical area letaknya di selatan, so kita ke sana dulu. Keluar je pintu stesen, terus nampak pekan Kurashiki.
 
tak perasaan ini jam rupanya..pukul 2.05 petang






Nak mengelak dari berjalan kaki sejauh 1 kilometre, kami pun bertanya pada minah di kaunter bas, dia tulis atas kertas..2.45..lama lagi nak tunggu bas!..kemudian dia cakap.."10 minutes walk"..bersungguh-sungguh dia suruh kami jalan kaki je, nak tak nak, kami pun mengorak langkah ke sana..

peta bandar Kurashiki
lagi 500m

small town atmosphere
Berjalan kaki di bandar kecil memang seronok..enjoy the moment..


penutup manhole gambar 'the weeping willow'
so cute
Kurashiki town

Dan akhirnya...sampai jua..



the entrance

kedai-kedai souvenirs
kedai-kedai
merchant house
green building
menuju ke kawasan terusan
titian
ikan-ikan koi berenang-renang di Sungai Kurashiki
river cruise


Ramai pelancong masa ni, kebanyakannya pelancong tempatan. Aktiviti disini cuma berjalan-jalan dan snap-snap gambar saja. Ada beberapa muzium di sini, tapi malas nak masuk.

kawasan old quarters


pokok weeping willow dah jadi kering

pelancong Melayu tersesat sorang
jeti untuk river cruise


Museum of Folkcraft

 

Dah habis ronda-ronda, berjalan balik ke JR station. Singgah kedai makcik ni, beli green tea ice-cream.

 
tak manis sangat
 Lalu depan entrance ni, kelihatan ramai pelancong baru sampai.

ramai pelancong yang baru tiba
Dah sampai di JR station, berjalan terus menuju ke north exit pula dan akan nampak ni..Ario shopping complex dan satu bulatan besar untuk pejalan kaki.
 

Masuk ke dalam Ario. Ario seperti shopping complex biasa, ada retail outlets, food courts, McD, tapi bukan ini tujuannya. Keluar north exit Ario dan lalu di jambatan ni..jalan terus..



Tadaa..inilah dia tempat kedua di Kurashiki..


Tak pernah lagi pergi outlet park kat mana-mana, JPO pun tak sampai lagi, ni kiranya lawatan sulong ke outlet park..lagipun dah dekat..Mitsui Outlet Park akan dibuka di sebelah KLIA, ni consider buat retail survey sekali..*kerja*
 

Tahap fizikal masa ni dah hampir lemah tapi sampai je sini, terus jadi cergas, bertenaga,minda cerdas..betullah..shopping is a good therapy..ditambah-tambah pula ada harga runtuh..autumn sales..diskaun 30% to 50%, on top of that ada diskaun lagi..di convert-convert, lagi murah dari beli di Malaya..lastly, tiga handbag Michael Kors, tuala micro-fibre, kitchen utensils..selamat diangkut ke Malaysia..

one of the bags
hasil tangkapan
Masa balik ke station, baru perasan ada benda-benda ni diatas lampu jalan..kawaii..cutenya..
 


Sekian saja kisah di Kurashiki..old n moden small town.  Ada satu lagi destinasi di hari keempat di Jepun. 

Till then, have a nice weekend.