Perjalanan hari ke empat di Jepun, diteruskan lagi ke satu lagi bandar yang berada di laluan shinkansen iaitu Kobe. Shinkansen berhenti di Shin-Kobe station, simpan barang-barang yang dibeli dalam locker, ambil subway ke Sannomiya station.
Destinasi pertama nak pergi di Kobe ni ialah Masjid Kobe, masjid tertua di Jepun. Seperti biasa, bila malam selalu je 'fail', lost orientation, lost direction, dah print map tapi mana nak sama atas kertas dengan 'on site' kan..
Sannomiya station di belakang |
Jalan-jalan sampai di signboard ke Flower Road. Flower Road ni salah satu tempat menarik di Kobe, kalau hari siang, mau je terus ke kawasan ni, ke arah Kobe Port. Tapi misi mesti diteruskan juga, last resort, nak jimat masa, decided naik teksi je. First time naik teksi di Jepun. Tunjuk map kat taxi driver, dia pun cari dan Alhamdulillah, sampai. Tambang teksi 700 yen.
Masjid Kobe |
Disebabkan dah lewat, tak berkesempatan masuk ke masjid. Masuk ke dalam satu kedai runcit Muslim di depan masjid.
kedai runcit |
Ada juga ni |
Tanya kat tuanpunya kedai, ada lagi restoran Muslim dekat-dekat sini? sebenarnya nak dinner di Naan Inn tapi tutup hari ni. Tuanpunya kedai ni pun macam Ali's Kitchen juga, tak recommend pergi restoran India.
"We don't go to Indian's restaurants"
"If you want, I can show you one Tunisian restaurant, just around the corner"
Bila dia cakap macam tu, kami pun bersetuju. Dia pun suruh dua orang kawan dia tunjukkan kami restoran tu. "Just around the corner" tu adalah beratus meter dari kedai dia, jauh juga, berbelit-belit, lalu lorong-lorong, bersimpang-siur...sebab kawannya tu pun tak berapa pasti jalan ke restoran tu..kami dah rasa cuak, hajat hati nak cancel je..tapi memandangkan dah jauh berjalan, tanya kat depa, depa cakap tak jauh lagi..so teruskan juga..
Akhirnya, sampai juga ke Chameau Cafe..entahlah macamana nak 'pronounce'..chameau tu 'camel' kot..
Sebenarnya dari jauh, rasa was-was juga, tapi memandangkan restoran halal di Jepun ni, juga menghidang minuman keras untuk non-Muslim (pelik tapi benar), masuk jugalah..
Masuk je, perghh..keciknya..adalah tiga meja je kot..tuanpunya restoran tu pun datang dan beritahu makanan dah habis.."we have finished all our foods for tonight"..hampa, kecewa..huhu..takde rezeki..
Kami pun berjalan balik..main belasah je..ikut langkah kaki menuju ke arah selatan, ke arah jalan besar...
Lalu di kawasan Tsubaki-ya..menuruni bukit..snap gambar penutup manhole Kobe yang pelbagai bentuk ni..takde kerja, cari kerja..
last-last ended up di Motomachi station..keluarkan JR Pass, ambil train ke Kobe station untuk ke Harborland..
Masa ni dah pukul 9.00++ malam, jalan laju-laju ke arah tepi laut..ikut signboard..ikut jalanraya depan Umie Mall, tak ramai orang..suasana gelap risau juga..cuma ada lampu-lampu di pokok-pokok je..
Mosaic and Ferris Wheel |
kapal sedang berlabuh |
Tak berlama-lama di sini, berjalan balik, tapi kali ni ikut shortcut dalam Umie Mall, ended up di main entrance JR Kobe station. Ambil train ke Shinnomiya, subway ke Shin-Kobe, ambil barang dalam locker and off ke Shin-Osaka.
On the way balik hotel, singgah di Gourmet City..beli buah tembikai Jepun yang sangat crunchy dan sedap ni..
highly-recommended |
Alhamdulillah, end of Day 4. Tiga bandar dan satu pekan kecil.
Esok dah nak gerak ke Kyoto pula.
jalan jauh2 ke chameau xdpt apa yg dicari..dugaan tu tapi dpt mkn tembikai jepun yg crunchy oklah tu..
ReplyDeletetakde rezeki dinner kat chameau cafe..huhu..tembikai tu memang sedap..crunchy..tembikai M'sia pun sedap juga..
DeleteCantik betul gambar pemandangan malam hari tu..
ReplyDeleteview tepi laut..
Deletemesti cuba buah tembikai yang sedap tu.....
ReplyDeletemesti..highly-recommended..
Deletecantiknya warna tembikai nippon tuu... mesti sedap dan tak manis sangat, just nice je kan? ;3
ReplyDeleteya, kedai halal kat sana memang mostly akan ada jual arak juga for non-muslims, huhuu... apa nak buat, it's strictly business...
ya, betul..tembikai tu memang sedap dan tak manis sangat..
Deletesebab nak tarik customer non-Muslim, yg haram terpaksa dilakukan...
Salam. Hee gambar cantik dimalam hari.
ReplyDeletew'salam..view tepi laut..
Delete