Sikit lagi nak habiskan entry trip Jepun ni..ok, sambung kisah di Tokyo..dari stesen Asakusa ke stesen Yoyogueihara, naik tangga, keluar exit 1 (south).
Exit 1 (South) |
Lepas tu belok kanan, jalan terus, jumpa simpang, belok kiri, lalu depan mini market Aeon ni.
cross jalan di sini menuju ke Koban (pondok polis) |
Koban |
Nak cross jalan pun boleh, nak terus jalan tepi Koban ni pun OK, jalan sampai jumpa rumah-rumah banglo. Kena mendaki..sikit je..
cross jalan di sini |
Dah sampai di Tokyo Camii & Turkish Cultural Center..
the Masjid |
Di tingkat bawah ni ada Turkish Cultural Centre..ikut pintu utama..kalau nak terus ke ruang solat di tingkat satu (lelaki) dan tingkat dua (perempuan), ada tangga di luar selepas pintu utama..dekat dalam pun ada tangga juga.
Lounge |
Kami masuk ikut pintu di tingkat bawah. Masa sampai, orang-orang dalam Cultural Center tu sedang sibuk prepare untuk exhibition, siap angkat carpet, susun ni, susun tu. Nampak signage 'To Camii' di tepi pintu sebelah kiri, so understandable, yang laluan ni untuk ke masjid. Turun ke tempat wuduk wanita di tingkat basement, lepas ambil wuduk, terus naik ke tingkat atas..bahagian ni open-air..ada dua pintu untuk ke ruang solat.
pintu kiri untuk lelaki, yang kanan untuk wanita |
pintu ke ruang solat muslimin |
Bila masuk ke dalam, Subhanallah, cantiknya masjid ni..Turkish architecture..
the Dome |
tingkat ruang solat wanita |
Alhamdulillah, dah selesai semua, berjalan balik ke Yoyogiuehara station.
parking untuk basikal dan motosikal - siap ada tali |
Destinasi seterusnya ke Harajuku, ambil Chiyoda line, turun di Meijijumae station, jalan kaki bawah tanah ikut signage JR, ended up di Harajuku station, dekat benor..
Harajuku station |
Di Harajuku, nak check out Takeshita Dori - lorong yang famous tu. Nak tengok apa yang ada. Nak tengok cosplay memang takde lah petang-petang weekdays ni. Tak tahu belah mana Takeshita Dori ni.
Menyeberang jalan depan stesen ni, terus ke kanan. Jalan terus, tengok ramai orang beratur..beratur lagi..panjang pulak tu, berbelit-belit..
beratur..apasal? |
Nak beli popcorn Garrett ni je..huhu..
tak pernah makan..sedap kot |
Kalau di Malaysia, orang selalu beratur ni nak beli nasi kandar je..hehe..OK jalan lagi, tengok ada orang serba putih ni di luar kedai iphone..rupa-rupanya ada promosi iphone 6 kat dalam kedai..
![]() |
apa dia tulis?? dia suruh hack website ke? hack FB atau twitter |
Masuk sekejap..riki-riki iphone 6, not bad, lebih besar dan nipis..sambung balik berjalan. Tak jumpa juga Takeshita Dori. Check neighbourhood map di simpang jalan ni. OK, dah tahu direction nya.
Harajuku/Omotesando |
dah sampai |
Di sini jumpa dua kedai kebab..satu Doner kebab yang famous tu, kedai dia tepi jalan, satu lagi Mega kebab. Mega kebab ni, kedainya di tingkat 1, dalam bangunan, ada orang buat promosi di lorong ni..dua-dua tak beli..asyik makan kebab je..tapi kebab di sini, sedap..dagingnya lembut dan moist, terasa rempah-ratusnya..and big portion also..nyum, nyum..
Jalan-jalan, strolling Takeshita Dori, jumpa 7-E, beli air, jumpa Daiso, masuk Daiso..itu je aktiviti yang dibuat di sini..
crepes display |
the end |
Dah sampai di entrance yang ni..tengok depan, ada JR Harajuku station tapi bahagian lain, bukan bangunan tradisional tadi. Mengorak langkah, menyeberang jalan, keluarkan JR pass, masuk ke stesen.
menunggu train di platform |
Tunggu train Yamanote line untuk ke destinasi seterusnya.
----------------------------------
Di Metro station, suka tengok iklan-iklan keselamatan, cute je..
kawaii |
Bersambung di last entry untuk hari pertama di Tokyo @ hari ke tujuh di Jepun..malam esok dah nak balik ke Malaysia..