Wednesday, 5 November 2014

Japan: Day 7 - Tokyo (Part 3)

Assalamualaikum..


Sikit lagi nak habiskan entry trip Jepun ni..ok, sambung kisah di Tokyo..dari stesen Asakusa ke stesen Yoyogueihara, naik tangga, keluar exit 1 (south).

Exit 1 (South)
Lepas tu belok kanan, jalan terus, jumpa simpang, belok kiri, lalu depan mini market Aeon ni.

cross jalan di sini menuju ke Koban (pondok polis)
Koban
Nak cross jalan pun boleh, nak terus jalan tepi Koban ni pun OK, jalan sampai jumpa rumah-rumah banglo. Kena mendaki..sikit je..

cross jalan di sini
Dah sampai di Tokyo Camii & Turkish Cultural Center..

the Masjid
Di tingkat bawah ni ada Turkish Cultural Centre..ikut pintu utama..kalau nak terus ke ruang solat di tingkat satu (lelaki) dan tingkat dua (perempuan), ada tangga di luar selepas pintu utama..dekat dalam pun ada tangga juga.

Lounge
Kami masuk ikut pintu di tingkat bawah. Masa sampai, orang-orang dalam Cultural Center tu sedang sibuk prepare untuk exhibition, siap angkat carpet, susun ni, susun tu. Nampak signage 'To Camii' di tepi pintu sebelah kiri, so understandable, yang laluan ni untuk ke masjid. Turun ke tempat wuduk wanita di tingkat basement, lepas ambil wuduk, terus naik ke tingkat atas..bahagian ni open-air..ada dua pintu untuk ke ruang solat.

pintu kiri untuk lelaki, yang kanan untuk wanita
pintu ke ruang solat muslimin
Bila masuk ke dalam, Subhanallah, cantiknya masjid ni..Turkish architecture..


the Dome
tingkat ruang solat wanita
Alhamdulillah, dah selesai semua, berjalan balik ke Yoyogiuehara station.

parking untuk basikal dan motosikal - siap ada tali
Destinasi seterusnya ke Harajuku, ambil Chiyoda line, turun di Meijijumae station, jalan kaki bawah tanah ikut signage JR, ended up di Harajuku station, dekat benor..

Harajuku station

Di Harajuku, nak check out Takeshita Dori - lorong yang famous tu. Nak tengok apa yang ada. Nak tengok cosplay memang takde lah petang-petang weekdays ni. Tak tahu belah mana Takeshita Dori ni. 

Menyeberang jalan depan stesen ni, terus ke kanan. Jalan terus, tengok ramai orang beratur..beratur lagi..panjang pulak tu, berbelit-belit..

beratur..apasal?
Nak beli popcorn Garrett ni je..huhu..

tak pernah makan..sedap kot
Kalau di Malaysia, orang selalu beratur ni nak beli nasi kandar je..hehe..OK jalan lagi, tengok ada orang serba putih ni di luar kedai iphone..rupa-rupanya ada promosi iphone 6 kat dalam kedai..
apa dia tulis?? dia suruh hack website ke? hack FB atau twitter
Masuk sekejap..riki-riki iphone 6, not bad, lebih besar dan nipis..sambung balik berjalan. Tak jumpa juga Takeshita Dori. Check neighbourhood map di simpang jalan ni. OK, dah tahu direction nya.

Harajuku/Omotesando
dah sampai
Di sini jumpa dua kedai kebab..satu Doner kebab yang famous tu, kedai dia tepi jalan, satu lagi Mega kebab. Mega kebab ni, kedainya di tingkat 1, dalam bangunan, ada orang buat promosi di lorong ni..dua-dua tak beli..asyik makan kebab je..tapi kebab di sini, sedap..dagingnya lembut dan moist, terasa rempah-ratusnya..and big portion also..nyum, nyum..

Jalan-jalan, strolling Takeshita Dori, jumpa 7-E, beli air, jumpa Daiso, masuk Daiso..itu je aktiviti yang dibuat di sini..

crepes display

the end

Dah sampai di entrance yang ni..tengok depan, ada JR Harajuku station tapi bahagian lain, bukan bangunan tradisional tadi. Mengorak langkah, menyeberang jalan, keluarkan JR pass, masuk ke stesen.

menunggu train di platform
Tunggu train Yamanote line untuk ke destinasi seterusnya.
----------------------------------
Di  Metro station, suka tengok iklan-iklan keselamatan, cute je..


kawaii
Bersambung di last entry untuk hari pertama di Tokyo @ hari ke tujuh di Jepun..malam esok dah nak balik ke Malaysia..

Monday, 3 November 2014

Japan : Day 7 - Tokyo (Part 2)

Assalamualaikum..sambung cerita di hari pertama di Tokyo.

Dah sampai di stesen Oshiage, stesen terakhir untuk Honzomon line. Keluar je dari exit subway, terus berada dalam bangunan Tokyo Solamachi @ Tokyo Skytown, kompleks perniagaan di bawah Tokyo Skytree.

Tokyo Solamachi
ada aquarium
Tokyo Skytree
Tokyo Skytree ni ialah menara pemancar TV yang merupakan bangunan tertinggi di Jepun. Tingginya 634 meter. Ada dua observation deck di ketinggian 350 meter dan 450 meter, cafe dan kedai souvenirs. Tak naik ke observation deck, cuma berjalan-jalan di shopping complex.


Tokyo Solamachi
Bila dah sampai di Tokyo Skytree, sudah tentulah ke Asakusa selepas ni. Sebab dekat je, seberang Sungai Sumida, tapi nak berjalan kaki tu, rasa dah tak larat. Nampak signage Metro, hati sudah gembira, jalan kaki ikut signage tu.
Tokyo Solamachi - north entrance
 
jalanraya ditepi Sungai Sumida- bersih betul
On the way to Tokyo Skytree train station, nampak pula shuttle bus ni. Tak jadi naik train, naik shuttle bus ni. Tambang 220yen.

Ueno-Asakusa-Skytree
skytree shuttle bus
dalam shuttle bus
Tokyo Skytree - view from the bus
crossing Sumida River to Asakusa
Kami turun di Kaminarimon bus stop. Semasa dalam bas, ternampak kedai Saray Kebab selepas jambatan merah tadi. So, turun je bas, terus jalan menuju ke arah jambatan ni. Lunch time...laparr..

on the way to Saray Kebab
Sambil tu snap gambar Kaminari-mon di seberang jalan. Perghh..ramainya orang..

Kaminari-mon
simbol Asakusa
ibu-ibu naik basikal ambil anak di nurseri  
Yeayy...dah sampai di Saray Kebab. Lokasinya dekat simpang jalan ke jambatan merah, ke Asakusa metro station, depan Burger King.


Alhamdulillah, ada jual nasi. Order kebab rice.

pelbagai pilihan - kebab shushi pun ada
view Tokyo Skytree dari kedai kebab
Kebab rice - makan sambil tengok view Skytree
Alhamdulillah, lepas makan, cross jalan, bergerak turun ke Kaminarimon.

simpang jalan - ada Metro station & Burger King
penarik lanca

entrance ke Nakamise Street
Nakamise Street
Mengharungi orang ramai di Nakamise Street, jalan sampai ke kedai di bahagian belakang, compare harga. Kedai di belakang tu memang murah juga. Dah habis membeli-belah, masuk lorong tepi, berjalan mengikut langkah kaki, ikut orang ramai, sampai di sini, di simpang jalan depan kedai kebab tadi.

Tobu Skytree Asakusa station
restoran sushi - Sushi-Go-Round
Lintas jalan di simpang jalan depan kedai kebab tadi, menuju ke arah restoran Burger King.

sambil melintas, snap gambar ni, dua-dua sporting, penarik lanca dan juga penumpangnya

Tokyo Metro - Asakusa station (Entrance/Exit 4)
Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, jalan ke jambatan merah to view Sumida River.

Sumida River dan jambatan biru

Jambatan merah
Bangunan di belakangnya yang ada golden structure (Flamme d'or) diatasnya tu ialah Asahi Super Dry Hall. Disebelahnya Asahi Beer Tower. Just for general knowledge. Dulu tertanya-tanya juga apa ke bendanya golden structure tu..landmark yang popular di Sumida River.

OK, untuk ke destinasi seterusnya, turun ke bawah di Asakusa Metro station tadi, ambil Ginza line, ke arah selatan-barat, merentasi kota Tokyo, ke Omotesando station, kemudian ambil Chiyoda line ke Yoyogueihara station. Next destinasi ialah Masjid Camii Tokyo atau nama rasminya Tokyo Camii & Turkish Cultural Center.

Bersambung di entri seterusnya..