Ting!! terjaga dari tidur, tengok jam..pukul 3.45 pagi. Bingkas bangun, mandi segala, tunggu pukul 4.00 pagi, solat Subuh dulu. Dah siap semua, turun ke bawah..hati dah dup, dap, dup,dap..dapat ke? ada lagi ke? Tawakkal je..
Jalan Harumi Dori pada pukul 4.15 pagi |
Suasana masih gelap lagi tapi kelihatan banyak juga kenderaan di Harumi Dori ni..berjalan kaki ke arah Osakana Fukyu Centre (Fish Information Centre) di Kachidoki Gate. Didepan kami, ada dua orang perempuan sedang berjalan ke arah yang sama..menghampiri Kachidoki gate, pak guard bercakap dengan dua perempuan depan kami tadi..
"Registration is closed orready.." kami pun dengar juga tapi tak nak percaya..katakan itu semua dusta..kemudian guard tu berpaling pada kami, dan berkata benda yang sama..huhu..punah segala harapan..ibarat kaca terhempas ke batu..kemudian datang seorang lelaki Mat Salleh, guard tu inform benda yang sama..jadilah kami berlima, mereka yang kecewa di Kachidoki gate, Tsukiji pada pukul 4.30 pagi waktu Tokyo bersamaan pukul 3.30 pagi waktu Malaysia..tak pernah gi pasar seawal ni kalau di Malaysia..hihi..
Percubaan untuk masuk ke pasar Tsukiji untuk tengok acara melelong ikan tuna (tuna auction) adalah GAGAL. Terlepas acara yang famous di pasar Tsukiji, pendaftaran dah ditutup. Setiap hari cuma 120 orang saja yang dapat masuk..siapa cepat, dia dapat..pendaftaran dibuka pukul 3.30 pagi..masuk adalah percuma..
Moral of the story: kenalah beratur sebelum pukul 3.30 pagi di Kachidoki Gate..hendak seribu daya..huhu..
Tak dapat tengok ikan tuna yang sebesar dugong tergolek atas lantai macam ni..tengok gambar je lah..ikan-ikan tuna ni selalunya dibeli untuk dibuat sushi..
![]() |
acara melelong ikan tuna di pasar Tsukiji Tokyo (source: website japan-guide.com) |
Kami pun berpatah balik..pasrah, redho..tapi nak balik ke hotel, rasa malas pula..kecewa tak habis lagi...
logo yang menarik |
Lalu depan pasar kering (outer market)..tiba-tiba teringat nak makan sushi di sini. Nak makan di restoran sushi dalam pasar Tsukiji, selepas pukul 9.00 pagi baru boleh masuk, yang tu dapatlah tengok chef sushi potong ikan tuna, yang sebesar dugong tadi tu. Nak tunggu yang tu, memang tak sempatlah, so makan di sini sajalah.
Datang ke Jepun, tak makan sushi memang tak sah..kena rasa juga sushi di sini..ramai blogger kata makan sushi di Jepun tak sama macam makan di tempat lain, sebab Jepun tempat asal-usul sushi..betul ke? meh kita try..
ada gerai dah beroperasi |
![]() |
makan di kedai ni - dinding plastik ni extension kedai di kaki lima |
Singgah makan di kedai sushi ni..tapi kedai ni tak jual sushi yang bersaiz kecik, yang seketul-seketul tu..di sini jual sushi yang dipanggi 'sushi rice bowl'..ok jugalah nak try yang ni..tak pernah makan lagi sushi jenis ni..ok, mari kita tengok apa yang ada..
![]() |
belut..nampak macam sedap je |
Tengok semua raw fish (ikan mentah)..belut tu dimasak..alamak..nak makan ikan mentah, memang payah sikit..orang kedai tu tengok kami kalut tanya 'raw fish' dengan expresi muka yang cuak..dia pun bersuara.."if you want, I can grill it for you"..yeayy..problem solved..bagus chef tu..know how to keep customers..kalau tak, kami dah berpaling arah...pukul 5.00 pagi, nak makan ikan mentah..huhu..kakak saya pilih avocado and salmon rice, saya pilih chef's recommendation..tak sabar..tengok gambar dalam menu macam menarik..
food presentation yang menarik |
salmon and avocado rice..mangkuk pun sama mcm dlm menu |
Ada miso sup sekali. Jom makan..kira ni breakfastlah kan..atau bersahur ke..hehe..macam makan nasi campur pula, tak macam sushi..sedap sangat..makan pula dengan miso sup yang masam-masam tu, memang terasa segar di pagi hari..lepas tu termakan pula sos wasabi yang tersembunyi dalam rice bowl tu..perghh..menyengat sampai ke kepala..
Dah habis makan..jalan-jalan di pasar luar ni..tengok apa jualan yang ada..
![]() |
besarnya...ketam, oyster, lobster |
Yang menarik di pasar Tsukiji ini ialah kenderaan yang digunakan untuk mengangkut barang..dipanggil 'turret trucks'..atau 'motorised cart'..
suasana di pasar luar sebelum siang menjelma |
laluan ke Harumi Dori |
Dah habis ronda di sini, berjalan balik ke hotel, ternampak restoran sushi ni, Sushizanmai..famous kedai ni, tapi takpe, restoran ni kat Malaysia pun ada..
Dah sampai hotel, berehat sebentar, kemudian ambil beg, terus check-out..tak leh nak berlengah-lengah, jauh nak berjalan pagi ni..nak membawa diri ke gunung..keciwa tak dapat tengok ikan tuna..hihi..
Lepas say goodbye to uncle receptionist tu, maka dengan rasminya jadilah kami gelandangan di Tokyo, no room, no worry..JR pass ada..tapi nak campak ke mana beg-beg besar ni, takkan nak bawa ke sana ke sini naik keretapi...OK, semalam dah study subway map Tokyo, kalau boleh nak elak dari simpan beg di Tokyo Station, dah serik berjalan jauh heret beg, so kita simpan saja di Simbashi station..
Stesen Simbashi ni berada di laluan Yamanote line, so mudah nak bergerak ke Tokyo station dan ke airport malam nanti, guna JR pass saja..lagipun walaupun stesen ni besar tapi tak sebesar Tokyo station, much simpler..nak ke stesen Simbashi dari sini, kena naik Metro Ginza line atau Toei Asakusa line tapi kena naik di stesen Higashi-Ginza..kena jalan sikit ke depan, ke arah Ginza, menyusuri Harumi Dori di hari Sabtu, di waktu pagi, suasana lengang..sangat best..
Sampai di exit 1 Higashi-Ginza, tengok cuma ada tangga saja..takleh jadi, kena juga cari lift..jalan ke depan lagi..ada exit 3..Alhamdulillah, ada signage lift. Exit 3 ni dalam bangunan Kabukiza..teater bangsawan Jepun yang popular tu..bangunan Kabukiza ni cantik..tradisional moden..
bangunan Ginza kabukiza |
Alhamdulillah, sangat mudah..keluar je exit ke subway, tengok Toei Asakusa line dah di depan mata..metro Ginza kena jalan lagi..so naik Toei saja..beli tiket di mesin tiket..tambang 180yen..
Toei Asakusa line |
user-friendly |
Dah sampai di Simbashi station, Alhamdulillah, sangkaan ku benar belaka..coin-locker berada dekat dengan Yamanote line..stesen ni besar juga tapi tak payah berjalan jauh dari satu line ke line yang lain..locker di sini juga guna kod, so kena simpan resit baik-baik..kalau hilang, alamatnya..balik Malaysia sehelai sepinggang..
Jom bergerak pantas..mengejar masa @ mengejar train..itinerary selepas kecewa di pasar Tsukiji ialah ke Lake Kawaguchiko, percubaan untuk melihat Mount Fuji..berjayakah kami..wallahua'lam..pray hard..semoga episod duka tidak berulang kembali..let's get going..naik Yamanote line ke Tokyo station..tengok Chuo main line dah ada di trek..nak naik ke tidak, check dalam Hyperdia, train pukul 7.10 pagi, yang ni train pukul 7.05 pagi..tengok kat digital notice board, train yang pukul 7.10 pagi pun ada juga...seperti biasa kat notice board akan tulis stesen yg last sekali..stesen Takao..ikut 'gut feeling', naik juga train 7.05 pagi, memang confident habis yang train ni akan berhenti di stesen Shinjuku sebab stesen tu ialah stesen utama..
Alhamdulillah, train ni ialah rapid express, takdelah berhenti di semua stesen, jauh juga dari Tokyo ke Shinjuku, panjang diameter dari timur ke barat..hati dah cuak, dapat ke kejar train Limited Azusa pukul 7.30 pagi ke Otsuki..tapi train Jepun ni memang punctual, pukul 7.25 pagi dah sampai di Shinjuku..berlari ke platform 9/10..Alhamdulillah, train Limited Azusa baru tiba, tapi penumpang punyalah ramai beratur nak masuk koc unreserved ni..huhu..train yang datang pun dah penuh dengan penumpang..memang bersesak-sesak nak masuk koc..kena berdiri dekat pintu keretapi..berdiri pun berdiri lah kan..asalkan sampai..sejam juga perjalanan..sebenarnya boleh juga naik train Chuo main line tadi, tapi lambat sampai, kena pula tukar train lain di stesen Takao. Train Limited Express Azusa ni, direct ke stesen Otsuki, berhenti pun di dua tiga stesen saja..dua-dua train ni covered by JR pass..
sesak sampai ke pintu |
pergi ke koc sebelah |
Lastly, duduk bersila di atas lantai dekat pintu sebelah kiri, pintu ni takde orang keluar masuk..ni baru betul-betul gelandangan..hehe..tapi bertiket JR pass..
Pukul 8.30 pagi, sampai di stesen Otsuki. Dah bersiap siaga depan pintu sebab check dalam Hyperdia, interval time cuma tiga minit saja untuk naik train Fujikyu ke Kawaguchiko. Berhenti saja train, terus lompat turun, dah dengar pekerja Japan Rail tu panggil.."Kawaguchiko..platform 1"..rupa-rupanya train Fujikyu ke stesen Kawaguchiko dah ada di platform 1..berlari kami ke arah pekerja tu, siap tanya 'tiket?' [sebab JR pass tak cover Fujikyu rail]..dia jawab.."pay on the train"..apalagi berlari kami ke arah platfom 1, tak nak lepaskan train ni, kali ni bukan lagi marathon tapi triathlon..berlari membawa beban (backpack), memanjat tangga dan turun tangga (sebab kena cross trek keretapi) dan melompat masuk ke dalam train Fujikyu..fuhh..fuhh..dua tiga penumpang di belakang kami pun berbuat demikian juga..tak lama, lepas tu train pun bergerak. Alhamdulillah..Alhamdulillah..demi masa..tersandar di bangku train..tarik nafas..
![]() |
dalam Fujikyu train |
Semasa nak beli tiket, konduktor ni tanya 'tiket' sambil tangannya macam meminta sesuatu..terpinga-pinga juga kami, kemudian kami tunjuk duit 1,140yen kat dia, kemudian dia cakap, "JR pass"..oohh..rupa-rupanya dia nak tengok tiket train JR, nak pastikan yang kami ni penumpang dari train Limited Azusa tadi, lepas tengok JR pass...baru dia ketip tiket Fujikyu..Alhamdulillah, dah boleh berehat..perjalanan ke stesen Kawaguchiko, kebanyakan countryside Jepun..sawah padi..gunung-ganang..
kubur..suka tengok perkuburan Jepun |
Fujikyu Highland |
tiga retro train Fujikyu di stesen Kawaguchiko |
yang ni pun cute |
Pukul 9.30 pagi dah sampai di stesen Kawaguchiko..suka stesen ni..a little bit country..hujan renyai-renyai menyambut ketibaan kami di sini..cuaca mendung..hati sudah risau..dapat ke tengok Fuji-san, icon negara matahari terbit ni..ya Allah kasihani lah kami yang datang dari jauh ni..ameen..
stesen Kawaguchiko - bahagian belakang |
bahagian depan |
Untuk jalan-jalan di Kawaguchiko, decided untuk beli tiket sight-seeing bus yang berharga 1,200yen yang unlimited rides.
![]() |
sight seeing bus route |
Tempat pertama yang kami turun ialah di sini No. 20 Sunnide Resort/ Nagasaki Park Ent.. untuk view Mount Fuji..
Dan view Mount Fuji adalah seperti ini..cuaca yang mendung dan sendu..tapi Alhamdulillah, dapat melihat keindahan ciptaan Allah SWT ini..seeing is believing..Subhanallah..
Bersambung...
-------------------------
-------------------------
Bersiaran dari KLIA2, ada company trip to Kuching over the weekend, till then, have a good, enjoyable weekend..balik nanti saya BW blog kawan-kawan.
In shaa Allah..