Wednesday, 17 December 2014

Lanca di Jepun & Penang

Assalamualaikum..semoga readers semua sihat sentiasa..

Story tentang lanca. Lanca ni apa ye? 

Menurut wikipedia Bahasa Melayu, lanca merujuk kepada kenderaan penumpang dua roda yang ditarik oleh manusia. Ia digunakan secara meluas semasa dahulu di China dan mudah juga didapati di Malaysia sekitar abad ke-19 dan awal abad ke-20, terutama di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura (tiga negeri Selat).

Bagaimanapun dengan pengenalan basikal, kenderaan ditarik manusia beransur-ansur digantikan dengan basikal yang dipasang pada kerangka dan kemudiannya dikenali sebagai beca. Dalam loghat Hokkien, perkataan beca bererti 'pedati kuda'.
------------------------------------------------------

Semasa trip ke Jepun, banyak kali terjumpa lanca ni, masa pergi Penang pun ada jumpa, tapi di Penang, lanca tak bergerak. Ada beberapa tempat di Jepun yang kita boleh jumpa lanca ni, sebagai tarikan pelancong. Ditarik oleh pemuda-pemuda yang gagah, yang berotot sasa.

Takayama


Kurashiki, Okayama
Bikan Historical Area
 Higashiyama, Kyoto
di persimpangan Chawan-zaka & Gojo-zaka
on the way to Yasaka Shrine

Arashiyama, Kyoto
 


 Asakusa, Tokyo


Di Penang pula..

Lebuh Campbell
 Penang Peranakan Mansion

Zaman berubah, kenderaan pun berubah..

Saturday, 13 December 2014

Berjaya juga akhirnya..

Assalamualaikum..salam Sabtu..

Alhamdulillah..Alhamdulillah..berjaya menamatkan Kutu Mega 2014..macam rasa baru lagi tulis entry Kutu Datang Lagi ni..dah setahun rupanya..time flies so fast..


Dapat kek..yeayy..Top 5...pembayar kutu yang paling cepat..yang paling best, guna duit kutu ni untuk perbelanjaan semasa di Jepun..Alhamdulillah..the right timing..

tahun depan, organiser dah tak nak sambung, letih katanya..tutup buku kutu..

Wednesday, 10 December 2014

Kampung Budaya Sarawak - part 2

Masih lagi di Kampung Budaya Sarawak....

Dari Rumah Penan, bergerak ke Rumah Orang Ulu, cantik rumahnya, berseni...


Ada ukiran-ukiran di tiang-tiang rumah...tangga rumah yang original, pokok kayu ditakik-takik menjadi tangga..susah oo mau naik dan turun..sebab tak biasa..


Di sini juga diraikan dengan tarian selamat datang diringi dengan petikan sape..

tarian dan petikan sape
 
"in the past, the Orang Ulu were famous throughout the region as sword-smiths. They extracted iron from the ore found in their area, they forged it into excellent blades which they tempered in the cold mountain streams"

bengkel pertukangan besi 
pisau dan parang buatan Orang Ulu
 
Bergerak lagi, ke Rumah Melanau pula,..tinggi rumahnya..

  
"The Melanau build massive houses forty feet above the ground. The Melanau eat sago in preference to rice."

Penerangan tentang memproses sagu di bengkel di belakang rumah Melanau.

Dua rumah yang terakhir, Rumah Melayu dan Rumah Cina, biasa dilihat di semenanjung. Masa ni, semua ahli rombongan dah tak larat, dah pancit..just tengok macam-macam tu, singgah untuk cop passport je..

 



OK, dah habis cover semua rumah-rumah di sini, passport pun dah dicop..

Dah penuh

Dah hampir pukul 11.00 pagi, masa untuk menonton Cultural Show pula..bergerak ke teater. Persembahan Kebudayaan ialah tarian-tarian dari pelbagai kaum di Sarawak - orang Iban, Ulu, Bidayuh, Melanau dan Melayu.  Yang menarik ialah kepelbagaian pakaian tradisional kaum-kaum ni..

welcoming dance

Bidayuh - Rajang Be'uh
 
"This dance is usually performed after the harvest season as a form of entertainment for guests of the longhouse. The movements of the dancers with outstretched hands imitate the movements of the eagles as they flap their wings in flight"

Melanau - Tarian Menyak

"This dance potrays the harmonious atmosphere showing as how the Melanau carry out their daily activities of processing sago flour for the making of sago pearls, locally known as 'Sago'"

Orang Ulu - Kanjet Ngeleput
 
"This dance potrays the nimble but stealthy steps of the warrior as he goes about on a hunting trip in the jungle, searching for his prey. He sees his target, takes aim and blows out a deadly dart which seldom fails to find its mark."

Orang Ulu - Datun Julud - welcoming dance at longhouse
 
Penari lelaki (kiri) sedang menunggu untuk menyumpit belon yang tergantung di sebelah kanan pentas. Kelakar scene ni..dahlah seksi, duduk mencangkung macam tu..

sketsa pentas
disuruh menyumpit belon
tarian Melayu
 closing dance
 
Overall, memang best Kampung Budaya Sarawak ni..highly recommended, walaupun entrance fee mahal..tapi memang berbaloi pergi, mengenal budaya kaum-kaum di Sarawak..the unforgettable experience..
--------------------------------------------------------

Balik dari KBS ni, singgah jalan-jalan di Damai Beach Resort..


Malamnya, branch manager belanja dinner di tempat seafood yang popular di Kuching..Topspot..

 

Kemudian jalan-jalan di pusat pelbagai perkhidmatan...apa barang, jalan-jalan di UTC..haha..sebab parking kereta disini..


 cantik UTC ni..

Sekian saja, kisah jalan-jalan di Kuching, hari ketiga takde aktiviti menarik, sambung shopping di Jalan Main Bazaar..pukul 5.00 petang, off to airport..flight delay, pukul 9.45 baru terbang pulang. Alhamdulillah, pukul 1.15 pagi, sampai rumah. The end.