Friday, 16 January 2015

Macam ni rupanya..

Buah belinjau.


Ada juga panggil buah malinjau/buah binja. Yang banyak kali makan, kerepek belinjauRasa pahit-pahit kerepeknya, tapi sedap.  First time tengok buahnya. Yang ni dah direbus, makan bijinya, rasa lemak macam kacang.


Subhanallah, ada dua lapisan kulitnya. Yang luar (warna merah tu) lembut. kemudian ada lapisan keras melindungi bijinya..walaupun dah direbus, lapisan tu tetap keras, tapi isi dalamnya lembut.

Buah belinjau ni jiran saya yang bagi. Dia ambil di kampungnya di Batu Pahat, Johor. Dia beritahu buah belinjau yang muda, yang masih hijau, daun dan juga bunganya boleh dimasak, dibuat sayur lemak/bening, campur dengan udang. Tak pernah makan..

Biji buah belinjau ni ditumbuk untuk dijadikan kerepek/emping.

Kerepek belinjau


sekian saja...selamat malam.t

Wednesday, 14 January 2015

Souvenir from Gui Lin

Assalamualaikum..

Terima kasih, syukran, xie xie..kepada blogger Muhammad Khairuddin Lim kerana sudi poskan fridge magnet, souvenir dari Gui Lin 
Diterima dengan selamatnya semalam.


close-up sikit..


Gambar pemandangan di Lijiang River dengan bukit-bukit batu kapur..spectacular, magnificient..

Boleh baca entry tentang Lijiang di sini 


Keep on traveling and blogging..

Wednesday, 7 January 2015

Gourmet Foods: Cod vs Barracuda

Assalamualaikum..Selamat Tahun Baru 2015 dan Salam Maulidurrasul 1436H...salam ceria di hari ke tujuh..

First entry. Nak story event tahun lepas nye..ada seorang client ni ajak saya dan my ofismate for dinner, gathering of all consultants..kes dia ni dah lama sangat terperap dlm 'cold storage' and was labelled as 'KIV'..bila dah settle, both parties are happy, so, that Friday night, we all pun pergilah dinner-cum-marketing, first time jumpa, a nice lady..

Dinner di the Gallery, di Taman Tun, fine-dining restoran, tapi mlm tu takde fine nya, riuh rendah..team legal, team accounts, team property, team bos-bos..
 


Marilah tengok our main course malam tu..taraa...ikan seketul..cod fish..(teringat scott emulsion)...hehe..



Masa ni dah terlintas dalam hati, 'ini je ke?'..kenyang ke ni? perut Melayu, nak makan style macam ni..huhu..dua-dua kami order cod fish..client cuma bagi empat pilihan untuk main course..dua jenis ikan, daging dan ayam..

Yang ni..barracuda dengan sos labu..



Barracuda sejenis ikan.."the barracuda is a ray-finned fish known for its large size and fearsome appearance". Tengok gambar, memang bengis ikan ni..


source: wikipedia

Yang best, ialah desertnya..tiramisu..



Balik rumah..pekena nasi sepinggan..haha..

Itu je nak cerita..mood masih ke laut, dibawa arus banjir...gudnite..