Friday, 23 January 2015

My cup of tea..

Assalamualaikum..

Ada orang suka minum teh, ada yang suka minum kopi..tea is soothing, coffee is invigorating...bila ada kerja berat, yang perlukan banyak fikir, saya suka minum kopi..bila nak relaks minda, suka minum teh..

Di pejabat, ada banyak pilihan teh..

Earl Grey Tea and Peppermint Tea by Crabtree & Evelyn

 3R

Earl Grey Tea juga, tapi dari Ahmad Tea, London mari

 Tapi yang selalu minum..teh ni lah..teh uncang Lipton..stok selalu ada..


Tengok dalam laci, ada teh ni pulak..cilok dari bilik hotel..


Adakah kita minum teh yang sesuai dengan pekerjaan, aktiviti harian kita? Meh nak story, betul ke idok, wallahu'alam..tengok ada artikel ni dalam komputer...

  • Mereka yang bekerja banyak menggunakan 'otak' atau pelajar yang rajin belajar siang dan malam - disarankan banyak minum teh bunga (chrysanthemum tea)
  • Mereka yang banyak menggunakan tenaga semasa bekerja atau bersenam  - digalakkan banyak minum teh Wu Loong 
  • Mereka yang travel menggunakan basikal atau berada di kawasan pencemaran - kena banyak minum teh hijau (Green Tea) 
  • Mereka yang duduk saja, tak buat aktiviti apa-apa - kena minum Green Tea atau Flower Tea
  • Mereka yang merokok atau minum minuman beralkohol - digalakkan minum Green Tea
  • Mereka yang dalam kategori 'karnivor' atau banyak makan daging - disarankan banyak minum teh Wu Loong
  • Mereka yang banyak buang air kecil atau kurang ke tandas - disarankan minum teh madu (honey tea)
  • Mereka yang mengidap tekanan darah tinggi dan kolestrol yang tinggi - digalakkan minum teh Wu Loong atau teh hijau
  • Mereka yang mengadap komputer sepanjang hari - digalakkan minum sebarang jenis teh - teh mengandungi anti-oksida yang dapat melindungi diri kita dari pancaran ultra violet daripada komputer.
  
Selamat mengeteh and selamat bercuti di hujung minggu 

Friday, 16 January 2015

Macam ni rupanya..

Buah belinjau.


Ada juga panggil buah malinjau/buah binja. Yang banyak kali makan, kerepek belinjauRasa pahit-pahit kerepeknya, tapi sedap.  First time tengok buahnya. Yang ni dah direbus, makan bijinya, rasa lemak macam kacang.


Subhanallah, ada dua lapisan kulitnya. Yang luar (warna merah tu) lembut. kemudian ada lapisan keras melindungi bijinya..walaupun dah direbus, lapisan tu tetap keras, tapi isi dalamnya lembut.

Buah belinjau ni jiran saya yang bagi. Dia ambil di kampungnya di Batu Pahat, Johor. Dia beritahu buah belinjau yang muda, yang masih hijau, daun dan juga bunganya boleh dimasak, dibuat sayur lemak/bening, campur dengan udang. Tak pernah makan..

Biji buah belinjau ni ditumbuk untuk dijadikan kerepek/emping.

Kerepek belinjau


sekian saja...selamat malam.t

Wednesday, 14 January 2015

Souvenir from Gui Lin

Assalamualaikum..

Terima kasih, syukran, xie xie..kepada blogger Muhammad Khairuddin Lim kerana sudi poskan fridge magnet, souvenir dari Gui Lin 
Diterima dengan selamatnya semalam.


close-up sikit..


Gambar pemandangan di Lijiang River dengan bukit-bukit batu kapur..spectacular, magnificient..

Boleh baca entry tentang Lijiang di sini 


Keep on traveling and blogging..