Thursday, 5 February 2015

Tangerines @ Mandariinid

Assalamualaikum..

Lai..lai..musim perayaan datang lagi..buah limau mandarin di mana-mana..Tahun Baru Cina semakin hampir..

Sempena CNY celebration, ada ke sapa2 tengok filem Tangerines, di channel 456 A-list? best filem ni..tapi takde kaitan langsung dengan tahun baru Cina, walaupun tajuknya buah limau. Cerita perang etnik, cerita tentang kehidupan, sarat dengan nilai-nilai kemanusiaan, perang psychology. Dah lama tak tengok cerita perang..

Apa yang best filem ni? pelakon semuanya lelaki, tua-tua, tak kurang handsome, takde perempuan langsung..err..ada sebenarnya, tapi dalam frame gambar je. Set penggambaran cuma dalam rumah, sekitar halaman rumah, dalam kebun limau. Bila nak last je, adalah jauh sikit..dekat tanah kubur tepi laut..itu je..tapi filem ni, semacam ada magis, menarik kita terlekat depan tv, tengok sampai habis..

Message yang nak disampaikan dalam filem ni sangat jelas. Yang bestnya, filem ni sangat 'adil' dalam menggambarkan akhlak orang Islam. Sebenarnya jarang dapat menonton filem tentang orang Islam dari negara-negara Eropah Tengah. Terpegun, macam tak percaya, negara non-Muslim seperti Estonia dan Georgia boleh buat filem macam ni *thumbs up*. Walaupun sekarang ni, heboh di seantero dunia tentang keganasan pejuang Islam, tentang IS (Islamic State), tapi filem ni menggambarkan orang Islam bukanlah ganas tapi bertoleransi.

Lokasi dan etnik group

Dalam filem ni, ada empat kumpulan etnik yang terlibat, Abkhazia, Estonia, Georgia dan Chechnya. Tempatnya di Abkhazia, dekat sempadan negara Georgia dan Rusia..meh semak peta dunia, kat mana Abkhazia...first time dengar nama ni..

Yang bertanda bulat tu ialah Abkhazia, lokasinya mengadap Laut Hitam (Black Sea). Dalam filem ni, ada kampung orang Estonia di sini. Estonia pulak kat mana? nun jauh di utara..merantau kot depa ni..


Dalam filem ni, yang berperang ialah Abkhazia dan Georgia. Abkhazia sebuah negara kecil, negara Islam. Georgia mendakwa Abkhazia sebahagian dari negaranya. Orang Chechnya menolong orang Abkhazia dalam perang ni. Negara Chechnya di mana pula? Republik Chechnya bersempadan dengan Georgia dan Rusia. Orang-orang Chechnya majoritinya beragama Islam.


Lokasi Chechnya
Permulaan 

OK, let's get started, gambar-gambar ni, ada yang snap terus dari tv, ada yang dicurik dari youtube, dah puas cari, takde yang English subtitles, bahasa Georgia pun takpe kan..hihi..ok, rolling...camera, action..


Filem dimulai dengan kehadiran dua askar upahan Chechnya ke bangsal pertukangan kayu milik Ivo, orang Estonia. Askar Chechnya tu namanya Ibrahim dan Ahmed. Mereka cari makanan, bertanya pada Ivo dengan baik dan Ivo melayan mereka dengan baik juga.


Ivo bawa Ibrahim dan Ahmed pergi rumah dia, utk ambik makanan

rumah Ivo, kampung style


Dah dapat roti dan air, masa nak balik, Ahmed bertanya pada Ivo, kenapa dia tak balik ke Estonia? Berani dia tinggal di sini waktu perang.

Sejak perang meletus, penduduk kampung semua melarikan diri, balik ke negara asal mereka, Estonia. Yang tinggal cuma dua orang je, Ivo dan jirannya Margus, yang ada kebun limau mandarin. Ivo cakap dia suka tinggal di sini.

Ni entah apa Ahmed cakap tentang limau mandarin. 
Lebih sayang limau mandarin dari nyawa, macam tu lah lebih kurang..hihi..

Kebun limau Margus

Bila Ahmed dan Ibrahim dah blah, Ivo berlari-lari anak ke kebun limau milik Margus. Dekat je dengan rumah dia. Kebun limau pula, sebelah rumah Margus. Margus masa tu ada atas pokok, tengah petik buah limau.


Memang masa ni pokok limau sedang lebat berbuah..hii geramnya. Margus sayang nak tinggalkan kebun dia. Mereka berdua tengah bincang macamana nak petik semua buah limau ni, pekerja semua dah lari. 

Margus bagitau Ivo ada seorang mejar askar bersetuju nak bagi 30-40 orang askar tolong petik buah limau. Ivo macam tak percaya, askar nak petik buah limau dalam masa perang?? hehe..

Persetujuan dari mejar askar tu

Kejadian tembak-menembak

Tak lama kemudian, sedang Ivo berehat di bangsal kayunya, terdengar bunyi tembakan dan letupan kuat dari arah rumah Margus.

Ivo berlari keluar, ternampak sebuah van berasap dengan tiga mayat terbaring atas tanah.  Ivo lari ke kebun limau, untuk check Margus. Margus menyorok di atas pokok limau, dia nampak van ni kejar jeep, ada adegan tembak-menembak.

 Van askar Georgia dan tiga orang askar Georgia mati kena tembak dengan bazuka Ahmed.

 Ibrahim dah meninggal. Ahmed tercampak keluar.

 
Tapi Ahmed masih hidup, dia cedera di dada. Ivo bawa Ahmed ke rumahnya untuk dirawat. 

Ahmed bertanya tentang Ibrahim. Mereka beritau Ibrahim dah mati.

Pengebumian askar Georgia dan jenazah Ibrahim
 
Ivo dan Margus keluar untuk mengebumikan semua askar yang terbunuh. Mula-mulanya nak dikebumikan semuanya dalam satu kubur, tapi Ivo cakap lebih baik kebumikan Ibrahim di tempat lain. Sedang mereka nak alih jenazah Ibrahim, tiba-tiba seorang askar Georgia mengerang sakit. Rupa-rupanya dia masih hidup lagi..

askar Georgia mengerang sakit di dalam kubur

Merawat musuh-musuh yang cedera

Mereka bawa pulang askar Georgia yang masih hidup ke rumah Ivo untuk dirawat. Dua orang musuh dalam satu rumah..hehe..menarik, menarik..


Ahmed ternampak askar Georgia dibawa masuk ke bilik sebelah. Dia bertanya itu Ibrahim ke? Ibrahim masih hidup? Ivo beritau 'bukan Ibrahim'.


askar Georgia cedera parah di kepala

Ivo suruh Margus panggilkan kawan mereka Juhan, seorang doktor. Ohh..ada lagi yang belum balik ke Estonia.


Selepas Margus pergi, Ivo masuk ke bilik Ahmed untuk pasang pelita sambil bertanya khabar Ahmed.


Ahmed bertanya siapa yang mereka bawa tadi? Ivo selamba je cakap, askar Georgia, dia cedera parah. Ahmed naik berang.


Ivo bagi amaran pada Ahmed, kalau dia nak bunuh askar Georgia tu, dia kena bunuh Ivo dulu. Tiada siapa beri kebenaran untuk membunuh dalam rumah ini.


Ivo malas nak dengar, terus tutup pintu. Juhan datang periksa kedua-dua askar yang cedera tu.

 Ivo bertanya kenapa askar Georgia tu sering berhalusinasi. 
Juhan cakap baguslah, nanti dia akan sembuh, maknanya otaknya masih berfungsi

Mereka bertiga keluar untuk tunda van askar Georgia.  Ivo cakap dia nak kunci bilik askar Georgia, takut Ahmed buat apa-apa pada dia yang terbaring sakit.


 Van dah ditunda dan dicampakkan ke dalam gaung.

 
 Mereka bertiga menunggu van tu meletup, tapi tak meletup pun.


benar, benar..siapalah translator filem ni ya!
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Perniagaan limau Margus

Setelah semuanya selesai, mereka kembali bekerja. Ivo di bangsal kayunya, sedang menyiapkan kotak-kotak kayu untuk isi limau Margus.


Margus risau kehadiran dua-dua askar yang bermusuhan tu akan merosakkan perniagaan mereka. Ivo marah pada Margus.
 

                                          Ivo berjalan balik ke rumah

Pengertian perjuangan suci Ahmed 

Buka saja pintu rumah, Ivo terkejut melihat Ahmed sedang tidur sambil memegang pisau di depan pintu bilik askar Georgia. Nasib baik Margus dah kunci bilik askar Georgia tu.



Ivo memapah Ahmed masuk ke dalam bilik. Ahmed meracau-racau, nak bunuh askar Georgia tu juga.



Ivo marah dan beri nasihat pada Ahmed.




Da bomb..begitu berkesan nasihat dalam bentuk pertanyaan pada Ahmed.

 Ahmed yang berjiwa kental


Ivo buka bilik askar Georgia, melihat dia sedang terbaring dengan tiub air di tepi katil. Sayu je masa ni.




Perang Citrus

Malam tu Doktor Juhan datang lagi untuk periksa askar Georgia. Margus dan Ivo bersembang di luar rumah. Margus bimbang askar Georgia atau Rusia datang ke tempat mereka. Dia risau tentang pokok limaunya.

 
 
 
 

Tiba-tiba Doktor Juhan datang dan beritahu askar Georgia tu dah sedar.


Askar Georgia dah bertambah sihat. Dia terdengar Ahmed terjerit-jerit dari bilik sebelah. Ahmed bertanya musuh dia ni dah sedar ke belum, dia nak bunuh askar Georgia tu.

 

Ivo pergi ke bilik Ahmed. Memekak je malam-malam.


 Ahmed nak tuntut bela di atas kematian Ibrahim

Doktor Juhan nak pulang ke Estonia. Dia berharap akan berjumpa Ivo dan Margus di Estonia. Seperti biasa jawapan Ivo, dia suka tinggal di sini.

Doktor Juhan beritahu dia tinggalkan ubat-ubatan 
dan cara penyediaan sebelum fly to Estonia.

Episod pengenalan pelakon utama, 4 orang je. Ada satu nilai kemanusiaan universal di sini - walaupun berbeza agama, kita perlu membantu mereka yang cedera/sakit di waktu mereka sangat memerlukan pertolongan. 

Bersambung..