Thursday, 16 April 2015

Liverpool FC and Zayn Malik

Assalamualaikum...salam malam Jumaat, penghulu segala hari...

source: dailymail online
Respect. 

Melihat gambar diatas. Gambar dua orang lelaki sedang bersolat. Bersolat di mana? di kawasan tangga di Stadium Liverpool di Anfield, semasa break utk 2nd half, semasa game Liverpool vs Blackburn Rovers.

Asif Bodi dan Abubakar Bhula, peminat tegar Liverpool, tidak lupa untuk  solat, sementara menunggu perlawanan separuh masa kedua, tetapi yang sedihnya, Stephen Dodd, yang snap gambar ni, telah tweet gambar ni dan letak caption 'Muslims praying at half time #DISGRACE'.

"Disgrace" disini bolehlah dimaksudkan "memalukan". Apa yang nak dimalukan. Islam itu mudah, bumi Allah ni, luas, dimana saja, solat boleh didirikan asalkan bersih tempatnya. Untuk dua orang yg bersolat tu, usah gentar, pertahankan hak anda! enjoy good games and at the same time, tunaikan hak Allah. 
Tetapi Mr Asif Bodi tidak melenting, sebaliknya menganggap Mr Dodd tak tahu tentang pentingnya solat dalam Islam dan ingin berjumpa untuk menerangkan hal ni..good, dakwah bil lisan dan dakwah bil hal..semoga Mr Dodd mendapat hidayah, ameen..or at least, tidak buat onar lagi..

Dan Liverpool FC akan mengambil tindakan penyokong mereka yang tweet gambar ni.

In a statement, Liverpool said discrimination would not be tolerated at the club and it would ‘take appropriate action against the individual involved’

Mr Asif Bodi and Abubakar Bhula, you'll never walk alone..this is Anfield. I can't see why we mustn't support Liverpool FC...lalala...I rest my case.
--------------------------------------
Satu lagi kes. Kat UK juga. Zayn Malik. Ahli kumpulan One Direction.

 source: www.express.co.uk

Entahlah, selama ni tak pernah ambil tahu pun tentang kumpulan ni, walaupun suka juga dengar lagu 'Night Changes' tu...tapi bila Zayn Malik keluar dari kumpulan One Direction, heboh di alam maya..barulah saya tahu sebab Zayn Malik ni orang Islam..

Tapi yang tak bestnya..sebab dia tweet #FreePalestine tahun lepas, dia terima ugutan bunuh..dan macam-macam remarks dilemparkan kepada dia..'boyband jihad', 'pimping Islam' dan compare Zayn dengan Boston marathon bomber, Dzhokhar Tsarnaev..memang benar, puak-puak ni takkan senang dengan Islam..selamanya..

 Semak fikiran, letih..di tanahair juga, hal-hal berkaitan Islam heboh diperkatakan, dipersoalkan..

Islam is a way of life, not just a ritual practice..#supporthudud...

Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.” (Al-Maidah: 3)

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah :208)

Make peace, no war..

Wednesday, 15 April 2015

Melukis guna Excel..excellent!

Assalamualaikum...

Jumpa ni dalam old emails..familiar dengan MS Excel? Mestikan..spreadsheet yg popular untuk buat kira-kira, buat graphs, buat projection and all sort of things..a powerful software...

tapi ada orang guna Excel untuk hasilkan lukisan...perghh..memang kreatif..tak tahulah dia ni 'Excel freak' ke, atau dah tak tau nak buat apa, tapi kalau dah minat, semua boleh jadi kan...
 
Guna 53,760 cells...berpinar biji mata tengok rows and columns...

Mula-mula, fail excel tu macam ni je..


 Kemudian, klik format, adjust row height jadikan = 15.33 dan column width jadikan = 2.4 

dan 

Voila!! Excel work of art..


Genius.

Tuesday, 7 April 2015

Jejak Warisan KL : Heritage Buildings 2

Sambung jejak warisan di Dataran Merdeka..

Selesai snap-snap foto, sempat juga jadi photographer sambilan untuk tourists yg nak bergambar di hotspot I♡KL tu..hehe, kami pun bergerak melintas Jalan Sultan Hishamuddin..

 Bangunan Sultan Abdul Samad - landmark KL yang popular 

Bergerak menuju ke Muzium Tekstil.

pandangan sisi Muzium Muzik


Masa ni ada pameran Batik SarongBatik sarong dah masuk muzium...hehe...kain-kain batik saya tersimpan dalam almari, jarang pakai.



 corridors - typical colonial building

Menarik juga Muzium Tekstil ni, bukan saja pameran mengenai kain-kain, ada pameran perhiasan-perhiasan diri zaman dahulu kala, pelbagai bangsa di Malaysia.

cucuk sanggul, gelang kaki dan pending

Dua rangkap pantun di dinding..menarik..

"Ringgit chuma chandaran saja"

sisi moden Muzium Tekstil

Dah habis ronda-ronda Muzium Tekstil, bergerak semula ke Dataran Merdeka..dah lama duduk KL, inilah first time, benar-benar menjejakkan kaki di dataran..


Di tepi padang ni, ada information boards mengenai bangunan-bangunan warisan yang ada disekitar Dataran Merdeka. Siapa arkiteknya, ciri-ciri senibina, bolehlah baca..menambah ilmu pengetahuan..


 
 

Panggung Bandaraya
-----------------------------------

Bangunan-bangunan warisan ni dibina dalam tahun 1800 - 1900. Dah lebih 100 tahun usia mereka. Macamanalah kawasan ni pada zaman British dulu ye. Mesti sibuk dengan aktiviti perdagangan, urusan pejabat-pejabat kerajaan.

Kegunaan bangunan-bangunan warisan ni pada zaman British: 
Muzium Muzik - the Chartered Bank of India, Australia & China
KL City Gallery - pejabat British Malaya & pejabat percetakan
Muzium Tekstil - pejabat JKR 
Bangunan Sultan Abdul Samad -  pejabat Federal Secretariat of Malay States
Panggung Bandaraya  - City Hall of KL

Rintik-rintik hujan dah mula turun, menamatkan sesi jejak warisan di Dataran Merdeka, menjejaki legasi penjajahan British di Malaya. 

British left us with these magnificient buildings that add colours to KL's skyline. Do we proud of them? To conclude, it is like 'dark chocolate'..dalam manis, ada pahitnya..cheers..