Wednesday, 22 April 2015

Dua yang sama, dua yang berbeza..

Satu diatas pendapatan, yang satu lagi diatas perbelanjaan..yang pastinya dua-dua dipanggil 'tax'..



 Suka, tak suka..kena juga hadam yang ni
 
Yang ni baru nak buat..huhu..

Sunday, 19 April 2015

Tibet : The Wedding Photoshoot

Assalamualaikum...salam hujung minggu..well, dah nak malam dah pun..hehe...

Semasa checking news, terjumpa artikel yang menarik di BBC online..'the wedding photos that captivated China'..bukan saja mereka di China, saya pun terpesona, wow!! they are stunning and I am stunned.

Kita biasa tengok wedding photos orang Melayu dan Cina, samada indoor or outdoor photos, semuanya indah-indah belaka..takde yang nak ambil gambar kahwin dengan ayam, itik, kambing..tapi photoshoot yang ni sangat unik..gambar kahwin pasangan pengantin dari Tibet.

Tibet - lokasinya di sebelah barat negara China, bersempadan dengan Nepal dan Bhutan. Merupakan sebahagian negara China, tapi hubungan dengan Beijing tak berapa nak baik sangat..sebab sejarah silam..


Wedding photoshoot ni belongs to Gerong Phuntsok and Dawa Drolma, a photogenic couple. Petikan interview oleh Phuntsok, yang bekerja dalam bidang periklanan..

"Maybe we represented thousands of young people from ethnic minorities, who left their hometowns to pursue a 'modern life' but chose to return to tradition after feeling a void in the heart," he said. "I think we found an echo with other web users. As we fight for our dreams, some of us get lost. So we wanted to say with the photos: stick to your beliefs."

Enjoy the photos..traditional and rural setting dan juga moden setting..both are breathtakingly lovely..

 
 

dan moden style..

 

Saya suka yang tradisional & rural setting - a picture speaks a thousand words..

Thursday, 16 April 2015

Liverpool FC and Zayn Malik

Assalamualaikum...salam malam Jumaat, penghulu segala hari...

source: dailymail online
Respect. 

Melihat gambar diatas. Gambar dua orang lelaki sedang bersolat. Bersolat di mana? di kawasan tangga di Stadium Liverpool di Anfield, semasa break utk 2nd half, semasa game Liverpool vs Blackburn Rovers.

Asif Bodi dan Abubakar Bhula, peminat tegar Liverpool, tidak lupa untuk  solat, sementara menunggu perlawanan separuh masa kedua, tetapi yang sedihnya, Stephen Dodd, yang snap gambar ni, telah tweet gambar ni dan letak caption 'Muslims praying at half time #DISGRACE'.

"Disgrace" disini bolehlah dimaksudkan "memalukan". Apa yang nak dimalukan. Islam itu mudah, bumi Allah ni, luas, dimana saja, solat boleh didirikan asalkan bersih tempatnya. Untuk dua orang yg bersolat tu, usah gentar, pertahankan hak anda! enjoy good games and at the same time, tunaikan hak Allah. 
Tetapi Mr Asif Bodi tidak melenting, sebaliknya menganggap Mr Dodd tak tahu tentang pentingnya solat dalam Islam dan ingin berjumpa untuk menerangkan hal ni..good, dakwah bil lisan dan dakwah bil hal..semoga Mr Dodd mendapat hidayah, ameen..or at least, tidak buat onar lagi..

Dan Liverpool FC akan mengambil tindakan penyokong mereka yang tweet gambar ni.

In a statement, Liverpool said discrimination would not be tolerated at the club and it would ‘take appropriate action against the individual involved’

Mr Asif Bodi and Abubakar Bhula, you'll never walk alone..this is Anfield. I can't see why we mustn't support Liverpool FC...lalala...I rest my case.
--------------------------------------
Satu lagi kes. Kat UK juga. Zayn Malik. Ahli kumpulan One Direction.

 source: www.express.co.uk

Entahlah, selama ni tak pernah ambil tahu pun tentang kumpulan ni, walaupun suka juga dengar lagu 'Night Changes' tu...tapi bila Zayn Malik keluar dari kumpulan One Direction, heboh di alam maya..barulah saya tahu sebab Zayn Malik ni orang Islam..

Tapi yang tak bestnya..sebab dia tweet #FreePalestine tahun lepas, dia terima ugutan bunuh..dan macam-macam remarks dilemparkan kepada dia..'boyband jihad', 'pimping Islam' dan compare Zayn dengan Boston marathon bomber, Dzhokhar Tsarnaev..memang benar, puak-puak ni takkan senang dengan Islam..selamanya..

 Semak fikiran, letih..di tanahair juga, hal-hal berkaitan Islam heboh diperkatakan, dipersoalkan..

Islam is a way of life, not just a ritual practice..#supporthudud...

Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.” (Al-Maidah: 3)

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Al-Baqarah :208)

Make peace, no war..