Thursday, 30 April 2015

Bila nak habis? Entahlah..

Assalamualaikum..dah holiday mood? rasa excited nak cuti 4 hari...

Nak kemana cuti-cuti ni? Ke pesta buku? Masih berlangsung Pesta Buku Antarabangsa KL, belum lagi menjejakkan kaki di PWTC. Entahlah, rasa malas nak pegi, walaupun hati bagai digaru-garu..takut terpesona lalu terbeli lantas tak terbaca...yang ada kat rumah ni pun, entah bila nak habis baca..

 lima buku ni, ada yang ringan, ada yang 'heavy metal'

buku Abd Latip Talib yang pertama dibeli
Mengagumkan - begitu terperinci sekali penerangannya
siap dengan dialog-dialog. Mesti buat koleksi buku karangan penulis ni.

Buku dapat percuma - tajuk yang berat
Frankly speaking - belum sempat baca mukadimah lagi
tunggu PERKIM buat program 'Bedah Buku', baru ada semangat nak baca

Dah pernah baca buku genre yang serupa, mengenai 'pluralisme, liberalisme' agama dalam buku Tuhan Manusia oleh sdr Faisal Tehrani, salah seorang penulis kegemaran saya, suka penulisan kreatif beliau, lain dari yang lain..

 semakin baca, semakin tak faham, semakin berserabut otak
lastly, drop dulu - kena siap sediakan minda 
 
"Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama"

Buku percuma lagi.

 Prinsip-Prinsip Islam Dalam Berinteraksi Dengan Non-Muslim

dah lama dapat, belum khatam lagi.
Bagus untuk pendakwah-pendakwah, para-para dae'i

Terbaru dalam koleksi - hasil bacaan dari blog Zilla tapi Zilla review buku Bulan Terbelah di Langit Amerika, cari juga buku tu di Kinokuniya KLCC hari Sabtu lepas..dapat satu ni je, ok jugalah kan..one by one..

 karya Salsabiela Rais dan Rangga Almahendra

Ada filem dari negara seberang diadaptasi dari novel ni, bolehlah nonton lepas ni..dah tengok trailer di youtube, not bad..

*hati bagai digaru-garu nak pergi pesta buku sebab nak cari buku Bulan Terbelah tu..hehe..bersemangat waja tapi bila nak membacanya..wallahu'alam.

Dua author kegemaran saya, tahap addicted..Habiburrahman El Shirazy dan Jeffrey Archer.

Baca at a slow pace

Jeffrey Archer, bagi saya, seorang yang 'genius in storytelling'. Hampir semua bukunya saya dah baca, dari 'Kane and Abel', 'Shall We Tell the President', 'the Prodigal Daughter', 'the Fourth Estate', tapi takde buat koleksi, cuma ni je satu, beli di Chowrasta Market, Penang....memang karya yang best, menggembirakan minda..

Karya pertama Sdr Habiburrahman El Shirazy yang saya baca, 'Ketika Cinta Bertasbih', lepas tu terus addicted, yang ada dalam koleksi - Ayat-Ayat Cinta, Diatas Sejadah Cinta dan Bumi Cinta...all cinta, cinta itu universal. Bumi Cinta ni berat juga karyanya..berlatarbelakangkan bumi Moscow, membacanya memaksa kita melihat dengan mata minda, membayangkan budaya, cara kehidupan dan kota Moscow itu sendiri..
 
Dan baca pula hasil karya John Grisham, peguam menulis...the Racketeer..belum sempat baca...

 two best authors - the American and the British

Koleksi pertama - sempat habiskan dua2 cerita ni

Entahlah, kena cari juga masa untuk baca buku-buku yang tertunggak..cuti hujung minggu ni boleh kot..haha..

Saturday, 25 April 2015

Program Seni KL 2015

Dah berminggu-minggu, lalu lalang depan ni. Dekat sangat dengan pejabat.

Cantik kan.

Sebahagian dari Program Seni KL 2015 anjuran DBKL untuk mencantikkan lagi bandaraya Kuala Lumpur. Sesiapa pun boleh join, calling all creative people!
 
"Jemputan untuk syarikat/individu/kumpulan/organisasi/pelajar untuk melakar idea seni dan kreativiti pada struktur bandar milik DBKL (feeder pillar/gantry/tembok usang/tong sampah) secara sukarela. Penyertaan akan diberikan Sijil Penghargaan Datuk Bandar Kuala Lumpur sebagai tanda terima kasih kerana menyumbang kepada Bandaraya Kuala Lumpur"


Nampaknya 'low-voltage feeder pillar' ni paling popular untuk melakar karya seni. Ni satu lagi..depan Sogo..konsep ceria..

 
 sumber: DBKL website
 
Meh kita ronda-ronda kotaraya KL, ala-ala 'amazing race', cari 'work of art' yang lain. Yang paling nak tengok, 'creative work of art' kat tong sampah..

Ada ke macam ni?

 
sumber: www.pinterest.com

..bhahaha..takut ada yang kena heart attack..

atau sweet-sweet, cam gini..

 sumber: internet

sure tak lama, now you see it, now you don't..kena curikk!!..hehe..lawa sesangat!!

Yang ni sesuai untuk semua lapisan masyarakat, harap-harap DBKL approved at first sight..haha..

warna kuning lagi meriah

 Salam ceria di hujung minggu..last word.."cities that don't grow, die"

Wednesday, 22 April 2015

Dua yang sama, dua yang berbeza..

Satu diatas pendapatan, yang satu lagi diatas perbelanjaan..yang pastinya dua-dua dipanggil 'tax'..



 Suka, tak suka..kena juga hadam yang ni
 
Yang ni baru nak buat..huhu..