Monday, 11 May 2015

Weekend Getaway: The Kabin

Assalamualaikum...

Hari Jumaat lepas, sengaja ambil cuti tahun, semata-mata nak check-in, nak tidur dalam kontena. Kontena yg mcm kat pelabuhan tu..hehe. Dah lama riki tempat ni, disebabkan untuk weekend, dah fully-booked sampai berbulan-bulan lamanya, untuk 2-pax (cuma ada satu kontena saja), terpaksalah check-in hari Jumaat..

 The Kabin
Alamat : Lot 2984, Jalan Jati, Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor

Mungkin ramai dah tahu tentang the Kabin ni. Lokasinya di Kampung Sungai Sembilang, di Jeram, berhampiran dengan Pantai Remis, Selangor. Well, seperti dalam gambar, jalan masuk masih lagi belum diturap, di sekelilingnya belum ada development lagi, masih hijau, masih dipenuhi dengan pokok paku-pakis dan pokok renik.

Ada satu lot khas untuk guest parking. Dah parking kereta, jom kita gi check-in. Tak sabor..jalan tanah merah...sambil tu nyanyi lagu 'guantanamera, the only guantanamera'..

 Limited parking depan pintu masuk

Yeayy..dah sampai...
cafe-cum-reception

Urusan check-in, easy and breezy, sebab dah booking online, separuh bayaran (deposit) dah dibayar, cuma bayar yang separuh lagi. Dah dapat kunci kontena, jom kita pergi port. Nama port kami - Durban. Durban ni kat mana? Di South Africa. 

Semua kontena/kabin di sini mengambil nama-nama pelabuhan terkemuka dunia seperti Rotterdam, Antwerp, Hamburg, Long Beach, Shanghai, Busan, Colombo, termasuklah port Kelang. Durban ni je yang 2-pax, yang lain-lain semua 4-pax dan 6-pax.

 the poolview Durban

 Rotterdam dan Durban
The 50ft swimming pool + wading pool..soo inviting..

Meh, tengok the interior of 2-pax kabin


One queen bed, tuala ada, tea/coffee-making facilities, TV flat screen, sejadah dan toilet - shower, bath gel & shampoo. Not very roomy, but bolehlah, not that stuffy also for two persons.

verandah

Dah tengok kabin, jom kita explore kawasan pulak, tak berapa luas sangat but nicely landscaped and properly maintained.

 Long Beach - poolview also

bahagian belakang

Kabin yang tinggi tu dipanggil Treehouse. Kosong, cuma ada tikar saja. Nak main pondok-pondok, bolehlah. Nak bersantai sambil mendengar kicauan burung dan menyapa angin pantai, memang sesuai di sini.

 Tree House

Jom ke bahagian depan pula, dekat cafe-cum-reception tadi.

4-pax kabin

basikal untuk disewa

 sudut bacaan

 sungguh lena kucing ni tidur

hello! sungguh cute this creature
serangga hijau di kerusi malas pool terrace

Suasana di waktu malam..

 
tenang dan damai

Bolehlah check-in di sini, kalau ke Kuala Selangor. Harga semalam masih lagi  berpatutan tapi sarapan tidak disediakan: 

off-peak, normal season (excluding 6% GST)
2-pax : RM190
4-pax : RM240 - RM290
6-pax : RM390 - RM440

Kalau peak seasons (weekend & public/school holiday): tambah RM50 lagi

We all kena bayar : RM254.40 inclusive of GST...huhu..consider mahal jugalah kan, kalau kat KL dah dapat bilik + breakfast.

The verdict: OKlah, untuk bersantai-santai, merasa kelainan. Nak repeat, rasanya taklah kot, bukan tak best cuma tak tahu nak buat aktiviti apa di Kuala Selangor ni. Kalau buat family day, bolehlah join, the more the merrier.

Thursday, 7 May 2015

Menara Darussalam, bukan di Brunei

Assalamualaikum...

Jom kenali Menara Darussalam, bukan di Brunei ya, tapi dengar namanya saja, dah boleh teka siapakah pemiliknya. Lokasi yang sangat strategik, di Jalan Pinang, dekat sangat dengan KLCC, sebelah KL Convention Centre dan Aquaria.

Menara Darussalam

Bangunan ni ada dua fungsi: hotel dan pejabat. Dari tingkat 3 - 15 untuk pejabat. Tingkat 17 - 38 ialah Hotel Grand Hyatt KL. Entrance ke hotel dari Jalan Pinang. Untuk ke pejabat, entrance nya di bahagian belakang, kena lalu tepi KL Convention Centre.


Di Grand Hyatt ni, ada kedai gunting rambut tertua di dunia. Kedai yang ada lampu pusing-pusing kaler putih/merah/biru tu ke? nehi, nehi...nama kedainya Truefitt & Hill, est 1805 St James, London. Tuanya, dah berusia lebih 200 tahun..


Di ruang lobi, takde front desk. Semua urusan check-in dilakukan di sky lobby di tingkat 38. Ada express lif khas untuk hotel guests.

front desk @ 38F

Di tingkat bawah, cuma ada ballroom dan restaurant JP Teres.
 decoration sempena CNY

Kaligrafi Ayat Seribu Dinar

 JP Teres - indoor

JP Teres - outdoor

  Grand Residence - bilik-bilik seminar yang sangat 'grand'



design swimming pool yg unik
 

THIRTY8 Restaurant & Lounge - 'open kitchen' concept

tempat bersantai




dining area

Mari tengok guestroom pula - yang ni 'diplomat suite'


bathroom with a premium view

- jom check-in -

Tuesday, 5 May 2015

Motivasi Mei: Jom Jual Sikat

Assalamualaikum, salam bulan Mei. Masih lagi di bulan Rejab. Nak bagi motivasi sikit, to stay motivated.

 "Believe the unbelievable. Dream the impossible"

Siapa tak kenal lelaki ni? kaki travel mesti kenalnya.. Bagaimana Allah mengilhamkan idea yang bernas, the brainchild of this man, mewarnai hidup kita. Alhamdulillah. 'Now everyone can fly'..beyond imagination.

Majalah the Time, Vol 185 No. 15-16 (April 27 2015), memilih Founder and Group CEO AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, diantara 100 individu paling berpengaruh didunia dalam tahun 2015. TIME 100. Dibawah kategori 'the Titans'. The right choice. You deserved it.  

*Time magazine ni majalah mingguan di US dan menurut wikipedia, majalah ni mempunyai sirkulasi terbesar di dunia dan pembacanya mencecah 25 juta. Majalah yang 'powerful' selain Forbes magazine.   
------------------------------------------------------------------

Believe the unbelievable. Dimana first time saya baca contoh peristiwa sebegini?. Oh, ya, peristiwa Israk & Mikraj Nabi Muhammad SAW. Tanggal 27 Rejab, kita akan menyambut peristiwa besar ni. Hari Sabtu depan je.

Selepas peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW berdiri di atas bukit di belakang Masjidil Haram dan menceritakan peristiwa ni kepada penduduk Mekah.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini. 

Sebagaimana kita lihat reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi Muhammad ﷺ lalu beliau dengan tegas menyatakan:

“Benar! Aku mengakui bahawa engkau merupakan Rasulullah . Jika baginda mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya.” 

Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar (sumber: shafiqolbu)
------------------------------------------------------------------
Believe the unbelievable. Teringat e-mail yang dikirim oleh seorang sahabat. Original emel dalam Bahasa Inggeris 'How to sell combs to the monk?' atau terjemahannya 'bagaimana menjual sikat kepada sami Buddha?'. Kita semua tahu para sami kena botakkan kepala mereka untuk tinggal di dalam kuil. Anggaplah ni satu kisah motivasi, bukan niat dihati nak menyentuh sensitiviti agama lain.

Nak menjual sikat kepada orang botak adalah sesuatu yang sukar juga. Ada ke yang nak beli? Sikat gunanya untuk menyikat rambut. Tapi kalau rambut pun nan hado, nak buek apo. Tiga calon interview menyahut cabaran ni - A, B dan C. Mereka kena jual sikat kayu kepada sami Buddha dalam masa 10 hari. Selepas 10 hari, mereka melapor diri kepada HR Manager.

Calon A: "Saya dapat jual satu sikat saja. Semua sami-sami di dalam kuil marahkan saya bila saya tunjuk sikat-sikat ni. Tapi, semasa berjalan balik menuruni bukit, saya bertembung dengan seorang sami muda, dia beli satu sikat untuk menggaru kepalanya yang ada kelemumur"

Calon B: "Saya dapat jual 10 sikat. Semasa di dalam kuil, saya lihat rambut para pengunjung kuil (devotees) berserabut disebabkan angin kuat diluar kuil. Sami-sami mendengar nasihat saya dan membeli 10 sikat untuk kegunaan devotees."

Calon C: "Saya dapat jual 1,000 sikat"

Semua terperanjat. HR Manager bertanya "bagaimana awak lakukannya?". 

Jawapan Calon C
Saya pergi ke satu kuil yang popular di sini. Selepas buat pemerhatian selama beberapa hari, saya dapati ramai pelancong yang datang ke kuil tersebut. Saya pun berjumpa dengan Ketua Sami dan beritahu dia mengenai pengunjung yang datang ke kuil ni adalah mereka yang sangat kuat beribadat. Saya beri cadangan kalau pihak kuil beri satu hadiah kepada mereka, sudah tentu devotees ni akan merasa gembira. Saya beritahu Ketua Sami yang saya ada stok sikat kayu yang sesuai dijadikan hadiah kepada devotees. Saya juga memberi cadangan supaya Ketua Sami menandatangani sikat-sikat tersebut sebagai tanda kenangan. Ketua Sami sangat gembira dan terus order 1,000 sikat" 

Moral of the story:
Berfikir "diluar kotak".."think out of box"..success is 90% inspiration, 10% perspiration..sikap menentukan kejayaan kita..believe the unbelievable, dream the impossible.