Saturday, 23 May 2015

Satu Malam di Cyberjaya

Assalamualaikum..

Ini cerita cuti hari buruh 1 Mei haritu. Tak bercadang balik kampung sebab minggu depannya baru nak balik, direct dari Kuala Selangor. Nak ambik parents datang KL. 

Cuti 4 hari, nak duduk rumah, rasa bosan, nak keluar dari KL, sana-sini 'jam'. Sebelum cuti, tiap-tiap hari ada sesi brainstorming, pelbagai cadangan.

    The conclusion: pergi yang dekat je lah. 
    The consensus: booking Cyberview Resort & Spa 

 Bercuti di Cyberjaya..huhu...ada juga suasana kehijauan..hehe..

reception & lounge

Check-in time pukul 3.00 petang, tapi sampai awal, lepak-lepak di lounge. Di luar, cuaca membahang, panas.

warm towels and welcome drink - honey tea  

Dah dapat kunci, jom ke chalet..Garden Chalet. Kena bawa kereta, parking depan bangunan chalet. Jauh juga dari bangunan reception ni.


Garden chalet ni bangunan 2-tingkat. Dapat tingkat atas, jom tengok bilik.

 dressing area menuju ke bilik air

 tempat bersiram dan berendam

 gerobok  

Dah rehat-rehat, makan bekalan, lepas Asar, keluar check out facilities yang ada di sini. Berpandukan layout map yang diberi, bercadang jalan kaki je. Tengok map, macam ada jalan belakang, ke arah kolam renang. Jalan le ikut belakang.

path to nowhere - dead end 

Jalan mati rupanya. Susup-sasap lalu tepi chalet orang, nampak satu couple Mat Salleh, dua-dua pakai bathrobe, sedang duduk2 di balcony. Ada seorang lelaki sedang dukung bayi, gaya sedang dodoikan budak tu..macam-macam pemandangan ada...hissh..tumpang lalu..

At last, sampai juga di kolam renang..besarnya..bertingkat-tingkat..ramai orang tengah berendam. Wading pool dia pun besar juga..

 swimming pool

Depan swimming pool, ada French cafe..tertarik dengan senibina bangunan ni. Lanskap di resort ni memang terbaik..the best in the world..tiru Razif Hashim..

 
banglo

Jalan lagi menuju ke bangunan reception, ada taman APEC..dulu mesyuarat APEC dibuat di resort ni..tahun 1998. Ada plague nama-nama leaders yang hadir mesyuarat di taman ni..

 Taman APEC

 President Peru

Nampak pula tempat bersantai di bangunan reception..jom main congkak..


Tengok map..huh..jauh lagi..pusing kanan, pusing kiri..sampai juga..inilah destinasi utama..gymnasium..


Bersenam sekejap..boring le pulak..my sister still motivated to exercise..jom keluar..hirup udara segar..

Bangunan spa

 Sembunyi Spa

Sembunyi Spa..hmm..first time baca review mengenai spa ni dalam blog Supermeng..hihi...sementara tunggu my sis bergym, naklah buat facial, pergilah tanya harganya...perghh..beyond my tiny budget..kirim salaaam  je lah..kalau ada orang nak belanja, ok jugalah kanns..

Dah habis sesi gym, hari pun dah menjelang senja..let's go back to 'one-night sarang'..

 chinese restaurant

bangku

 The Verandah - the coffee house

the French/Italian cafe

Gelap malam menyelimuti alam..dinner time. Selepas solat Maghrib, keluar ke Shaftsbury Square, tak jauh dari resort ni. Memang banyak restoran di sini, really spoilt for choice tapi kami dari KL lagi dah berhajat nak makan di Salam Noodle. OK, jom naik ke tingkat satu.

Salam Noodle ni restoran Chinese Muslim. Ada menu mee, nasi dan sup. Pilihan kami sudah tentulah mee tarik. Harga makanan, majoritinya RM8.00 saja. Air minuman percuma dan boleh refill.

 Saya order ni - Mutton Salad Mee
Generous portion - sangat sedap

side order - Xinjiang grilled mutton
masin sikit rasanya tapi cukup rempah-ratusnya
 Minimum order - 3 cucuk

Alhamdulillah, hajat dah kesampaian, jom balik chalet. Takde aktiviti, just bersantai-santai atas katil yang sangat empuk, baca buku, online dengan wi-fi yang super laju. Maklumlah intelligent city, berada di multimedia super corridor..

Esoknya, breakfast di Verandah..'spoilt for choice'...penat je gi gym..hihi..

 dua barisan panjang for breakfast

Pukul 12, check out..ada kenduri..makan lagi..lunch time @ 3.30 petang. 

The verdict: 
True-blue resort style..jatuh cinta dengan lanskap yang bertaraf dunia di sini..bolehlah, untuk satu malam, a weekend getaway.

Monday, 18 May 2015

Hokkaido Cendol

Assalamualaikum..salam pagi Isnin

Makan cendol di Hokkaido? Lupakan saja, jom singgah Food Republic di Pavillion KL.

sementara tunggu pad thai, kunyah popcorn yang dah lemau ni.
nasib baik dapat free..

duduk tepi gerai Hosaka yang jual Japanese snacks.. 
 ada promosi Hokkaido milk chendol
 
Hokkaido milk cendol..nama glamour..nasib baik sedap. 
Berbaloi dengan harganya..
Must try
lain dari cendol kat luar, lembut saja, tak berapa manis.
walaupun bahannya cuma cendol dan kacang merah 
tapi sedapp..mungkin guna susu, bukan santan.

Snacks lain - takoyaki, popiah wrap dan seaweed sushi popiah


nampak sedap je...next time boleh try..

Friday, 15 May 2015

Senja Haram: the Debate

Sambungan cerpen Senja Haram..

Mencipta tamadun

"Bagaimana membina tamadun baru yang betul-betul bertenaga?" tanya Muneer.

"Lihat dari kaca mata Shariati?" kata Mohtashemi.

"Ali Shariati? Sosiologis Iran?" tanya Saiful bersungguh.

"Dua syarat penting untuk betul-betul mencipta tamadun jaya."

"Apa?" Muneer tidak sabar.

Jalan-jalan yang dilalui bas ini, nyata sempit, gelap dan lampu-lampu jalan tidak berfungsi di kiri kanan.  Bas melepasi Sekolah Rendah Al-Saidah di kanan.  Kedai-kedai makan terasing hidup segan. Tetapi di musim haji tentu hidp berani.  Bengkel kereta, kedai gunting rambut kurang sibuk.

"Pertama, fenomena migrasi atau hijrah. Ingat Nabi kita berhijrah ke Madinah untuk membina masyarakat baru. Sebelum itu umat Islam berhijrah ke Habsyah. Kedua-duanya, Ali Shariati melihat faktor manusia itu sendiri, mendasar kepada ayat al-Quran yang bermaksud: Tuhan tidak akan merobah nasib sesuatu kaum, jika mereka sendiri tidak mahu merubahkannya."

Saiful sedih pedih mengenangkan Saidina Uthman yang membeli telaga Raumah untuk minuman Muslimin dan membeli tanah untuk meluaskan masjid Nabi dikepung kejam pemberontak.  Khalifah tua itu dan keluarganya dihalangi dari keluar rumah.

Bekalan air putus.  Ummul-mukminin, isteri Nabi, Habibah Abi Sufyan yang datang menatang air sejuk dipukuli muncung keldainya dan tali pelana diputuskan.  Nyaris jatuh tersungkur.

Dan rupa-rupanya benteng dari kalangan Abdullah bin Umar, Abdullah bin Zubair dan cucu-cucu Rasulullah, Hassan dan Hussain tidak bisa lagi menahan pembunuhan ke atas sahabat Nabi yang dijanjikan syurga itu.

"Ibnu Khaldun menekankan pegangan kepada agama ialah unsur paling utama dalam mencipta sebuah tamadun. Usia tamadun itu akan lebih terjamin lama jika penghayatan terhadap agama lebih kuat.  Juga, kemewahan yang dinikmati boleh merosakkan tamadun kalau tiada 'moral order' berkuasa untuk mewarasinya."

Suara Muneer menyentak Saiful ke alam nyata dan dia terkenangkan tamadun Melaka yang perkasa itu, runtuh oleh alpa kemewahan dan cepat dapat direbut Portugis.

"Malek Ben Nabi, pemikir Algeria itu pun setuju kekayaan hidup, menjurus kepada kejatuhan moral roh manusiawi, pengumpulan harta tanpa tunjang agama dan budaya bakal menghuru-harakan." Mohtashemi mengambil giliran memberi pandangan.

"Saiful, apa kata Saiful?" Soal Mohtashemi keras, suara meningkah deru enjin yang menenggelamkan sejenak diskusi mereka. 

"Setuju. Emile Durheim sendiri melihat kemodenan meruncing menjadikan manusia gawat kacau. Timbul masalah mal-adjustment atau kegagalan manusia untuk hidup dalam suasana baru.  Seperti Ibnu Khaldun, Durkheim pun ikut menyebut, kesatuan sosial dalam masyarakat asas kepada tamadun maju." Saiful memberi hujah.

Tiba-tiba Saiful teringatkan tamadun yang sedang mekar di negaranya.  Hebat gagah. Selesa santak semua orang lupa, lalu penyakit masyarakat berbenih bercambah.  Akhlak lupus dan berantakan.  Masyarakat atas ke bawah boros.  Juga spontan diri terkenangkan kejatuhan RM, ketika dia baru tiba, RM100 bersamaan 128 Saudi Riyal.  Kini, kejatuhan menjunam-junam, RM100 bersamaan 107 Saudi Riyal. Javid, sarraf atau penukar wang bersebelahan Hotel Asia menyindir pahit.

"Kerana Soros atau kerana boros?"

"RM..ringgit Malaysia atau rupee Malaysia?"

"Iya, kemewahan sebabkan keruntuhan akhlak dan keborosan meruntuhkan ia lagi.  Padah melewakan nilai spiritual."

Bas mengambil jalan al-Haj melintasi hadapan Thaqafa Book Store.  Deretan kedai barangan antik ditinggalkan.  Penumpang diambil dan diturunkan sesuka hati di mana-mana.

Masjid Tanaeim kelihatan. Mereka turun, sembahyang sunat ihram dan berniat, lalu naik semula bas yang lain. Sedia menunggu.

"Jadi bangsa mana selepas ini memimpin dunia Islam? Semua bangsa sudah merasa sebagai peneraju rasanya,  kecuali Melayu!" Mohtashemi membuka perdebatan baru.

Saiful teringatkan pandangan professor Sayyid Naquib Al-Attas, kedatangan Islam telah merubah alam Melayu seluruhnya. Melayu berubah dari rangka mitos ke rangka fakta, akliah dan intelektualisme.

"Ingat surah Ali Imran ayat 140 - Dan hari-hari kejayaan itu dikurniakan kepada umat manusia dengan bergiliran." sambut Muneer.  Wajah campur Melayunya berseri-seri.

Saiful Izham terdiam. Sesak untuk menerima hakikat yang Melayu diharap-harap akan menjadi pemimpin umat Islam.  Dia terkenangkan bohsia dan bohjan di Kuala Lumpur.  Terbayangkan ratus ribu Melayu jadi penagih dadah di belakang lorong Haji Taib.

Takhta ulung


Tergambarkan sekian banyak penzinaan berlaku dan sekian banyak bayi dibuang.

Ciri-ciri tamadun unggul yang ditetapkan Ibnu Khaldun, Ali Shariati dan Malek Ben Nabi itu hampir tiada pada orang Melayu, dia berani berfikir begitu.  Biarlah nanti orang kata, dia pesimistik. Kejujuran tidak boleh ditutupi dengan kemunafikan dan solek hipokrit tebal.

"Banyak lagi yang perlu diperbaiki Melayu untuk mendapat takhta ulung itu.  Terlalu banyak..." Itu sahaja jawapan mampu diberi.

Bas bergerak, tidak jauh dari pusat sukan, ia membuat pusingan U sebelum tersangkak perlahan di hadapan pusat pemeriksaan Muslim. Sebelum itu mereka terpesona dengan reruntuhan tembok Zubaidah. Seketika tersekat di hadapan Musytasyfa Malik Abdul Aziz.

Bas mengambil Jalan Hassan Ibnu Thabit sekali lagi, langsung masuk ke bahagian Mekah yang sibuk.  Kedai kebab berderetan sebelum tiba di hadapan Pusat Panggilan Antarabangsa Andalusia. Bas memasuki 2nd Ring Road, di kanan apartmen mewah Ghailmah Tower teguh berdiri.

Bas meneran payah tergigil-gigil kala mendaki bukit kecil dengan hotel dan bilik kediaman murah sesak di kiri kanan.  Bas elok-elok turun tidak jauh dari pintu mengarah ke Bukit Marwah.  Seratus meter dari Maulid Nabi (tempat kelahiran Rasulullah) yang kini sudah dijadikan Maktabah (perpustakaan).  Mereka bergegas masuk ke Masjidil Haram. Takjub dengan keagungan Kaabah.

Senja merah jingga al-Haram selesai. Azan Isyak berdengung dilaungkan. Mereka terapung bahagia.