Wednesday, 10 June 2015

Di manakah Liberty Tower?

kat US? hehe..kat US pun ada, tapi yang ni kat KL, versi Malaysia. Suka-suka je meng'English'kan nama bangunan. Sebetulnya nama bangunan ni ialah Menara Liberty..tempat teman bekerja. Dulu namanya Menara Uni.Asia.

 

Baru je tukar nama..maknanya business card, letterhead, semua alamat surat menyurat office pun kena tukar juga..huhu..

suka bunga kekwa kaler baby pink

Sekian, laporan dari Menara Liberty, Jalan Sultan Ismail.

Thursday, 4 June 2015

Hijau di ibukota..

Pukul 1.00 tengahari. Kawasan Segitiga Emas.
Jumpa hutan ni semasa melintas jalan di Jalan P. Ramlee nak ke Jalan Pinang. Matahari memancor-mancor, berehat sebentar di sini, memang sejuk..


KL city centre needs more green space like this..

 
sebelah KLCC je..di saat harga tanah di sekitar KLCC dah mencecah RM3,300 kaki persegi, mengekalkan tanah ni sebagai kawasan hijau adalah sangat dialu-alukan, semoga kekalnya begitu..

'Forest in the City' atas bangunan pula

 
 
rooftop Lot 10

dalam bangunan..

 Lot 10 again

Feeling fresh..ku lihat hijau..

Sunday, 31 May 2015

'Taiwan-inspired' vs 'CB by Auntie Sue'

Assalamualaikum..selamat berhujung minggu..

Tajuk apa tu?? cer teka..bukan baju, bukan kasut, bukan handbag..tapi ialah Cendol..hehe..lagi-lagi cendol...cuaca panas-panas ni, makan cendol memang marvellous..

Hari tu ada kerja di Lot 10, jalan-jalan di Bintang Walk, nampak pulak promosi Cendol Latea ni di outlet Chatime..

  
Ada tiga pilihan - Malaysia, Indonesia dan Taiwan. Semuanya nampak sedap..*drooling*. Order yang 'inspired from Taiwan' sebab lain sikit, bubuh sweet potatoes @ keledek. Siap tulis 'no coconut milk added', guna milk tea. Harganya..hmm..pejam mata, ini kalau makan nasi, kenyang..

recommended by Brian Pien, siapa dia ni? Artis dari Taiwan.
Berlakon di Malaysia, filem cina 'Kepong Gangster 2'. 
Kat Taiwan ada cendol kot, ke dia makan cendol kat Malaysia? 
Entahlah, boleh tanya dia via facebook

sweet potato Cendol Latea

Rasanya OK juga, keledek dikisar sekali..first time, minum air keledek..hehe..tapi dah diimprovise masuk dalam cendol, not bad at all..must try..
Chatime outlet @ Bintang Walk
 -------------------------------------
CB by Auntie Sue..CB tu Cendol Bakar..@ Teras Jernang. Kampung Teras Jernang ni di Bangi, kat simpang tiga ke Jalan Bangi Lama.

Dia punya tagline tu yang debomm, bermain perasaan, pyscho gitu..'Confirm Sedap!!!'..orang mesti nak datang cuba, rasa, makan, confirm ke sedap? Kalau sedap beritau kawan, kalau tak sedap beritau Pak Tam..err..silap kedai..kalau tak sedap, biasalah..no show..

OK, jom ke kedai, simple je kedainya, atap zink, dinding zink..parking suka hati, di tepi jalan pun boleh, kat tepi kedai ni pun ada parking lot juga.

Tudia besaq nya banner

Laksa Taiping pun ada

 best seller
cendol durian and cendol pulut + durian

cendol-cendol lain

                 first time datang - order Laksa Taiping dan cendol jagung


 cendol jagung
Cendol jagung OK, sedap. Laksa Taiping so-so saja, bolehlah, 
sedap lagi Laksa Kuala.

Second time datang with my sister, order Cendol Durian + Pulut dan Kuih Udang Sos Alor Gajah.

 Cendol Durian + Pulut - the best in the world

            Cucur Udang Sos Alor Gajah + nugget, tauhu & jejari ketam
Memang sedap, marvellous..

Memang ramai pelanggan yang datang, silih berganti, must try, recommended.
Sedap? Confirmed.