Assalamualaikum, semua..
semoga sihat walafiat, fizikal dan emosi menjelang Aidil Fitri yang dinanti..
"kuih raya semuanya manis
dimakan oleh si gadis manis
hadiah diterima dari Jari Manis
diterima dengan senyuman manis"
hmmm..manis-manis belaka...sebab pengirimnya cik adik manis, travel blogger stylo-mylo Jari Manis..Semalam, terima satu sampul surat yang berat. Sebab apa berat? sebab ada ni..
bookmark @ letter opener dari Korea
Alhamdulillah, kamsahamnida, terima kasih JM kerana sudi kirim souvenir ni..saranghae..
Diiringi juga dengan kad raya dan sampul duit raya yang cantik
Diiringi juga dengan kad raya dan sampul duit raya yang cantik
dan ucapan hari raya
untuk JM, 'kosong-kosong juga'..maaf zahir & batin..
semoga berbahagia di hari raya disamping keluarga tercinta
---------------------------------------------------------
Untuk semua
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1436H
Maaf zahir dan batin..
"Taqobbalallohu minna waminkum”
Semoga Allah menerima segala amal dan ibadah kita di bulan Ramadhan
"minal 'aidin wal faidzin"
Semoga kita termasuk ke dalam golongan yang kembali (kepada fitrah) dan golongan yang menang
- jaga diri, hiasi peribadi -