Tak baik kan benci-membenci. Di bulan mulia, di hari raya, bermaaf-maafan tu lebih afdal. But there will be haters, kata Adidas.
Nak jual boot je, tapi tagline gempak habis.
Sebenarnya nak cerita tentang Sports Hub di Lot 10 Shopping Complex. Larian marathon dari cerita-cerita raya, rendang, lemang, ketupat, open house dan yang sewaktu dengannya. Ke ada yang beli kasut Adidas buat kasut raya, boys? girls?
Sports Hub ni di Level 3, memang banyak kedai-kedai sukan. Kira one-stop centre untuk beli sports apparels, sports equipments.
Ada juga gelanggang sepak bola dan bola keranjang.
Liverpool FC
Manchester United
Bukanlah peminat tegar English Premier League, tapi pernah bermastautin di tanah ratu, tempiasnya tu terkena juga..wuhuu....
Stadium Aston Villa di Birmingham
--------------------------------------------------------------------
Di Lot 10 ni juga, kalau dah penat shopping, 'shop till u drop'..boleh duduk di bangku-bangku, bersantai-santai sambil baca majalah yang disediakan, ibarat membaca di tepi padang nan hijau..
pelbagai majalah, lepas baca, sila simpan semula
travel magazine
Gabungan diantara Sports Hub dan padang-padang hijau memang sangat sesuai..sporty image..
----------------------------------------------------------
Stress dgn blog ni yang ada masalah embedded comment form, terpaksa kembali ke old style..huhu..cuma versi mobile saja yg OK with the form..penat teman memikiornya..mood nak berblogging pun ada sikit merudum..*Alhamdulillah, dah OK*..
Till then, selamat berpuasa Syawal pula..