Saturday, 5 September 2015

Chiang Mai: The Small Hotel, Tha Phae Road

Sambung cerita hari Sabtu 22 Ogos 2015. Chiang Mai..we meet again..

Alhamdulillah, selamat sampai di Arcade bus station 
Chiang Mai, sekitar pukul 4.30 petang.

 suasana di Arcade bus station

Ambik teksi, THB150 ke Small Hotel di Tha Phae Road. Kenapa pilih hotel ni? Sebab utama, ianya berada di tengah-tengah di antara old city dan Masjid Baan Haw di Chang Klan Road, boleh jalan kaki untuk pergi kedua-dua tempat ni. Tha Phae Rd ni jalan utama ke old city melalui Tha Phae Gate (east gate).

Lokasi hotel, masjid dan Tha Phae Gate


 Small tu nama company, bukanlah hotel ni small (kecik)..hehe..
hotel 5-tingkat, chic and trendy hotel
ada lif, Alhamdulillah.

hotel lobby

 'Loft Art' design concept
blending traditional Thai and 'Loft' style

hotel lounge

lounge

tempat lepak, ada pc


salt chlorinator plunge pool di Level 3

Jom, tengok guestroom..Plus Petit room..
ada colour


 bilik air ok, ada separate shower

see through, glass wall..boleh nampak orang mandi
di shower..hehe..ada blind, don't worry..

overall, puas hati, ada wi-fi dlm bilik, facilities ok, ada fridge, safe, air botol, cerek, hair dryer, coffee/tea...RM110 per night with breakfast..duduk sini tiga malam..

Di tingkat satu, ada mini library, boleh lepak-lepak baca buku..

jumpa buku ni..khas utk travelers
How to Shit Around the World
The Art of Staying Clean and Healthy While Traveling


Bersambung..mai, mai, kita explore Chiang Mai pulak..

Friday, 4 September 2015

Souka Mukha on 30 Ogos

Assalamualaikum..tinggal sekejap kisah Thai odyssey, kita beri laluan entry terlajak ni..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, masih lagi diberi kesempatan untuk hidup di bumi Allah, di dalam nikmat iman dan Islam. Selawat dan salam keatas Junjungan Besar Rasulullah SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda..perjuangan mereka yang tiada tandingnya dalam menegakkan agama Allah di mukabumi ini menjadikan Islam itu subur di merata dunia..

Entry sempena birthday pada 30 Ogos, happy birthday to me...sebenarnya jarang celebrate birthday, dah tua-tua ni, birthday is JAD..just another day..

Syukran pada bloggers yang wished me on that day..Kak Paridah Ishak yang ada mention my birthday dalam entry dia, rupanya birthday saya sama dengan cucu kak PI.. xiexie, toche toche..nhhas Huda (syukran kerana selalu ajak akak pergi majlis ilmu - semoga Allah memberkatimu sentiasa) dan Bunda_nora..thank you..gracias..

Takde party yang grand2, birthday cake, tiup2 lilin segala...cuma makan lempeng saja..huhu..maklumlah orang kampung...

 inilah lempengnya

nama glamernya
pancake gulung stuffed with banana and topped with 
grated coconut and ice-cream

Minum air ni..fresh lemon lime bitter soda..

ada lemon, ada air limau kasturi, daun pudina and fizzy soda
selalu makan lempeng, minum kopi O pekat, baru ngam
takpe, break the norm, dahaga sangat

Makan di Mukha Souka di Lorong Rahim Kajai 13, sederet dengan Kulcats Barrio, tapi lain bangunan. Kedai orang Islam ni. Mukha ialah satu nama tempat di negara Yemen.


Jom tengok restoran 
Cafe ni ada masuk dalam program JJCM TV3. Mukha ialah kedai kopi dan Souka ialah cake bakery..gabungkan sekali di dalam satu kedai. Ada juga jual nasi arab..Gulf Rice. Next time boleh try.

Lepas makan, pergi buat bekam di Akubekam. Tujuan utama datang ke sini. One of my health regimes, ialah berbekam. Dalam entry Jom Bekam, lokasinya lain, corner lot. Ya, betul, Akubekam dah pindah ke sini, dibelakang lokasi yang lama.

Cari kedai kek Kulcats, nampaknya dah takde, diganti dengan kedai sports.

Akubekam & Kulcats Barrio

apa churros tu?
orang KL panggil cakoi, 
orang Perak panggil kundas

ingatkan kedai burger, rupanya kedai gunting rambut

sekian saja, aktiviti pada 30 Ogos..JAD..

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hati yang tidak khusyuk, dan dari doa yang tidak didengari, dari nafsu yang tidak pernah puas dan dari ilmu yang tidak bermanfaat.  Aku berlindung kepada-Mu dari empat keburukan tersebut"

(Riwayat at-Tirmizi daripada Ibnu Umar r.a.)

Thursday, 3 September 2015

Chiang Rai: Rai Mae Fah Luang and off to Chiang Mai

Sabtu, 22 Ogos 2015. Hari terakhir di Chiang Rai..

Sebelah paginya, kami sewa teksi ke Rai Mae Fah Luang Art and Cultural Park. Pukul 8.30 pagi bergerak dari hotel, lebih kurang 10 minit dah sampai. Entrance fee THB200. Janji dengan driver teksi, suruh dia tunggu selama satu jam.


Mae Fah Luang Art and Cultural Park, is a 60-acre park proudly embraces Buddhist art collections, antiquities and Thailand’s most valuable Lanna architecture, which are all kept with constant care.

Ada lima kawasan pameran: the Botanical Gardens and Nature Park, the Haw Kham (Golden Pavilion), the Haw Kham Noi (Small Golden Pavilion), Sala Kaew (a ceremonial space for ritual) and Haw Kaew (Gallery of Lanna Cultural Arts).

Chiang Rai dulunya ibu negeri untuk Lanna Kingdom yang diasaskan oleh King Mengrai pada tahun 1292. Bangunan-bangunan di Mae Fah Luang Art and Cultural Park semuanya dibina mengikut senibina Lanna.

Luas kawasan ni, ada dua tasik. Kami akan berjalan selama satu jam berpandukan sebuah peta yang diberi di pintu masuk. Jom exercise pagi..

 entrance


Haw Kham (Golden Pavilion)

teratai

Bangunan Golden Pavilion tu ialah hadiah dari rakyat Chiang Rai kepada HRH Princess Mother, patron Mae Fah Luang Foundation. Dalamnya ada koleksi bekas perasapan (incense burner) dari semua daerah di utara Thai. Menarik juga. Tapi dalam ni takleh ambik gambar. Tahun lepas diadakan Candle Light Museum di bangunan ni. 


garden


Sala Kaew


Haw Kaew-Gallery of Lanna Cultural Arts

Tak masuk ke gallery, terus jalan mengelilingi tasik, nak cari botanical garden.

 sawah padi


pemandangan Golden Pavilion dari botanical garden

botanical garden


Botanical Garden ni lokasinya sebelah kiri entrance tadi, tapi sebab tak tahu, dalam peta pun tak tulis, terpaksa pusing satu tasik..fuhh..memang exercise betul. Tengok dalam gambar cantik sesangat garden ni, tapi bila pergi, macam ni je. Silap dong, rupanya yang saya tengok gambar Mae Fah Luang garden di Doi Tung, nama sama dengan cultural park ni..letihh..hahaha...

 Mae Fah Luang garden di Doi Tung
source: Tourism Authority of Thailand

The garden of Mae Fah Luang features more than 70 indigenous flora and wild plants found in the Doi Tung area. It also includes the famous sculpture “Continuity” by the late artist Misiem Yip-In-Soi in the middle of the garden. There are also a fountain, a rock garden, a section of ornamental flowers, and a palm garden. The garden has different kinds of flowers in full bloom all year round. - See more at: http://www.tatnews.org/mae-fah-luang-park-opens-candle-light-museum/#sthash.xRKmuuOn.dpuf
The garden of Mae Fah Luang features more than 70 indigenous flora and wild plants found in the Doi Tung area. It also includes the famous sculpture “Continuity” by the late artist Misiem Yip-In-Soi in the middle of the garden. There are also a fountain, a rock garden, a section of ornamental flowers, and a palm garden. The garden has different kinds of flowers in full bloom all year round. - See more at: http://www.tatnews.org/mae-fah-luang-park-opens-candle-light-museum/#sthash.xRKmuuOn.dpuf
The garden of Mae Fah Luang features more than 70 indigenous flora and wild plants found in the Doi Tung area. It also includes the famous sculpture “Continuity” by the late artist Misiem Yip-In-Soi in the middle of the garden. There are also a fountain, a rock garden, a section of ornamental flowers, and a palm garden. The garden has different kinds of flowers in full bloom all year round. - See more at: http://www.tatnews.org/mae-fah-luang-park-opens-candle-light-museum/#sthash.xRKmuuOn.dpuf
Doi Tung ni lokasinya di kawasan berbukit di utara Chiang Rai. Dulunya perkampungan kaum hilltribe Akha, yang menanam bunga popi untuk buat opium, tapi bila ada Doi Tung Development Project, mereka tanam pelbagai jenis bunga sebagai hasil pendapatan orang-orang kampung.

The garden of Mae Fah Luang features more than 70 indigenous flora and wild plants found in the Doi Tung area. It also includes the famous sculpture “Continuity” by the late artist Misiem Yip-In-Soi in the middle of the garden. There are also a fountain, a rock garden, a section of ornamental flowers, and a palm garden. The garden has different kinds of flowers in full bloom all year round. - See more at: http://www.tatnews.org/mae-fah-luang-park-opens-candle-light-museum/#sthash.xRKmuuOn.dpuf
Overall, kawasan cultural park ni memang cantik, kalau buat photoshoot memang lawa. Historical and traditional. Kalau ada masa, boleh pergi gallery. Satu jam memang rushing. 

Dah habis ambik gambar di botanical garden, kami pun balik, naik teksi yang sama. Driver taxi tu turunkan kami di masjid, sewa teksi THB300, termasuk harga menunggu. Ingatkan nak makan dulu, tengok time masih awal lagi. So, jalan kaki ke jalan besar, menuju ke arah clock tower dan masuk Jetyod Road.

 Wat JetYod

Ambik gambar temple ni sebab cantik senibinanya, snap dari entrance je. Kebanyakan kuil-kuil di Chiang Rai dan Chiang Mai, bentuk bangunannya macam ni. Kemudian patah balik ke arah masjid, nampak bangunan ni - BAM.

 home of love, condo of life, land of visions..perghh..

Mulanya nak try makan di Restoran Makan pulak. On the way nak masuk lorong kedai, terjumpa one lady pakai serkup kepala, orang Islam, tiba-tiba dia tanya. "nak ke mana?" wahh, cakap Melayu. Kami pun cakap nak pegi kedai Makan tu. Kemudian dia cakap ''hari ni saya tutup kedai'. Ohh..tuanpunya kedai rupanya. Dah tutup, kami pun terus jalan ke Rosprasert.

Lepas makan, balik hotel, lepak-lepak kat lounge, baca newspaper Bangkok Post..penuh dengan cerita pasal bombing di Erawan Temple.  Pukul 12.30, bergerak ke stesen bas.

 suasana di stesen bas Chiang Rai

nak ke Chiang Mai, boleh juga naik bas ni
boleh pergi banyak tempat, Lampang, Lamphun

 ini bas kami ke Chiang Mai
driver bas di sebelah kiri tu, uniform macam pilot 

OK, bas dah nak bergerak. Chiang Rai...we checked out.