Monday, 7 September 2015

Chiang Mai: Elephant Safari

Ahad, 23 Ogos 2015..

Hari ni pukul 6.00 pagi dah menjenguk keluar pintu utama hotel. Tengok hari dah terang-benderang. Misi pagi ni ialah snap gambar sami. Dari malam semalam, dah terbayang dalam kepala, deretan sami-sami berbaju jingga berbaris bawa bekas, macam dalam gambar di Laos ni.

 source: beautifulmomentsinLaos
  
Tapi takde view macam tu kat sini. Nampaklah juga beberapa kumpulan sami berpakaian warna oren saffron dok lalu-lalang di seberang jalan. Di sepanjang Tha Phae Road ni ada dua, tiga wat (kuil Buddha).

 jadilah..kan

Alang-alang dah keluar, jom snap gambar bangunan-bangunan lama di sepanjang Tha Phae Road. Kenderaan pun kurang, memudahkan kerja. Tha Pae Road ni cultural road, memang banyak bangunan lama dan kedai-kedai barangan antik.

bangunan di sebelah hotel

 kedai barangan antik
 UOB building

Jalan-jalan lagi..jumpa iklan ni. Best ni kalau dapat tengok Muay Thai..Thai kickboxing. Harga tiket RM40 - RM60. dekat je, di Kalare Night Bazaar..

 Italy vs Thai..international tu..

 walking street ni di old city

Sedang snap gambar ni, tiba-tiba ada Toyota Hilux berhenti di sebelah. Dua orang keluar bawa bungkusan, beberapa orang sami dah siap beratur. Yang bawa makanan tadi terus bersimpuh di atas jalan, depan sami dan sami baca jampi mentera. Tak sampai hati pulak nak snap gambar..huhu..
-------------------------------------
Dah pukul 7.00 pagi, masa untuk sarapan. Tempatnya di Level 5, open-air section. Breakfast time dari pukul 7.00 hingga 10.00 pagi.

 breakfast venue

Breakfast menu - nasi goreng/mihun goreng, chicken ham, salad, buah-buahan, cereal, roti & spread, roti telur dan scrambled eggs. Cuma makan roti, scrambled egg, salad, buah-buahan dan cereal. Berkeping-keping jugalah makan roti, bagi kenyang, buat sandwich salad le, sandwich scrambled egg, roti bakar + honey..

roti, jem & honey

 kuih keria kot..ntah, tak ambik
-------------------------------------------------------

Itinerary hari ni ialah one-day tour Elephant Safari di Mae Taeng Elephant Park.  Semalam dah pesan kat Abdul Kareem of Muhajereen Tour tu, suruh van tu ambik kitaorang dulu sebabnya boleh pilih tempat, nak duduk depan. Alhamdulillah, janji ditepati. Pukul 8.00 pagi, dah sampai sebuah SPV from JJ Travel..kosong, kosong..yahoo..

Kemudian, pusing-pusing ambik yang lain..akhirnya penuh 13 orang pelancong..tiga budak perempuan dari Manchester, one couple and a solo traveler dari Costa Rica, tiga generasi (nenek, anak dia dan cucu) dan one couple dari China dan dua dari Malaysia (kami lah tu). 

Alhamdulillah, semua ahli kumpulan well-behaved, takde riuh-rendah, cuma sekali-sekala, nenek China tu cakap kuat-kuat, macam marah cucu dia. Off to Mae Taeng, lebih kurang 40 minit ke utara Chiang Mai.

Sampai di Elephant Park, tour guide tu cadang kami berakit di sungai dulu, memandangkan hari masih pagi lagi, tak panas. Perghh..first time ni..teruja..air sungai dahlah nampak macam tinggi..

turun ke rakit, di sebelah sana mereka yg naik gajah 
sedang turun bukit, masuk ke dalam sungai

diatas rakit, diatas sungai

ahli group - girls dari Manchester and a solo
traveler dari Costa Rica

Alhamdulillah, perjalanan smooth, air sungai mengalir lesu, ada satu tempat je, laju airnya tapi expertly handled by dua orang pendayung rakit

life is hard, ele..kena kerja, no work, no money..no free lunch..

macam best je..

Lama juga berakit ni, mengelilingi satu pulau kecik untuk sampai ke tempat naik tadi..sambil mendayung, pendayung rakit yg depan berceritalah dah tiga hari hujan, mereka pun tak bekerja, bila tak kerja, takde gaji. Masa nak sampai ke jeti, dia minta tips THB100 sorang untuk dia dan kawan dia..semua ahli group buat tak layan je..

Sementara tunggu ahli group yang lain, lepak-lepak disini dulu, sebelum masuk ke tempat gajah buat show. Show start pukul 11.15 pagi.

show gajah - gajah menari, main bola, angkat kayu balak
gajah berumur dari 3 hingga 12 tahun

gajah melukis - gajah ni namanya Charlie

cantik lukisan yg gajah lukis
ada fridge magnet gambar lukisan ni
di sini harga THB40, di pasar malam THB10 je

 show dah habiss..

Lepas ni naik kereta lembu (ox-chart) pulak..hihi..kat Malaysia pun tak pernah naik..

 besar-besar saiz lembunya
hidup ni keras, bu..work hard..

main entrance

 lembu, gajah dan kereta

rumah pekerja, besarnya aerial parabola 

penjual tebu & pisang utk gajah
dia tunjuk dua jari, maknanya 20 baht

Naik kereta lembu ni separuh jalan je, lepas tu naik gajah pulak untuk balik ke camp. Rupanya package kami bukan naik gajah yang masuk hutan, turun bukit, masuk sungai tu...yang tu lagi thrill..

kesian gajah, mesti boring buat kerja yg sama setiap hari
no more free n easy life, ele

Dah sampai di stesen gajah, disebelah tempat show tadi, tunggu ahli group yang lain untuk pergi lunch. Ternampak pulak ais krim berperisa manggis ni..

 di Thailand..aiskrim mangga, durian dan manggis paling popular

apakah special edition for chinese people tu? jeng..jeng
entahlah, saya pun tau..tak tanya pun kat tuan kedai..

OK, dah cukup korum, off to buffet lunch. Ada adik pakai tudung jaga kaunter masuk. Menurut Muhajereen Travel, Mae Taeng elephant camp ni saja yang ada halal lunch, camp lain takde. Sebenarnya ada banyak elephant camps di Chiang Mai ni - salah satunya Mae Sa elephant camp yang paling dekat dengan town.

Makanan di sini semuanya ok, memenuhi citarasa dan banyak pilihan - ada nasi campur, mee, mihun sup, Thai deserts. Lepas ni, itinerary terakhir, ke orchid & butterfly farm.  

 Sambung di next entry..khap khun kha..

Sunday, 6 September 2015

Chiang Mai:Masjid Baan Haw and Night Bazaar

Assalamualaikum...

Selepas check-in, refresh dan solat, memulakan aktiviti di Chiang Mai. Tempat pertama dituju ialah Masjid Baan Haw atau Masjid Hidayatul Islam, berdekatan dengan Night Bazaar, Chang Klan Road.

Halal Street Hilal Town
pintu gerbang dari Chang Klan Road


pintu gerbang ke Chang Klan Road


Masjid Baan Haw 
masjid sebelah kiri, sebelah kanan pejabat & bilik kuliah 
besar betul bangunan kuliah merangkap Islamic Centre
  
 masjid

gerai rotee..famous di Thailand

Terjumpa mamat ni jual nasi campur dan goreng-gorengan


Beli cekodok dan sosej untuk dinner

sosej

Dah habis membeli di halal street, berjalan menyusuri Night Bazaar di sepanjang Chang Klan Road sampai ke Anusarn Market.

Night Bazaar, Chang Klan Road - Kalare Night Market di sebelah kanan


Islamic Bank of Thailand

Masuk ke dalam Anusarn Market, banyak restoran halal di sini.


Tiga sederet restoran halal

Roummit 2 - restoran halal makanan Thai
Khan Restaurant

Ronda-ronda lagi, sebelah kiri pula..terjumpa Muhajeereen Tour ni..

Ambil keputusan untuk ambil package Elephant Safari kat sini untuk hari esok..THB1,000 termasuk halal lunch.

Macam-macam barang dijual di sini..kreatif orang Thai ni..
 ukiran sabun bentuk buah2an, gitar kecik
 perhiasan dari tempurung kelapa

shopping mall

balik hotel, tengok kat dinding lif, ada info ni..

mcm menarik..itinerary untuk pagi esok..snap photo, bukan bagi food ya..

balik bilik, makan jajan yg dibeli tadi, layan internet dan zzzz..

Saturday, 5 September 2015

Chiang Mai: The Small Hotel, Tha Phae Road

Sambung cerita hari Sabtu 22 Ogos 2015. Chiang Mai..we meet again..

Alhamdulillah, selamat sampai di Arcade bus station 
Chiang Mai, sekitar pukul 4.30 petang.

 suasana di Arcade bus station

Ambik teksi, THB150 ke Small Hotel di Tha Phae Road. Kenapa pilih hotel ni? Sebab utama, ianya berada di tengah-tengah di antara old city dan Masjid Baan Haw di Chang Klan Road, boleh jalan kaki untuk pergi kedua-dua tempat ni. Tha Phae Rd ni jalan utama ke old city melalui Tha Phae Gate (east gate).

Lokasi hotel, masjid dan Tha Phae Gate


 Small tu nama company, bukanlah hotel ni small (kecik)..hehe..
hotel 5-tingkat, chic and trendy hotel
ada lif, Alhamdulillah.

hotel lobby

 'Loft Art' design concept
blending traditional Thai and 'Loft' style

hotel lounge

lounge

tempat lepak, ada pc


salt chlorinator plunge pool di Level 3

Jom, tengok guestroom..Plus Petit room..
ada colour


 bilik air ok, ada separate shower

see through, glass wall..boleh nampak orang mandi
di shower..hehe..ada blind, don't worry..

overall, puas hati, ada wi-fi dlm bilik, facilities ok, ada fridge, safe, air botol, cerek, hair dryer, coffee/tea...RM110 per night with breakfast..duduk sini tiga malam..

Di tingkat satu, ada mini library, boleh lepak-lepak baca buku..

jumpa buku ni..khas utk travelers
How to Shit Around the World
The Art of Staying Clean and Healthy While Traveling


Bersambung..mai, mai, kita explore Chiang Mai pulak..