Tuesday, 3 November 2015

Downton Abbey

Assalamualaikum, welcome November..

Kawan-kawan, siapa ada layan drama British ni? Best period drama ni. Dapat banyak awards dan tersenarai di dalam Guinness Book of Records.

Cerita keluarga bangsawan, lord-lord, lady, countess, servants, di zaman sebelum dan selepas perang dunia pertama. Sekarang ni dah masuk season yang terakhir, Season 6..express from the UK. Ditayang di channel Diva, hari Isnin, 10.20 malam.

Sejak kecik sampai sekarang, asyik tengok filem, drama Amerika je, sesekali layan drama British, memang best, adalah kelainan sikit. Dengan costume, castle, British accent yang sangat pekat..huh! memang teruja..

Highclere Castle as Downton Abbey castle

Drama tentang kisah keluarga aristokrat Earl of Grantham, Robert Crawley yang tinggal di estate Downton Abbey tapi tiada waris lelaki untuk mewarisi hartanah tersebut selepas dia  mati. Dia ada tiga anak perempuan, Lady Mary, Lady Edith dan Lady Sybil.

 Lord & Lady Grantham
Lady Mary

Cerita bermula dengan tenggelamnya kapal RMS Titanic pada tahun 1912 yang mengorbankan waris kepada Downton Abbey iaitu sepupu Robert dan anak lelakinya. Lepas tu macam-macam kisah terjadi, dengan Lady Mary yang desperate nak cari jodoh sebab tak nak terlepas Downton Abbey.

Kisah hidup servants di Downton Abbey dari chief butler, Mr Carson hinggalah ke tukang masak, Ms Portman, pun menarik juga. Diselit dengan peristiwa-peristiwa sejarah yg berlaku di UK dan US seperti the Irish war of independence,...yang bestnya British accent dalam dialogue..

Lady Edith & vintage car

Season 6 ni kisah lepas perang dunia pertama. Dalam Episod 6, depa nak buat open castle untuk charity bagi mangsa perang. Gambar-gambar snap terus dari tv..hihi..

Lady Edith beri penerangan tentang castle

The servants' quarter

Ada dua lagi episod, episod 7 dan 8, sebelum drama ni melabuhkan tirai. Episod 7 dah tayang malam tadi, tapi biasalah tak dapat tengok, sebab ada tentangan hebat dari orang kat rumah..hihi..sebab tak minat cerita-cerita lama macam ni...kena cari masa tengok siaran ulangan..huhu..

Tuesday, 27 October 2015

Espresso (/ɛˈsprɛsoʊ/, Italian: [esˈprɛsso])

Espresso is coffee brewed by forcing a small amount of nearly boiling water under pressure through finely ground coffee beans. Espresso is generally thicker than coffee brewed by other methods, has a higher concentration of suspended and dissolved solids, and has crema on top (a foam with a creamy consistency). As a result of the pressurized brewing process, the flavors and chemicals in a typical cup of espresso are very concentrated (source: wikipedia)

Suka kopi yang macamana? black, stirred not shaken..aisshh..dulu minum kopi kampung je, sekarang macam-macam nama..huhu



Friday, 23 October 2015

This is Rantau Panjang

Assalamualaikum..

Jumaat malam minggu lepas sempat berjaulah ke negeri Kelantan Darul Naim. Ikut rombongan naik bas..huhu..rasanya dah lama, tak pergi jalan-jalan ikut rombongan ni..last tahun 2000..rombongan ke Kelantan juga, + Terengganu..

Kali ketiga ke Kelantan, selang masa 15 tahun lamanya..

 Alhamdulillah, bas selesa

Bertolak pukul 11.30 malam, singgah di Merapoh, solat subuh di masjid, tak tau masjid apa, then sampai di Rantau Panjang, lebih kurang pukul 8.30 pagi. 

 This is Rantau Panjang

Rantau Panjang, pekan kecil sebelum ke Thailand, ditepi Sungai Golok..memang femes tempat shopping dari dulu hingga sekarang.

 Pekan Rantau Panjang

Itinerari pertama di sini, cari makan, sarapan pagi di gerai di tepi stesen bas kecik di tengah pekan. Kelantan-style, order nasi berlauk..dapat nasi putih dengan nenas masak lemak ikan masin..perghh, pepagi dah makan ikan masin...

 ada mihun kaler pink dan mee goreng

 tepung bungkus dan lepat

Lepas makan, start jalan..tak tau nak gi mana, memang tak study langsung, ikut orang je. Nampak ramai orang pompuan keluar dari satu jalan, bawa toto bagai, kami pun menuju ke sana..

 bestnya takde jerebu langsung, langit biru

 Jalan Besar
rupanya jalan ni menuju ke imigresen nak ke Thailand

 dah start shopping toto, tikar getah

Memang kalau shopping di sempadan Thailand ni, toto, tikar getah lembut, periuk, kuali cap buaya, memang jadi pilihan ramai..

Menyusuri Jalan Besar ni..hairan juga tak ramai orang..kedai pun banyak yang tak dibuka lagi..huhu..

 Masjid Mahmoodi

 imigresen - nak masuk Thailand

Jumpa Jasa duty free di sini, masuk beli coklat Daim dan Whittaker, kemudian patah balik, tanya orang kat mana bazar yang banyak-banyak tu..oo..belah sana rupanya..hihi...

 nampak signage ais krim kelapa ni
bila tanya, belum siap lagi...huhu, takde rezeki

 kawasan bazar..ramainya orang

 nenas kecik!! teringat kat Chiangrai
sebungkus ni RM10, adalah 6 ketul, beli dua biji je RM3.00

buah mangga dan ais krim (macam ABC)

Ok, jom start meronda..dari bazar ke bazar..

 beras pulut

 beras siam

 toto

kuali-kuali cap boya

beli asam jeruk ni, nama tak tau, mula-mula tu cuma tengok-tengok je
terpengaruh dgn ada seorang kakak yg tunggu..sedap katanya
 semangkuk RM5.00..campur buah macam2, kemudian bubuh kuah pekat
pedas giler..buah kelubinya pahit..

buah warna merah tu tak tau buah apa


berjalan semula ke tempat turun bas tadi

pekan Rantau Panjang

Tiga jam di Rantau Panjang..cuma beli coklat, fridge magnets dan keychains..lain-lain JJCM..

Sekian, have a nice weekend..