Thursday, 5 November 2015

Pulau Indah, Klang..

Bila kena pergi Pulau Indah je, mesti mengeluh...sangatlah tak best, dengan jalanrayanya yg beralun-alun, berlubang sana-sini, kena merempit pulak dengan lori-lori trailer yang laju,..dengan pemandangan yang tak berapa nak indah..tanah kosong, kilang-kilang, kawasan lapang, gersang..panas..


Pulau Indah atau dulunya Pulau Lumut terkenal sebagai kawasan perindustrian dan pelabuhan Westport...sebab tu lori-lori trailer banyak di sini..

Kali ni pergi ke sebelah selatan pulau..ikut jalan kampung di Kampung Perigi Nenas..adalah juga pemandangan yang menarik..

 jeti nelayan Kpg Sg Kembung


Jalan ke depan lagi sampai ke hujung pulau, ada resort..Anglers Resort, tempat untuk memancing di Pantai Aceh..

 penginapan yang ada

 jeti

 berbatu-batu pantainya

Penjaga resort tu beritahu ada satu lagi pantai berdekatan yang lebih menarik, lebih landai, tak berbatu..ok, jom kita check it out...

 Pantai Tanjung Piai

 cantik juga, kalau air pasang

jangan lupa tu, datang lagi 

On the way balik, singgah lagi di jeti nelayan tadi, lunchtime..pekena mee udang...sedap.. 

                                 mee udang Kpg Sg Kembong



bot nelayan terdampar sepi


Sekian, jalan-jalan di sebelah selatan pulau, masuk ke Lebuhraya Pulau Indah...huhu..merempit dengan lori-lori trailer..

on the way back to KL
susur kiri ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)

Tuesday, 3 November 2015

Downton Abbey

Assalamualaikum, welcome November..

Kawan-kawan, siapa ada layan drama British ni? Best period drama ni. Dapat banyak awards dan tersenarai di dalam Guinness Book of Records.

Cerita keluarga bangsawan, lord-lord, lady, countess, servants, di zaman sebelum dan selepas perang dunia pertama. Sekarang ni dah masuk season yang terakhir, Season 6..express from the UK. Ditayang di channel Diva, hari Isnin, 10.20 malam.

Sejak kecik sampai sekarang, asyik tengok filem, drama Amerika je, sesekali layan drama British, memang best, adalah kelainan sikit. Dengan costume, castle, British accent yang sangat pekat..huh! memang teruja..

Highclere Castle as Downton Abbey castle

Drama tentang kisah keluarga aristokrat Earl of Grantham, Robert Crawley yang tinggal di estate Downton Abbey tapi tiada waris lelaki untuk mewarisi hartanah tersebut selepas dia  mati. Dia ada tiga anak perempuan, Lady Mary, Lady Edith dan Lady Sybil.

 Lord & Lady Grantham
Lady Mary

Cerita bermula dengan tenggelamnya kapal RMS Titanic pada tahun 1912 yang mengorbankan waris kepada Downton Abbey iaitu sepupu Robert dan anak lelakinya. Lepas tu macam-macam kisah terjadi, dengan Lady Mary yang desperate nak cari jodoh sebab tak nak terlepas Downton Abbey.

Kisah hidup servants di Downton Abbey dari chief butler, Mr Carson hinggalah ke tukang masak, Ms Portman, pun menarik juga. Diselit dengan peristiwa-peristiwa sejarah yg berlaku di UK dan US seperti the Irish war of independence,...yang bestnya British accent dalam dialogue..

Lady Edith & vintage car

Season 6 ni kisah lepas perang dunia pertama. Dalam Episod 6, depa nak buat open castle untuk charity bagi mangsa perang. Gambar-gambar snap terus dari tv..hihi..

Lady Edith beri penerangan tentang castle

The servants' quarter

Ada dua lagi episod, episod 7 dan 8, sebelum drama ni melabuhkan tirai. Episod 7 dah tayang malam tadi, tapi biasalah tak dapat tengok, sebab ada tentangan hebat dari orang kat rumah..hihi..sebab tak minat cerita-cerita lama macam ni...kena cari masa tengok siaran ulangan..huhu..

Tuesday, 27 October 2015

Espresso (/ɛˈsprɛsoʊ/, Italian: [esˈprɛsso])

Espresso is coffee brewed by forcing a small amount of nearly boiling water under pressure through finely ground coffee beans. Espresso is generally thicker than coffee brewed by other methods, has a higher concentration of suspended and dissolved solids, and has crema on top (a foam with a creamy consistency). As a result of the pressurized brewing process, the flavors and chemicals in a typical cup of espresso are very concentrated (source: wikipedia)

Suka kopi yang macamana? black, stirred not shaken..aisshh..dulu minum kopi kampung je, sekarang macam-macam nama..huhu