Wednesday, 18 November 2015

HCMC: Teaser

Assalamualaikum...

Orang lain buat teaser, nak juga buat..hihihi..check-in Ho Chi Minh city untuk 4 hari 3 malam, dari 13 - 16 November. Panas berdenting di HCMC. Memang best shopping di sini dan best juga jalan-jalan di city centre, walaupun banyak yakamat motor nya..

Aktiviti - shopping, city tour, Delta Mekong cruise, menonton AO show (The Mist) di Saigon Opera House dan mengopi..

skyview

Ben Thanh market

 3 hari makan ni je - pho 

Malaysian street - Duong Nguyen An Ninh
asyik kena kejar dgn penjual kacang tanah..hihi..

 kedai kain

 Mekong River cruise

 naik sampan

 siesta diatas hammock di bawah pokok

 mengopi @ the Workshop cafe

 city tour

 Saigon Opera House

 Saigon Opera House

Ho Chi Minh semakin maju, akan ada MRT tak lama lagi...really enjoy the city..

Wednesday, 11 November 2015

Dibawah Landasan Keretapi...

Ada apa dibawah landasan keretapi? Ada kedai-kedai yang happening, yang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan juga pelancong..

Mari kita travel ke bandar-bandar dunia yang berjaya mentranformasikan, memanfaatkan ruang di bawah landasan keretapi menjadi pusat perniagaan..ada yang bertaraf high-class..

Ameyoko Shopping Street, Tokyo



Ameyoko - nama pendek untuk 'Ameya Yokocho' yang bermaksud 'candy store alley'. Diatasnya ialah trek keretapi Yamanote Line dari Okachimachi station ke Ueno station.

Di Tokyo, ada lagi kedai-kedai di bawah landasan keretapi iaitu di Chiyoda dan Minato..kebanyakan landasan keretapi di Jepun ni elevated, tinggi dari tanah..


Chiyoda

 Minato

Bila tengok gambar-gambar ni semua, rasanya kedai-kedai ni dah lama wujud, tahan sungguh gegaran.

Im Viadukt, Switzerland

source: wikipedia

Im Viadukt merupakan projek transformasi 'inner city' yang sangat menarik dari segi arkitekturnya, hasil kreativiti firma arkitek Swiss, EM2N.

source: offthemeathook

Stonewall masih dikekalkan di luar dan di dalam kedai, menghasilkan 'rugged surface', so cool..

Markethalle (source: wikipedia)

Pertama kali tengok Im Viadukt ni dalam program Designer Travel di channel 728 Life Inspired. For more info, boleh check imviadukt website.

Menarik juga idea buat kedai di bawah landasan keretapi ni. Kalau ada kedai macam ni kat Malaysia, err..ada sikit gentar nak masuk bershopping..huhu..Di KL ada, tapi kebanyakannya di bawah stesen LRT...

entry apa-apa aje..

Thursday, 5 November 2015

Pulau Indah, Klang..

Bila kena pergi Pulau Indah je, mesti mengeluh...sangatlah tak best, dengan jalanrayanya yg beralun-alun, berlubang sana-sini, kena merempit pulak dengan lori-lori trailer yang laju,..dengan pemandangan yang tak berapa nak indah..tanah kosong, kilang-kilang, kawasan lapang, gersang..panas..


Pulau Indah atau dulunya Pulau Lumut terkenal sebagai kawasan perindustrian dan pelabuhan Westport...sebab tu lori-lori trailer banyak di sini..

Kali ni pergi ke sebelah selatan pulau..ikut jalan kampung di Kampung Perigi Nenas..adalah juga pemandangan yang menarik..

 jeti nelayan Kpg Sg Kembung


Jalan ke depan lagi sampai ke hujung pulau, ada resort..Anglers Resort, tempat untuk memancing di Pantai Aceh..

 penginapan yang ada

 jeti

 berbatu-batu pantainya

Penjaga resort tu beritahu ada satu lagi pantai berdekatan yang lebih menarik, lebih landai, tak berbatu..ok, jom kita check it out...

 Pantai Tanjung Piai

 cantik juga, kalau air pasang

jangan lupa tu, datang lagi 

On the way balik, singgah lagi di jeti nelayan tadi, lunchtime..pekena mee udang...sedap.. 

                                 mee udang Kpg Sg Kembong



bot nelayan terdampar sepi


Sekian, jalan-jalan di sebelah selatan pulau, masuk ke Lebuhraya Pulau Indah...huhu..merempit dengan lori-lori trailer..

on the way back to KL
susur kiri ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)