Friday, 20 November 2015

Two Lunches @ Maju Junction

Kata orang 'on diet', breakfast like a king, lunch like a prince, dinner like a pauper...betul ke? tapi majoriti semuanya 'like a king'..hehe..

Minggu ni, dua hari berturut-turut makan tengahari di Maju Junction, Jalan Sultan Ismail...takde lah jauh mana, depan ofis je...   

Sejak rebranding dengan 'anchor tenant' Parkson, banyak food outlets di Maju Junction ni - Johnny Rocket, Franco, Urban Food Hall, South East, the Library cafe, Mary Brown, Restoran Padang..tak lama lagi Restoran Senja, the Chicken Rice Shop..yang lama still maintain - Secret Recipe, Dapur Penyet, Kenny Rogers..

First lunch @ Maju Palace

Hari Khamis, bos belanja sorang staf yg nak berenti, kita pulak meramaikan suasana...the more, the merrier. Lunch dim sum di Maju Palace, tingkat 5 Maju Junction..


Maju Palace ni salah satu restoran yang ada halal dim sum. Memang sedap dim sum di sini, dah banyak kali juga bos belanja makan di sini. Bukan buffet dim sum tapi ala-carte.

mula-mula je ada chopsticks
lepas tu tukar fork n spoon..hihi..
bos asyik cakap..belajar le guna chopsticks

 dim sum

mee

Untuk dim sum, lebih suka yang steamed dari yang digoreng..lebih authentic..

--------------------------------------

Second lunch @ the South East (update 2017: dah takde restoran ni MJ)

Hari ni lunch di the South East, Lower Ground, Maju Junction. Sendirian berhad...belanja diri sendiri..


Ada banyak pilihan makanan, minuman, deserts dari lima negara Asia Tenggara - Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand and Vietnam.

 jom order - boleh guna ipad atau buku menu

 besar buku menu nya - puas hati tengok gambo

Main menu - order pad Thai (Thailand) dan chicken chop with bagoong rice (Vietnam). Minuman pulak - sarang burung dan goyobod..

 pilihan cold drinks
 
ingatkan merbahaya tadi..hihi..

 takde pulok..kenapa..pa..pa..

setting kedai

ok, jom tengok foods and drinks yang diorder...

 goyobod (kiri) dan sarang burung (kanan)
goyobod ni rasa macam es teller
sarang burung macam lai chee kang

 pad thai

 chicken chop with bagoong rice


The verdict: Makanan dan minuman oklah, sedap juga tapi quite pricey..
Total damage : RM57.85 incl tax

Sekarang ni ada promosi - belanja more than RM50, dapat voucher RM50, so next visit boleh makan free tapi ada dateline, 15 December 2015..no problemo..

jom makan free
 
So, sesiapa yang berada di kawasan SOGO atau Jalan TAR..boleh singgah makan di Maju Junction..banyak pilihan..

Till then, have a nice weekend.. 

Wednesday, 18 November 2015

HCMC: Teaser

Assalamualaikum...

Orang lain buat teaser, nak juga buat..hihihi..check-in Ho Chi Minh city untuk 4 hari 3 malam, dari 13 - 16 November. Panas berdenting di HCMC. Memang best shopping di sini dan best juga jalan-jalan di city centre, walaupun banyak yakamat motor nya..

Aktiviti - shopping, city tour, Delta Mekong cruise, menonton AO show (The Mist) di Saigon Opera House dan mengopi..

skyview

Ben Thanh market

 3 hari makan ni je - pho 

Malaysian street - Duong Nguyen An Ninh
asyik kena kejar dgn penjual kacang tanah..hihi..

 kedai kain

 Mekong River cruise

 naik sampan

 siesta diatas hammock di bawah pokok

 mengopi @ the Workshop cafe

 city tour

 Saigon Opera House

 Saigon Opera House

Ho Chi Minh semakin maju, akan ada MRT tak lama lagi...really enjoy the city..

Wednesday, 11 November 2015

Dibawah Landasan Keretapi...

Ada apa dibawah landasan keretapi? Ada kedai-kedai yang happening, yang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan juga pelancong..

Mari kita travel ke bandar-bandar dunia yang berjaya mentranformasikan, memanfaatkan ruang di bawah landasan keretapi menjadi pusat perniagaan..ada yang bertaraf high-class..

Ameyoko Shopping Street, Tokyo



Ameyoko - nama pendek untuk 'Ameya Yokocho' yang bermaksud 'candy store alley'. Diatasnya ialah trek keretapi Yamanote Line dari Okachimachi station ke Ueno station.

Di Tokyo, ada lagi kedai-kedai di bawah landasan keretapi iaitu di Chiyoda dan Minato..kebanyakan landasan keretapi di Jepun ni elevated, tinggi dari tanah..


Chiyoda

 Minato

Bila tengok gambar-gambar ni semua, rasanya kedai-kedai ni dah lama wujud, tahan sungguh gegaran.

Im Viadukt, Switzerland

source: wikipedia

Im Viadukt merupakan projek transformasi 'inner city' yang sangat menarik dari segi arkitekturnya, hasil kreativiti firma arkitek Swiss, EM2N.

source: offthemeathook

Stonewall masih dikekalkan di luar dan di dalam kedai, menghasilkan 'rugged surface', so cool..

Markethalle (source: wikipedia)

Pertama kali tengok Im Viadukt ni dalam program Designer Travel di channel 728 Life Inspired. For more info, boleh check imviadukt website.

Menarik juga idea buat kedai di bawah landasan keretapi ni. Kalau ada kedai macam ni kat Malaysia, err..ada sikit gentar nak masuk bershopping..huhu..Di KL ada, tapi kebanyakannya di bawah stesen LRT...

entry apa-apa aje..