Monday, 23 November 2015

Ho Chi Minh: Sesi Membeli-belah

Assalamualaikum..

Cerita jenjalan ke Ho Chi Minh city, ibu negara Vietnam. Dulu dipanggil Saigon, tahun 1976, tukar nama ke Ho Chi Minh, sempena nama presiden Republic Vietnam
 
Pergi 4 hari saja, flight pukul 8.00 pagi hari Jumaat, 13 November. Alhamdulillah, pukul 8.55 pagi waktu Vietnam, selamat mendarat di Tan Son Nhat International Airport. Waktu di Vietnam lambat sejam dari Malaysia.
 
Nak masuk Vietnam sangatlah simple, takde borang arrival/departure bagai, tak payah nak declare itu-ini, just bagi passport, immigresen cop je..takde tangkap gambo, scan jari-jemari, takde semua tu..inilah first time masuk negara asing dengan begitu mudah sekali..
 
Dah ambik bagasi, keluar ke ruang legar, ada banyak booth syarikat teksi berkupon, semuanya offer VND180,000 untuk ke bandar. Undecided, nak naik teksi ke naik bas. Last-last ambik keputusan, naik bas je. 
 
Dapat info dalam blog & forum, untuk naik bas ke pasar Ben Thanh,  keluar dari pintu exit bangunan, belok kanan, jalan depan domestic arrival, akan nampak kiosk Burger King, ambik bas no. 152 tepi jalan depan Burger King. 
 
Duit yang ada semuanya VND200,000, beli air kat Burger King untuk pecah duit kecik buat tambang bas. Tambang bas VND5,000 je, kalau ada beg besar depa charge VND5,000 untuk beg. Lebih kurang RM2.00 sorang dengan beg.

airport bus

Naik bas, tengok ada dua orang Malaysia dalam bas. Cikgu dari Bintulu, depa dah kali kedua datang sini, tapi first time naik bas, dulu naik teksi dari airport ke bandar. 
 
Bas ni ok jugalah, ada air-cond. Tak ramai yg naik, takdelah sesak sangat. Pertama kali merasa 'on the road' di Ho Chi Minh..perghh..memang tabik le driver-driver di sana, tahap kesabaran yg tinggi..kami dalam bas ni dah menyeringai seriau, pening-pening lalat tengok keadaan trafik..ya ampun..
 
 stesen bas

Dah sampai di stesen bas depan Ben Thanh market...yuhuu..masa untuk melintas jalan pulak. Alhamdulillah, dapat melintas dengan jayanya..

Ben Thanh market & roundabout

Kami tinggal di City Hotel di Luu Vang Lang St, sebelah timur Ben Thanh. Jalan ni lebih tenang, aman damai, tak banyak kenderaan dan penjual jalanan. Banyak kedai-kedai jual kasut dan beg.
 
Luu Vang Lang Street

Luu Vang Lang Street

City Hotel

kat entrance hotel pun ada jual beg-beg sulam, shawl, tali leher
dari brand Crista - cantik-cantik dan berkualiti

Hotel ni 5 tingkat, ada lif dan wi-fi dalam bilik yg laju, boleh tengok movie. Booked superior room with breakfast.. untuk tiga malam dapat harga RM460, lebih kurang RM76 semalam untuk sorang.


Bilik sangat ok, ada fridge, teh/coffee-making facilities, cerek, hairdryer dan plug 2-pin dan 3-pin.

ada shower & bathroom facilities

Breakfast di tingkat 5, bukan buffet breakfast, cuma ala-carte. Non-halal, kami cuma order tuna sandwich, buah tembikai/pisang dan kopi.

venue for breakfast di Level 5

aerial view of Luu Vang Lang St
-------------------------------------------------------------------
Dah refrech, keluar memulakan aktiviti di Ho Chi Minh. Tempat pertama yang dituju sudah semestinyalah Malaysian Street - Nguyen An Ninh. Jalan ni di sebelah barat Ben Thanh market, so cross ikut dalam market sambil jalan-jalan, buat market survey.

Dari Luu Vang Lang St, masuk ikut pintu timur - Coa Dong.

pintu timur

dalam pasar

Keluar ikut pintu barat - Coa Tay untuk ke Nguyen An Ninh.

pintu barat

simpang Nguyen An Ninh

Nguyen An Ninh Street memang famous dengan orang Malaysia. Ada banyak restoran halal di jalan ni - Restoran Salima, Warung 1Malaysia, Hajah Basiroh, Haji Osman, Ay Sah, Man Sour, Musa Kareim dan Amin. Ramai betul orang Malaysia di sini.

Malaysian Street

Untuk makan tengahari, kami makan di Restoran Amin ni..
 

Saya order pho ayam dan my sister order nasi goreng kampung. Minuman order kopi ais Vietnam.

 pho ayam dengan ulam-ulamannya dan nasi goreng kampung


Harga makanan bermula dari 50,000 dong = RM10..mahalkan..air pulak 20,000 dong = RM4.00. Apa nak buat, terima jelah seadanya...

Dah habis makan, tanya kat cashier yang nama Sakinah mengenai tour Delta Mekong cruise untuk esok hari.  Dapat info yang restoran ni ada organise tour. Ambik tour di sini saja, RM60 sorang termasuk lunch - nasi bungkus dari restoran Amin. Lepas tu tanya pulak kedai kain yg ok kat sini. Sakinah bagi direction ke kedai kain Thuy Duoc ni. Jom borong kain..

 kedai depan Ben Thanh market
banyak outlet kedai kain ni dalam market

 tudia - kedai kain ini untuk Melayu

Masuk je ke dalam kedai, tengok cikgu dua orang yang sama-sama naik bas airport tadi, duduk bersila atas lantai, berurusan beli kain, berbeg-beg kain, pekedai boleh hantar ke hotel. 

Kami pula ambik tempat mereka berdua..hihi..yang melayan pulak fasih cakap Melayu, lagilah hebat promosi..nak buat baju kurung, kurung pahang, jubah..semuanya depa tau..

 sesi membeli kain
 
Murah jugalah kain di sini - semua jenis cotton, English/Japanese/Vietnam - RM35 sepasang..dapatlah dua beg kain..untuk diri sendiri, adik-beradik, orang kirim lagi..

Dah hampir habis membeli kain, masuk pula dua orang perempuan Melayu..perghh, non-stop orang Melayu membeli kain di sini..hihi..depa beli sutera Vietnam, siap tanya saya lagi, 'betul ke yang ni sutera Vietnam gred A'...wa manalah tau..

Lepas beli kain, jalan pula ke Le Thanh Ton, singgah Kedai Rohani, beli telekung dan tudung nelofar. Ramai juga orang Melayu dalam kedai ni.

 sesi membeli tudung

Satu deret dengan Kedai Rohani, ada satu lagi kedai - Kedai Zaidah, sama juga menjual tudung, jubah, telekung dan yang seangkatan dengannya..tapi tak singgah, dah tak larat.

 lokasi perjalanan

Balik hotel, hantar barang-barang belian, sebelum meneruskan aktiviti ronda-ronda kotaraya..  

Friday, 20 November 2015

Two Lunches @ Maju Junction

Kata orang 'on diet', breakfast like a king, lunch like a prince, dinner like a pauper...betul ke? tapi majoriti semuanya 'like a king'..hehe..

Minggu ni, dua hari berturut-turut makan tengahari di Maju Junction, Jalan Sultan Ismail...takde lah jauh mana, depan ofis je...   

Sejak rebranding dengan 'anchor tenant' Parkson, banyak food outlets di Maju Junction ni - Johnny Rocket, Franco, Urban Food Hall, South East, the Library cafe, Mary Brown, Restoran Padang..tak lama lagi Restoran Senja, the Chicken Rice Shop..yang lama still maintain - Secret Recipe, Dapur Penyet, Kenny Rogers..

First lunch @ Maju Palace

Hari Khamis, bos belanja sorang staf yg nak berenti, kita pulak meramaikan suasana...the more, the merrier. Lunch dim sum di Maju Palace, tingkat 5 Maju Junction..


Maju Palace ni salah satu restoran yang ada halal dim sum. Memang sedap dim sum di sini, dah banyak kali juga bos belanja makan di sini. Bukan buffet dim sum tapi ala-carte.

mula-mula je ada chopsticks
lepas tu tukar fork n spoon..hihi..
bos asyik cakap..belajar le guna chopsticks

 dim sum

mee

Untuk dim sum, lebih suka yang steamed dari yang digoreng..lebih authentic..

--------------------------------------

Second lunch @ the South East (update 2017: dah takde restoran ni MJ)

Hari ni lunch di the South East, Lower Ground, Maju Junction. Sendirian berhad...belanja diri sendiri..


Ada banyak pilihan makanan, minuman, deserts dari lima negara Asia Tenggara - Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand and Vietnam.

 jom order - boleh guna ipad atau buku menu

 besar buku menu nya - puas hati tengok gambo

Main menu - order pad Thai (Thailand) dan chicken chop with bagoong rice (Vietnam). Minuman pulak - sarang burung dan goyobod..

 pilihan cold drinks
 
ingatkan merbahaya tadi..hihi..

 takde pulok..kenapa..pa..pa..

setting kedai

ok, jom tengok foods and drinks yang diorder...

 goyobod (kiri) dan sarang burung (kanan)
goyobod ni rasa macam es teller
sarang burung macam lai chee kang

 pad thai

 chicken chop with bagoong rice


The verdict: Makanan dan minuman oklah, sedap juga tapi quite pricey..
Total damage : RM57.85 incl tax

Sekarang ni ada promosi - belanja more than RM50, dapat voucher RM50, so next visit boleh makan free tapi ada dateline, 15 December 2015..no problemo..

jom makan free
 
So, sesiapa yang berada di kawasan SOGO atau Jalan TAR..boleh singgah makan di Maju Junction..banyak pilihan..

Till then, have a nice weekend.. 

Wednesday, 18 November 2015

HCMC: Teaser

Assalamualaikum...

Orang lain buat teaser, nak juga buat..hihihi..check-in Ho Chi Minh city untuk 4 hari 3 malam, dari 13 - 16 November. Panas berdenting di HCMC. Memang best shopping di sini dan best juga jalan-jalan di city centre, walaupun banyak yakamat motor nya..

Aktiviti - shopping, city tour, Delta Mekong cruise, menonton AO show (The Mist) di Saigon Opera House dan mengopi..

skyview

Ben Thanh market

 3 hari makan ni je - pho 

Malaysian street - Duong Nguyen An Ninh
asyik kena kejar dgn penjual kacang tanah..hihi..

 kedai kain

 Mekong River cruise

 naik sampan

 siesta diatas hammock di bawah pokok

 mengopi @ the Workshop cafe

 city tour

 Saigon Opera House

 Saigon Opera House

Ho Chi Minh semakin maju, akan ada MRT tak lama lagi...really enjoy the city..