Tuesday, 8 December 2015

Ho Chi Minh: The Mist @ Saigon Opera House

Assalamualaikum..

Meh, kita sambung cerita di Ho Chi Min city, sikit lagi nak habis. Masih lagi aktiviti di hari Ahad, 15 November.

Masa untuk bergerak, nak tengok show The Mist di opera house. Pukul 5.00 petang dah keluar dari hotel. Nak claim free drink yang dapat masa beli tiket show. Pergi cafe yang dekat je, L'usine di Le Loi.

 L'usine @ Le Loi
Ada satu lagi outlet di Dong Khoi

 bahagian bawah jual baju, kasut, souvenirs
cafe di tingkat satu

bahagian cafe - cantik juga dekorasi

 order hot Vietnamese coffee

 ada penapis, dah habis kopi ditapis, minta tambah air
dan bubuh gula secukup rasa

Dah minum free, jom berjalan ke Saigon Opera House. On the way nampak restoran halal ni. Masa siang hari tak perasan, bila malam, ada signboard 'halal' berlampu neon ni, baru tau ada kedai Muslim di sini.. 
 
 Saigon Halal Foods

Di sini pun ada jual telekung, jubah, tudung segala..tapi malas nak masuk. Snap gambar je dari luar. Sambung berjalan terus ke opera house, tengok jam, masih awal lagi. Belum pun pukul 6, kena ada di sini pukul 7.30 petang sebab show start pukul 8.

Saigon Opera House

Nak tunggu di opera house, rasa bosan pulak. Nak jalan-jalan di Dong Khoi, siang tadi, dah jenuh berjalan kawasan ni. To kill time, decided pergi merayau-rayau, window shopping di shopping complex Parkson di sebelah Hotel Continental Saigon. Katanya, ada halal outlet di food court Parkson ni. Jom kita check it out.

Le Bourgeois - sidewalk cafe di Hotel Continental Saigon
diners dihiburkan dengan pemain accordian dan peniup saksafon

Dah sampai Parkson, terus ke food centre di tingkat 3. Memang betuillah ada satu outlet halal food di sini - Zam-Zam - House of Indian and Arab foods. Macam-macam menu ada.
 
banyaknya menu

order french fries je - dinner like a pauper..hihi..
sebenarnya dah kirim beli pho ayam kat kakak 
dia nak pergi tapau pho di Restoran Amin

suasana di food centre Parkson HCM

Makanlah french fries dengan mood bosan sebab tak berapa sedap, sekadar lapik perut. Tak order minuman pun. Orang sebelah, orang depan, dok pandang-pandang, hmm..selamba je mengunyah french fries tanpa minum air..

Lepas makan, ronda-ronda dalam Parkson, lebih kurang sama macam kat Malaysia je. Nampak pintu keluar, menonong je keluar, rupa-rupanya keluar ikut pintu lain. Bila di luar bangunan, rasa dah lost orientation. Pintu masuk tadi depan Union Square, ni depannya ada taxi stand. Tanya kat guard, dia pun tunjuk arah ke opera house..hihi..

penjaja jalanan 
masa pergi tengok dia masak kuih kapit
masa balik dia sedang masak lempeng pisang 

Ho Chi Minh city at night

Sampai di opera house, dah boleh masuk di ruang legar, ada welcome drink. Alhamdulillah, ok juga tak beli air di Parkson tadi..huhu..Sapa yang beli tiket mahal, dijamu dengan kuih-muih pelbagai jenis..takpe..tak kisah semua tu..

fresh green tea
pokok serai jadi dekorasi

peach & lemongrass tea

pilih fresh green tea

green tea dalam belanga

Dah minum, datang seorang petugas, dia ajak beberapa orang yang dah habis minum, untuk sertai sesi lawatan dalaman. Opera House ni tiga tingkat dan satu basement level.

 seat yang paling mahal di tingkat satu
yang paling murah di tingkat bawah, satu laras dengan pentas 

 Opera House ni dibina pada tahun 1898
oleh French architect Ferret Eugene
so, designnya ada unsur-unsur senibina Perancis 

  conference room

 suka tengok perincian siling dan dinding

OK, loceng aiskrim dah dibunyikan, semua diminta masuk, duduk ditempat masing-masing. Ramai pelancong mat saleh je. Disebelah saya, minah German bekerja di universiti, datang tour selama dua minggu, lepas ni pergi Cambodia pulak.

Lampu dimalapkan tanda show dah nak start. Teruja. The Mist Dance Show - live at Saigon Opera House. Bunyi ayam berkokok..menandakan siang menjelma..dalam remang-remang fajar (the mist), penduduk kampung pun memulakan kerja menanam padi..

"nebulous and surreal, the morning mist is rendered in rustic colors of ordinary day in their ingenuous life. Days rise and wane over sunlit fields. Nights are woven from the dreams of rice.  On black mud, rice plants stand and thrive, tenacious roots deep seated underneath, indicate the strength and determination of Vietnamese farmers.  Inside each humble rice is an invincible power bursting into life that has permeated Vietnamese souls"

"Rice is life, the essence, the devotion, the predestined love ties in the culture of Vietnam." 

Show ni menggabungkan 'sensational village life, unique live music and neo-classic feat contemporary dance'. Kiranya penceritaan melalui lagu dan tarian..lagu, dialog, semua dalam bahasa Vietnam..tengok dari tarian, bolehlah faham sikit-sikit..

Tak dibenarkan snap photo, tapi minah German sebelah saya selamba je ambik gambar semasa show..takde pulak petugas yang datang tegur..huhu..

 props di bahagian akhir show

OKlah show ni, nak kata best sangat, so-so je, ada part yang boring. Minah German tu pun cakap, ada part yang best, ada part yang bosan...gimme five..

 bad hair day..boring sangat kot..

 pelakon-pelakon teater

Keluar je dari bangunan, tengok di jalanraya, masih ramai lagi orang berkeliaran sana-sini, so takdelah takut nak jalan kaki sorang-sorang. Berjalan ke arah dataran..perghh..di sini lagi ramai umat manusia..

 dataran di waktu malam

 tudia ramai betul manusia, tak tau ada event apa
dua-dua belah jalan Nguyen Hue ditutup, jadi pedestrian walkway
ada air bagai, nak kata air hujan, takde hujan yang turun

Berjalan balik ke hotel, menyusuri Le Loi, pun ramai juga orang di jalan raya.

  motorists di Pasteur street

entah apa benda ni..alat tampal tayar motor kot 

 Alhamdulillah, selamat sampai di Luu Vang Lang st

Balik hotel, tibai makan pho ayam Restoran Amin..buat kali terakhir. Tiga hari berturut-turut makan pho mihun..huhu. Sebelum tido, layan internet..end of day 3. Esok dah last day..   

Thursday, 3 December 2015

Ho Chi Minh: Ronda-Ronda Kotaraya 3

Selepas mengopi di the Workshop cafe, turun ke Ngo Duc Ke, pusing kiri, jalan terus, sampai di Nguyen Hue street dan dataran.

 Bitexco Financial Tower and National Treasury building

 ada Maybank, Citibank di sini

Berpatah balik ke arah Dong Khoi street. Hajat hati nak tengok Masjid Jamek di siang hari pula. Jom kita ke masjid..

 Khanhcasa - cantik teahouse ni
hati bagai digaru-garu untuk singgah, mengeteh pulak
hishh..takleh jadi, terpaksa skip tempat ni
tapi memang lawalah dekorasi dia, outlet di Le Loi pun cantik juga

 bingsu fresh mango snowflake di Caffe Bene
sedap betul nampaknya! outlet Malaysia ada kot..huhu..

 dah masuk Dong Du, kelihatan masjid hijau

 
 syiar Islam di Ho Chi Minh city

Selain dari nak tengok masjid, misi di Dong Du ialah nak cari satu lagi cafe yang menarik. Mengikut maklumat, Old Saigon Cafe ada di jalan ni. Mula-mula cari di deret masjid, tak jumpa, menyeberang jalan, cari belah sana pula, tak jumpa juga.

Tiba-tiba ada seorang waitress tegur, "Muslim? We serve halal foods". Rupa-rupanya saya lalu depan restoran Turki, Pasha.

 Pasha Restaurant
sederet dengan Restoran Halal@Saigon 

Menarik juga, dah lunch time, nak try makanan Turki pula. Waitress tu pun ajak saya tengok menu, ada di luar restoran, di kaki lima. Order set sekali dengan air.

 Turkish decoration

 Moussaka with beef sauce, pide bread dan teh limau ais
sedap giler, moussaka yang cheesy, roti yg lembut
harga VND199,000 before tax

Tak habis makan sorang, tapau bawa balik, konon-kononnya untuk dinner..hihi. Dah makan, jomlah balik, berehat. Berjalan semula menyusuri Dong Khoi. Terjumpa Art Arcade ni..
 
 singgah Art Arcade ni, jalan-jalan je

Lalu depan Opera House, corner kiri untuk ke Le Loi. Lalu depan Union Square ni, tengok ada pelancong mat saleh sedang ambik gambar bangunan ni. Saya pun sibuk nak ambik gambar juga, sebab bangunan ni cantik.

Union Square ialah high-class shopping complex, banyak kedai-kedai branded & specialty.. 

perincian pintu yang mewah

Sampai di hotel, berehat sekejap, kemudian keluar semula untuk sesi shopping di Ben Thanh market. Beli kacang gajus, beg kipling (orang kirim) dan dua buaian 'hammock'..hihi..singgah Kedai Rohani, beli tudung lagi..dah masuk empat kali ke Kedai Rohani..

Balik semula ke hotel, simpan barang-barang, sempat perabihkan roti pide dan moussaka tadi..huhu..kemudian keluar ke opera house, sebelum tu singgah cafe untuk claim free drink..memang best cafe culture di Ho Chi Minh ni.. 

bersambung next entry..  

Tuesday, 1 December 2015

Ho Chi Minh: Ronda-Ronda Kotaraya 2

Assalamualaikum..

Hari Ahad. Hari ni free n easy, bergerak solo. Selepas breakfast, saya dan kakak membawa diri ke haluan masing-masing. Kakak saya dengan agenda membeli-belah di sekitar pasar Ben Thanh. Saya pula menyambung sesi ronda-ronda kotaraya Ho Chi Minh..huhu..jom kita jalan-jalan.

Bergerak ke utara ke Reunification/Independence Palace. Disebabkan tak check lokasi pintu utama Palace ni, end up buat satu pusingan, kena tawaf..huhu...besar betul kawasan istana ni.

Reunification Palace

Entrance fee untuk masuk istana ni ialah VND200,000 untuk foreigner. Malas pulak nak masuk, snap gambar dari pintu gate je. 


Kemudian bergerak ke timur, ke Notre Dame Cathedral. Menyeberang jalan, melewati taman kecik yang penuh dengan pokok-pokok besar. Umat manusia memang ramai lepak-lepak kat taman ni, ada yang buat photoshoot kahwin.

Notre Dame Cathedral

photoshoot stail Zilla, tapi takde bunga matahari
entah bunga apa, daffodils kot, tapi dah layu

Bergerak ke sebelah ke bangunan Central Post Office. Ramai orang berjualan di tepi-tepi jalan, pemandangan biasa di sini.

penjual kuih, balancing act
nampak sedap kuihnya, mcm kuih keria..hihi..

Central Post Office

interior 

telephone booth

 Meneruskan perjalanan, ke Le Thanh Ton. Jalan-jalan di kaki lima kedai.


penjaja jalanan - masih mengguna pengandar yang macam dacing

pejabat untuk disewa 
Savills - no longer associate company

Berjalan sampai ke jalan di sebelah Saigon Opera House. Ada beberapa kedai jual model kapal layar.

model kapal layar old skool

Union Square (kiri) dan Hotel Continental (kanan)

Singgah di Saigon Opera House. Tengok ada promosi musical show The Mist - the rythm of authentic Vietnam


ingatkan benda apa tadi, rupanya promosi AO show

Naik ke atas ke pintu masuk, tempat promosi show The Mist, ada staff datang explain tentang show. Menarik juga..tengok buku comment pulak, mostly pelancong mat saleh yang komen, semuanya puji melambung-lambung.

Telefon kakak, tanya dia nak tengok ke tak..sekali dia taknak pulak. Takpe, tengok sorang-sorang. Confident. Beli tiket yang paling murah, ada discount, dari VND630,000, dapat VND540,000..hmm..lebih kurang RM100. 


Hari minggu show start pukul 8.00 malam, hari biasa pukul 6.00 petang. Show lebih kurang satu jam, selesai pukul 9.00 malam. Dalam hati gentar juga, tapi teruja nak tengok show ni, teruskan juga hasrat hati..


Dah dapat tiket, duduk dulu di kawasan redup di tepi Opera House ni, check lokasi cafe. Sebab masa beli tiket tadi, depa ada tanya nak tiket free masuk muzium ke atau nak free drink dekat cafe terpilih.

Bila tanya muzium mana, depa jawab War Remnant Museum, hmm..taknak lah, sebab muzium ni dekat dengan Reunification Palace, rasa malas pulak nak pergi ke sana. So, ambik free drink je, ingat nak pergi mengopi, bila check voucher, rupanya cuma boleh claim dari pukul 5.00 - 7.00 petang saja..huhu...

Masa duduk-duduk ni, tiba-tiba datang seorang pengilat kasut, tunjuk-tunjuk kat kasut saya, ingatkan apa, rupanya dia nak letak gam. Malas nak layan,  cakap tak nak, terus blah, yang pengilat kasut tu sibuk je ikut, nak juga letak gam kasut..dah le ada adegan berkejaran di tepi opera house..hehe.. 

 Saigon Opera House and Hotel Continental Saigon

Nak lari dari pengilat kasut, terus masuk Dong Khoi Street, jalan yang happening di sini.

Dong Khoi Street

Tujuan ke sini nak cari tempat mengopi yang hipster lagi gempak di Ho Chi Minh city iaitu the Workshop. Dengan map di tangan, cari punya cari, jumpa juga akhirnya, agak tricky juga lokasinya..

entrance di sini, di antara Vincy dan Phuc Long
2nd Floor, 27 Ngo Duc Ke, off Dong Khoi

Dekat simpang empat - The Grand Hotel dan Jaspas Restaurant

 the Grand Hotel

 Jaspas Restaurant dan The Macaroon Boutique

OK, jom kita naik ke atas, cafe ni di tingkat 3.
 
 entrance di sini

 berkeriut-keriut bunyi tangga ni, bangunan lama

Dah sampai atas, ramai orang, full house..terpaksa duduk di meja tengah, di bangku tinggi ni..tapi takpe, dapat tengok baristas tu prepare kopi..sambil check internet..wi-fi laju..

 menu - order iced cappucino dan croissant

 types of coffee

 banyaknya apparatus, dah macam makmal sains..hihi..

 barista tu tengah masak kopi
first time tengok alat mcm tu, berapi-api lagi..

barista lelaki ni tengah prepare kopi Vietnam 
yang guna drip, siap timbang kopi, ada scale tepi tu

dah masak, sapa yang order hot coffee
 depa masak mcm ni 

croissant

iced cappucino

Overall, sangat ok, the food, the environment and waitress tu pun friendly. Jumlah semua VND125,000, lebih kurang RM20++, lebih kurang harga kat Malaysia..

Mission accomplished..jom kita sambung berjalan lagi. Masa ni pukul 12.00++...lunchtime! Lunch dimana? tungguu..