Thursday, 17 December 2015

Senja @ Maju Junction

Assalamualaikum..

Petang semalam, ofismate belanja minum-minum, untuk release stress di Restoran Senja @ Maju Junction. Seperti biasalah, seberang jalan je...restoran ni baru dibuka, menarik juga dekorasinya..

 entrance dari Jalan Sultan Ismail

suka lampu banyak-banyak ni

 orkid hiasan, tona kaler yang lembut

 patutlah banyak bunga orkid


di antara menu yang ada
ada masakan Melayu & Barat

Kami bertiga order roti bakar, roti jala with chicken kapitan, bubur chacha dan local kopi. 


Sementara menunggu makanan siap, snap-snap apa yang patut..hihi.. 

entrance dari dalam bangunan

Makanan dah sampai, jom makan dulu...

 roti jala

roti bakar n local coffee

overall, oklah..sedap juga. Dah makan, jom jalan-jalan di luar..

trademark - kereta ferrari merah

not the real one 

pandangan sisi

Bolehlah, bertukar angin sekali-sekala, tapi consider mahal jugalah harga makanan di sini....tepuk poket, tanya selera...

*update Jan 2017: dah takde restoran ni di Maju Junction..

Sunday, 13 December 2015

Bila bos nak cuti...

macam nilah...kena siapkan report yg ada, bagi bos check, sebelum dia fly to Ostrolia....hari Sabtu, Ahad, kena datang ofis..

my lunch hari ni - ayam penyet dari Dapur Penyet @ Maju Junction
pedas duhh..sambel cilinya..

Walaupun Maju Junction tu sepelaung cuma, tapi nak turun dari tingkat 17, nak lintas jalan, rasa malas le pulak..sib baik ada ofis mate yang order juga, so kita guna delivery sajalah..tong-tong RM5.00 delivery charges..

Yang ni nak tunjuk juga..hihi...malam semalam masak kuah laksa utara...kesian jiran-jiranku atas dan bawah, memalam bau kuah laksa...semerbak..

Laksa beli yang dah siap di pasar Kuala Kangsar...balik kampung minggu lepas...laksa kuale ni lain sikit..dema guna tepung gandum..


Balik ni pekena laksa pulakk..

ok, nak sambung buat kerja..

Friday, 11 December 2015

Last Day in Saigon

Hari Isnin, 16 November 2015. Hari terakhir di Ho Chi Minh. Flight balik pukul 1.30 tengahari. Pagi ni takde sesi last minute shopping di Ben Thanh, cuma bersantai-santai di taman inderaloka awam..
 
Selepas breakfast, morning walk ke Le Thanh Ton, kemudian masuk Hyuen Tran Chong Chua street. Di jalan ni, ada beberapa restoran halal.

 Restoran Serai

 Restoran Halia

Jalan ke atas lagi, ada Restoran Kampung Pandan, di sebelah Ava Hotel dan The White Hotel.

 Restoran Kampung Pandan

Susur ke kiri, ke Nguyen Du sreet, berjalan menuju ke Tao Dan Park, taman rekreasi di sebelah Reunification Palace, taman yang ada banyak pokok-pokok besar dan tinggi-tinggi belaka..
 
 Truong Dinh street



 walaupun hari bekerja, ramai betul yg beriadah di sini

 taman yang redup dan indah

Berjalan balik ke hotel ikut Truong Dinh street.

 pemandangan biasa di HCM,
lepak2, makan2, minum2, di kaki lima, di tepi jalan

  penjaja jalanan

 Saigon Green House
satu lagi restoran halal di HCM

kedai buah

Vietnam specialty dish - com tam atau broken rice dish
yang ni tak halal

 The Daun Restaurant di Le Thanh Ton

kekacang

Sampai hotel, lepak-lepak kat lobi sambil tengok beg-beg sulam yang tersusun, terbekenan pulak dengan dua beg ni..


Setiap kali masuk/keluar hotel, asyik dok belek-belek je, tak beli menyesal pulak nanti, balik Malaysia mesti teringat-ingat - 'lebih baik menyesal beli, daripada menyesal tak beli'...hihi..baiknya motto..at last, beli juga..huhu..untuk diri sendiri..

Sebelum panggil teksi ke airport, timbang beg dulu, takut terlebih muatan. Alhamdulillah, tak terlebih, ngam-ngam je 40 kilo.

penjual buah depan hotel

epal hijau yg cute

teksi ke airport, guna meter, tambang VND123,000 saja

goodbye Cho Ben Thanh

kuil Buddha

 Jamiul Muslimin Mosque
masjid jamek di HCM semuanya warna hijau kot 

 banyak betul papan tanda ni di HCM city
entahlah apakah maknanya

 detik-detik terakhir di HCM city

AA dah sampai, membawaku pulang
'back to life, back to reality'

Cám ơn Sài Gòn. Hẹn gặp lại sau.