Assalamualaikum..selamat bercuti semua. Cuti-cuti ni kemanakah kita? Tak sanggup nak menempuh 'traffic jam' di highway, kita duduk KL je lah. Dah balik kampung minggu lepas, sempena cuti Hari Wilayah.
Ini cerita cuti Hari Thaipusam. Dah berjanji untuk belanja anak-anak saudara di Seoul Garden. #Janji ditepati. Yang abang dapat good result dalam PT3, yang kakak tengah tunggu result SPM. My sister dgn sorang lagi anak saudara tak join sebab depa tak minat makanan Korea..huhu...
Seoul Garden yang paling dekat sudah tentulah di Sunway Putra Mall. Sebab awal sangat datang, Seoul Garden buka pukul 11.30pagi, ronda-ronda dulu mall ni. Jom check it out Selera Street, di tingkat 5.
Sebagaimana namanya, begitulah realitinya..tempat makan-makan berkonsepkan tahun 60'an. Ada banyak juga restoran yang famous seperti Boat Noodles, Teochew Chendol, Bakar Station, Kebab Turki..
rojak, asam laksa & cendol
Lorong Seratus Tahun
Taiyaki, Kebab Turki
tempat photoshoot - Warung Haji Putra
kedai runcit Ah Huat
untuk ke pesta??
Menarik juga konsepnya. Kami tak makan di sini, simpan perut untuk mencekik habis-habisan di Seoul Garden. Dah habis makan di Seoul Garden, bergerak ke Medan MARA untuk join my sister cari barang di sana. Teringat yang kedai komputer/handphone ala-ala Lowyat dah dibuka di Menara MARA. Jom check it out..
MARA Digital
Ramai juga pengunjung di hari cuti
MARA Digital menempatkan peniaga-peniaga komputer dan handphone Bumiputera. Walaupun tak besar macam di Lowyat Plaza, tapi ok juga. Bumiputera pun boleh berniaga handphone original, pasaran sangat luas.
Ternampak tulisan Marakesh di atas tulisan MARA Digital. Tertanya-tanya juga apa benda Marakesh tu..nama lebih kurang sama macam Marrakesh di Morocco tu.
Ternampak tulisan Marakesh di atas tulisan MARA Digital. Tertanya-tanya juga apa benda Marakesh tu..nama lebih kurang sama macam Marrakesh di Morocco tu.
M-A-R-A-kesh rupanya..hihihi..
Ada banyak outlet jual jubah, tudung, spa pun ada..konsep ala-ala tradisional street shops..berwarna-warni..
Menarik konsepnya. Mungkin kalau bukan cuti umum, lebih banyak kedai-kedai dibuka dan lebih meriah..check it out.