Monday, 9 May 2016

Dinner Dash

Assalamualaikum..

Masak makan malam dengan pantas, ala-ala main game 'diner dash'..


1. Salad
  • Rebus tiga biji kentang dan dua butir telur ayam.
  • Carik-carikkan daun salad. Potong kobis ungu. Masukkan dalam bekas.
  • Kupas kentang dan telur rebus, potong ikut suka hati (nak kecik2 ke nak besar2), masukkan dalam bekas sayur tadi.
  • Curah mayonis dan sedikit minyak zaitun dan garam.
  • Gaul semuanya dan sedia untuk dimakan begitu saja.

tabur sedikit habbatus sauda

2. Spagheti bersos Alfredo Cendawan 

ala-ala carbonara..


jenama Prego

Panaskan minyak zaitun, goreng daging cincang (atau ayam) sehingga lembut.
Masukkan sos alfredo, nak bagi pedas sikit, masukkan tiga biji cili padi yang dicincang halus (fusion eastern + western)..
Masukkan air, sedikit serbuk lada hitam, serbuk oregano dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih..

Siap!!


Makan dengan spagheti dan buah tomato mentah.
>
>
>

Silap percaturan...dua-duanya berkrim..isk,isk..tapi sos alfredo tu buat cair sikit, tak terasa creamy sangat..hehe..

Thursday, 5 May 2016

Isra' : Dari Masjid ke Masjid

Assalamualaikum....Salam Isra' Mikraj 1437H...

Sebuah perjalanan yang agung..

sumber : my surah

Dua masjid utama di dunia disebut dalam Surah Al-Isra' ini - Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa. Ketiga - Masjid Al Nabawi di Madinah Al-Munawwarah. Alhamdulillah, Masjidil Haram dan Masjid Al Nabawi sudah dijejaki. 

Semoga Masjidil Aqsa juga dapat dimasuki dengan bebas oleh umat Islam seluruh dunia, menunggu Salahuddin Al-Ayubi zaman milenium. Subhanallah, Salahuddin Al-Ayubi menakluki Baitul Muqaddis dan memasuki Masjidil Aqsa pada hari Isra' Mikraj..27 Rejab 583H..

Terjumpa dalam CARI website, masjid-masjid yang moden dan architecturally awesome di Eropah..

 Cologne Central Mosque - Germany

sumber: beautifulmosque

The Islamic Centre and Mosque, Rijeka, Croatia


 sumber : islamicartmagazine


dan juga masjid-masjid dari tanah/lumpur (mud) di Afrika...uniknya..


Larabanga Mosque, Ghana

 sumber: archidatum

 The Great Mosque, Djenne, Mali
sumber : archidatum

Menarik dan unik sungguh senibina masjid-masjid ni...harap2 dapat bersolat di sini...*berangan*

 sumber: lyssasecret

Tuesday, 3 May 2016

The Spy Who Loved Me

Assalamualaikum...

Tajuk tak menahan..huhu..kita mulakan bulan Mei dgn cerita spy..

Siapa suka cerita penyiasatan? ala-ala Detektif Conan, Nancy Drew, Hardy Boys..tu semua buku-buku cerita zaman sekolah dulu-dulu.  

Nak review movies ala-ala James Bond, yang pump up the adrenalin..yang bikin jantung bergetak lebih kencang, seperti genderang mau perang...Tapi bukanlah cerita James Bond yang tajuk di atas. Yang ni spy movies Korean made. Siapa anti drama Korea?? well, check out spy movies ni, memang best. Semua movies tahun 2013.

Yahh, kebanyakan cerita spy Korea melibatkan kisah rakyat, ejen, spy, Korea Utara, yang berpaling tadah ke Korea Selatan (defector), kemudian jadi buruan spy2 dari the Republik..the Fatherland. Biasalahkan, hubungan Korea Selatan dan Korea Utara ni selalu je tegang, kalau tak, takdelah berjuta-juta askar kat border, di Demilitarised Zone (DMZ). Satu negara komunis, yang satu lagi negara kapitalis.

Ok, first in the list, the Berlin File.


Wow, cerita ni..international level. Jenis fast-pace, bergerak pantas, style movie Bourne Identity Shooting di Berlin, Jerman.

Mengisahkan sepasang suami-isteri yang bekerja di Kedutaan Korea Utara di Berlin. Suami bekerja sebagai ejen perisik, isterinya sebagai penterjemah. Disebabkan satu urusniaga senjata yang gagal, Duta dan penterjemah (isteri ejen) disyaki bocorkan maklumat pada US dan Korea Selatan. Penterjemah yang sedang mengandung, kebetulan check-up di klinik berhampiran Kedutaan US, disyaki nak berpaling tadah ke US.

Rupa-rupanya, semua itu agenda jahat 'commander' di Korea Utara. Seorang spy telah dihantar untuk menghapuskan Duta dan penterjemah. Spy berjaya buat suami (ejen) meragui isterinya, tapi dia dapat kesan, menyebabkan dia dan isteri terpaksa menjadi pelarian.  

Spy berjaya menculik si isteri sebagai tebusan. Pihak Korea Utara dan Selatan memburu si suami dan si suami pula memburu spy untuk menyelamatkan isterinya. Officer Korea Selatan tolong si suami menjejaki isterinya, tapi isterinya mati dan endingnya, open-ended...si suami menyeberang ke Switzerland..dan beli tiket ke Vladivostok, Russia.

Ada sekuel part 2, akan ditayang tahun 2017. 

The Suspect


Movie ni juga ala-ala the Berlin File..fast-pace, bergerak pantas.. Mengisahkan ejen Korea Utara yang berpaling tadah ke Korea Selatan dan bekerja sebagai pemandu. Isterinya dibunuh oleh kawannya sendiri ketika mau berpaling tadah ke Korea Selatan dan anak perempuannya dijual kpd satu sindiket.

Dia menjadi buruan polis selepas diperangkap membunuh bossnya. Boss dia ada satu cip yang nak diserahkan pada Korea Utara dalam satu usahasama kedua pihak. Ada group telah merasuah ketua jabatan polis yang memburu ejen supaya mendapatkan cip tersebut.

Ejen 'on-the-run' tu mendapat maklumat yg anaknya masih hidup dan berusaha mencari anaknya disamping membongkar jenayah kumpulan yang nak cip tersebut dan ketua jabatan polis. Dia ditolong oleh dua orang reporter (yang memburu ejen untuk sesi temuramah) dan seorang ejen Korea Selatan yang tiba-tiba dituduh oleh ketua polis yg jahat tu, bersubahat dengan ejen 'on-the-run' semasa mereka bertemu di Hong Kong. 

Yang kelakarnya, cip yang jadi buruan tu sebenarnya mengandungi formula untuk mencipta baja pokok supaya tanaman menjadi subur bagi mengatasi masalah kekurangan makanan di Korea Utara semasa musim kemarau...hehe..

Red Family


Cerita ni saya tengok di Channel A-List, tahun 2014. Tak dapat nak download. Cerita ni lain sikit - ada part humor, ada suspens dan ada part sedih yang boleh mengalirkan air mata - 'tear jerker'. Banyak bermain emosi dalaman.

Mengisahkan empat spy Korea Utara, menyamar sebagai satu keluarga di Korea Selatan - ada suami, isteri, anak perempuan dan seorang datuk.  Jiran mereka, satu keluarga yang sangat teruk - sepasang suami isteri, seorang anak lelaki dan seorang nenek. Suami-isteri selalu bergaduh, yg isteri pinjam duit 'Along', anak lelaki kena buli di sekolah dan nenek pula suka kat atok spy.  
Disebabkan keluarga spy ni dah banyak tolong jiran mereka - tolong lawan dgn gangster 'Along', yg anak perempuan tolong selamatkan anak lelaki jiran dari kena buli disekolah, dll, menyebabkan mereka berbaik sesama mereka.

Misi spy berempat tu - mendapat arahan untuk bunuh rakyat Korea Utara yg berpaling tadah (defector). Disebabkan dah terlalu lama tinggal di Korea Selatan, mereka mengambil keputusan sendiri untuk bunuh seorang defector yg berprofil tinggi sebab nak dapat 'good impression' supaya dapat balik ke Korea Utara

Rupa2nya defector tu ialah spy yang berpangkat besar di Korea Utara. Mereka dikenakan hukuman kalau nak selamat, kena bunuh jiran mereka. Tapi mereka tak sampai hati nak bunuh. Akhirnya, mereka dikenakan hukuman..wahh, sedih masa ni..


Secretly, Greatly


Movie ni sama dengan Red Family - ada suspens, ada humor dan ada part sedih - tapi banyak part humor.  Mengisahkan tiga top ejen Korea Utara ditugaskan menyelinap masuk ke Korea Selatan, tinggal di satu komuniti dan tunggu arahan dari republik. Seorang menyamar sebagai yg ada 'mental problem', seorang 'rocker wannabe' dan seorang budak sekolah.

Yang ada 'mental problem' tu dapat mak angkat, kerja sebagai pembantu kedai. Part dia ni yang banyak 'humor'. Gila-gila sikit, sama dgn rocker wannabe. Yang budak sekolah tu serius sebab dia lg terer dari depa berdua.

Disebabkan mereka ni terer, mereka gunakan skill untuk selesaikan masalah-masalah di tempat mereka tinggal - budak kena culik, perempuan kena kacau dgn stalker. Takde sapa yang suspek mereka ni sebenarnya 'ejen berprofil tinggi'. Setelah sekian lama tinggal di Korea Selatan, tiba-tiba mereka dapat arahan supaya bunuh diantara mereka. Mereka nak lari tapi spy dari republik dah dihantar untuk bunuh mereka bertiga kerana langgar arahan.

--------------------------------------------------------

Amacam, ada movies diatas yang pernah tengok? Ada juga Korean spy drama in the list tapi tak habis tengok lagi, 16 episod, tajuk The Spy (2015) yang diadaptasi dari drama Israel bertajuk the Gordin Cell. 


Bila dengar je drama Israel, memang teruja nak menonton..macamanalah bentuk drama dari negara tu...perghh, memang intelligence...plots involved genius analyst, information analysis, IT security, mak ex-spy, anak pun spy, girlfriend double-spy...huhu..tapi episod awal tu slow sikit, tu yang malas nak sambung tengok. US dan Rusia pun ada adaptasi drama the Gordin Cell ni..power giler cerita ni..

Konklusinya, cerita-cerita macam ni saja menambahkan stress tapi enjoyable to watch..jangan blood pressure naik sudahlah kan..hehe..