Tuesday, 17 May 2016

Steamboat - Flaming & An Nur's

Jom bersteamboat.....

Kalau dulu, cuma ada rebus-rebus saja, tapi sekarang, kebanyakan steamboat dah ada port untuk bakar-bakar jg...ikut market demand..

Pilihan utama untuk steamboat ialah di Flaming di Platinum Walk, Jalan Langkawi, Danau Kota. Harga per pax, rasanya RM36.00++.


Parking mudah dan banyak, ada basement level.

Dah banyak kali juga makan di sini, dulu cuma ada rebus2 je, baru first time bersteamboat dengan 3-in-1 steamboat tower ni....
 
3-in-1 steamboat tower
 diatas sekali untuk stim, bahagian tengah - bakar-bakar, yang bawah sekali - rebus-rebus 

tapi bahagian bakar-bakar tu, tak berapa nak menjadi, berair je sebab terpelowap (istilah sains..hihi) dari wap dari bahagian rebus-rebus.. 


 Apa yang best di sini ialah banyak pilihan bahan2 steamboatnya
side dishes pun pelbagai, air minuman free flow
kuah sup/tomyam pun free flow, kalau surut, depa top up

Sesetengah tempat, seperti di Seoul Garden - kuah sup dan air minuman kena bayar asing (air minuman sekali bayar je, lepas tu free flow). Di Tupai Tupai, kuah sup tak kena bayar, tapi air minuman kena beli asing..air kosong pun tak disediakan..(beberapa tahun dulu, entahlah sekarang ni dah ada ke idok)...memang siksa sikitlah bersteamboat di situ, menahan dahaga..pernah try jg di D'Manggis, Kpg Kuang..slow sikit bab-bab top up bahan-bahan makanan..

Baru-baru ni bersteamboat di An Nur's di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru. Depan medan selera tepi stadium. Harga per pax - RM35.00.

 bangunan cantik, senibina tradisional

restorannya panjang, bahagian steamboat di belakang sekali

Jangan risau tentang parking, ada tempat parking disediakan untuk pelanggan An Nur's di tepi Jalan Daud. Free parking. Sebelah menyebelah dengan parking untuk Restoran Line Clear.

luas juga dining area
takde orang, sebab baru start pukul 6.00 petang. 

begini pula bentuknya - rebus dan bakar


Overall, tak banyak pilihan seperti di Flaming, tapi bolehlah..

Steamboat ni, tak tau la, nak kata sedap tang mana, pada kuah rebusan kot tapi masa makan jarang pulak makan sekali dengan kuah...lebih kepada ratah-ratah je...ke bila dah rebus2, kuah sup/tomyam tu yg buat seafood jadi sedap..entahlah, rasa sama je semuanya..

Thursday, 12 May 2016

Jom Jadi Pekebun Kecil

Assalamualaikum..

Ada urusan di Majlis Perbandaran Kajang, ternampak risalah ni..


Program Kebun Komuniti. 

Selama ni biasa dengar dewan komuniti, kolej komuniti, ni ada pulak kebun komuniti. Jom, edisi siasat.

Kebun Komuniti - program gotong-royong mengusahakan kebun sayur secara halal, bukan secara haram meneroka tanah kerajaan.  

Kebenaran hanya diberi kepada Jawatankuasa Penduduk (kena lengkapkan Borang MPKj/JPP/LL-01). Tak boleh individu yang mohon, kena melalui Jawatankuasa Penduduk. Hasil tanaman dikongsi bersama mereka yg setuju terlibat dan tidak boleh dijualbeli.

Sesuai dengan objektif program ni, iaitu 
  • Untuk kegunaan sendiri dan komuniti (bertukar-tukar hasil tanaman dengan jiran tetangga) 
  • Mempertingkatkan semangat kekitaan di kalangan penduduk melalui pendekatan bergotong-royong dan bantu-menbantu dalam menjayakan program. 
Macam best je program ni..boleh jadi pekebun kecil, tapi balik kerja pun time bulan bersinar, camner nak berkebun..main farmville je lahh..atau guna kaedah hydroponik...paling senang beli kat pasaraya..hihi..

OK, meh kita tengok apa lagi syarat Kebun Komuniti ni..

Kawasan Bercucuk Tanam
  • dikawasan yg dibenarkan sahaja dan tidak menghalang laluan awam
  • laluan selebar 1 meter untuk ke plot teres dan diantara plot
  • kawasan cerun dan berbukit tidak digalakkan kerana menyebabkan hakisan dan kegagalan cerun
Tanaman Yang Dibenarkan
  • jenis sayur-sayuran, ulam-ulaman, herba dan pokok yg tingginya tidak lebih dari 3 meter
  • yang popular jenis ni..


Jenis dedaun


Jenis buah dan kekacang



Jenis umbisi

 Lain-lain syarat:
  • digalakkan guna baja organik dan kompos; baja kimia tidak digalakkan
  • racun kimia tidak dibenarkan
Huh, habis tu nak guna apa ya? guna bahan organik yang mesra alam seperti :
  • Larutan Minyak Neem (semambu) (Neem Oil)
  • Larutan Bawang Putih dengan sabun 
  • Micro Organism (MO) yang dibenarkan (contohnya BT)  
  • kawalan penyakit secara mekanikal dan kultural seperti teknik pengawalan kitaran kehidupan (Life Cycle) digalakkan (tak faham..)
 *First time baca kaedah organik ni....

Akhir sekali, untuk pengairan, kalau boleh guna air hujan yang ditakung dan haiwan ternakan tidak dibenarkan dalam kawasan kebun....kalau ada yang nak bela ayam, kambing..it is a no-no..

Menarik tak kebun komuniti ni? Kalau menonton program Korean Cuisine & Dining, selalu juga nampak kebun komuniti masyarakat Korea di luar bandar...

Yang ni untuk Daerah Ulu Langat, tak taulah majlis daerah/perbandaran yang lain ada buat program Local Agenda 21 ni...ke cuma sesuai di kawasan2 bandar yang kekurangan tanah..

Berbudi pada tanah, in shaa Allah, akan dapat hasilnya. Boleh jimat duit dapur, dapat sayuran yang segar dari kebun, yang lebih sihat, tiada bahan kimia..

Dah ada ke yang buat kebun macam ni? curious juga nak tau..berjaya ke idok, nak gi melawat..hihi...kena tanya MPKj ni..

Monday, 9 May 2016

Dinner Dash

Assalamualaikum..

Masak makan malam dengan pantas, ala-ala main game 'diner dash'..


1. Salad
  • Rebus tiga biji kentang dan dua butir telur ayam.
  • Carik-carikkan daun salad. Potong kobis ungu. Masukkan dalam bekas.
  • Kupas kentang dan telur rebus, potong ikut suka hati (nak kecik2 ke nak besar2), masukkan dalam bekas sayur tadi.
  • Curah mayonis dan sedikit minyak zaitun dan garam.
  • Gaul semuanya dan sedia untuk dimakan begitu saja.

tabur sedikit habbatus sauda

2. Spagheti bersos Alfredo Cendawan 

ala-ala carbonara..


jenama Prego

Panaskan minyak zaitun, goreng daging cincang (atau ayam) sehingga lembut.
Masukkan sos alfredo, nak bagi pedas sikit, masukkan tiga biji cili padi yang dicincang halus (fusion eastern + western)..
Masukkan air, sedikit serbuk lada hitam, serbuk oregano dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih..

Siap!!


Makan dengan spagheti dan buah tomato mentah.
>
>
>

Silap percaturan...dua-duanya berkrim..isk,isk..tapi sos alfredo tu buat cair sikit, tak terasa creamy sangat..hehe..