Wednesday, 15 June 2016

Posto, Posto

Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Posto, posto !!..wait a minute, Mister Postman...

Dua poskad telah selamat diterima dari sahabat bloggers, syukran..

 
  poskad dari Adelaide diterima, dari Mr Khairuddin Lim dari blog Kaki Travel : from Malaysia to the World

baseball stadium

Yang ni dari Kak Noor dari blog Bicara Kak Noor, chef at home in Brunei..tapi sekarang ni chef abroad..di United Kingdom pula..dari London, Nottingham dan sekarang bersiaran dari Bath...

mencipta resipi 'fusion' yang visually pleasing and sangat yummy in the tummy...all about good foods..

 
 Pulteney Bridge, Bath, dibina pada tahun 1770
tuanya jambatan ni..246 tahun..

Bath, sebuah bandar lama yg menarik di UK...Adelaide, Australia's best boutique city..semoga dapat jejak kaki di kedua-dua bandar ni..  

Saturday, 11 June 2016

Bila kena 'rampas'

Assalamualaikum.. Salam Ramadhan ke-6.


Bagaimana kita melayan Ramadhan kali ini? Semoga lebih baik dari tahun-tahun terdahulunya..

-------------------------------------------------

Tajukkk..'bila kena rampas'...suspen bebenor bunyi nye..hehehe..

Sambung kisah cuti seminggu di kampung sebelum puasa haritu..

Selepas balik dari pekan minggu, dah angkat semua barang, berehat-rehat di sofa sambil tengok tv, pukul 2 nak drive balik KL..

Layan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan..tiba-tiba bunyi hon di luar pagar..adik dah sampai dari Aloq Staq..
 
Aku jengok ikut tingkap je, malas nak bangun,  tunggu dia parking kereta dulu...tetiba anak sedara dua orang ni, keluar kereta, masuk je rumah, terus 'rampas' remote control tv...tukar channel Astro Ceria..untuk kita-kita aje..

budak Aloq Staq
hang pi mana, hang pi mana

Ini boleh mendatangkan marah!!..hihi..malas nak gaduh, berebut remote control dengan budak kecik..bila dah ada kt depa berdua, memang takde chance le nak tengok channel lain..layan je lah..makcik pun suka tengok kartun...haha..

tudia..remote letak tepi pinggan nasi
dikawal rapi..hihihi..

- Happy weekends -

Wednesday, 1 June 2016

P.067 - Berlenggang pergi

Panas-panas....

Kerusi Parlimen P.067 Kuala Kangsar....

Orang kuale cakap paneh-paneh...kenapalah sampai mencarut...isk, isk..teman tak faham betui la..
 

 first time tengok perisytiharan pilihanraya
ditampal di dinding pejabat pos

Seminggu duduk di kampung minggu lepas, cuaca memang paneh di kuale. Kalau di belah-belah utara sana, di Kedah, Penang, hujan lebat, ribut lagi..tapi disini panas hingga ke petang..sambung ke malam..

Cuma petang Jumaat je, hujan turun...sebab teman tak bawa payung, meredah hujan (renyai-renyai je pun) dalam misi mencari lemang di pasar malam..

lemang spesial - jagung & pulut hitam

Kalau ke kuale, jangan lupa singgah di sini...Medan Cendol & Laksa MPKK, di tepi Sungai Perak...pekena cendol & lakse kuale..

 
tapi teman makan pasembor, cendol mesti
laksa selalunya masak di rumah

Pagi Ahad ada pasar tani di kawasan lembah - orang kuale panggil 'pekan minggu'..dan teman mencari apom lenggang warisan mak tok..

 yeayy...ini gerai nya
apom lenggang 5 keping RM2.00
tapi kena tunggu giliran, ramai pulak, lama nak menunggu

 kuali-kuali kecik utk apom lenggang, yang kiri tu kuih dangai
 brother hujung sana tengah masak kuih dangai ni

kuih dangai, sebiji 80 sen, 
sedap kuihnya, lembut & panas sbb dimasak on the spot

Disebabkan mak teman asyik panggil je, gamit-gamit dari jauh, nak balik cepat, sebab bapa teman tinggal sorang-sorang kat rumah (bapa teman tak berapa sihat), terpaksalah teman berlenggang pergi dari gerai apom lenggang ni. Beli kuih dangai saja, tak dapat le teman nak khabor, sedap ke idok apom lenggang. Kalau kome singgah kuale hari Ahad, boleh try apom lenggang..

Nun jauh disana- Jambatan Sultan Abdul Jalil


Pilihanraya kali ni berapa penjuru? 2? 3? 4? entahlah kome...kita tunggu hari Ahad ni. Teman tak mengundi di sini. 

Sekian, wassalam..