Monday, 22 August 2016

Google++

Assalamualaikum...salam hari Isnin..

Baru perasan perubahan dalam blogspot ni....Blogger profile dah diganti dengan Google+profile.

Google+ ni dah lama buat tapi jarang sangat guna sebab pakai nama lain. Nampaknya sekarang, nak tak nak kena guna juga, cannot escape anymore. Cuma belum connect sepenuhnya lagi, sebab tu takde new updates dalam my Google+..
 
Bagi blog yang baru saya follow, automatik imej Google+ macam ni yang keluar....jangan kata saya tak follow...huhu..bloggers support each other...kalau boleh nak follow semua my blog's followers tapi ada yang takde link...

Sekian, stay tuned...

Wednesday, 17 August 2016

KFC @ Sentul Raya Boulevard

Assalamualaikum..

Tiga huruf - KFC. Rasanya semua kenal dan tau apakah KFC ni. 

Omnomnom..ayam goreng!!!

Tapi apakah istimewanya KFC kat Sentul Raya Boulevard ni?? 

Ia ialah Community Care project by KFC. Kebanyakan pekerjanya ialah orang kelainan upaya (OKU), mostly mereka bermasalah pertuturan (bisu).
 
Community care KFC restaurant

So, macamana nak order? boleh je, guna jari-jemari tunjuk2 kat menu, kat display board. Setakat ni takde masalah nak order, gunalah body language untuk suruh tapau ke, nak sos lebih ke...
 
 
  KFC dalam bahasa isyarat

Orang kurang/kelainan upaya (OKU) juga insan biasa, yang inginkan kehidupan yang sama seperti insan normal yang lain. Sekarang ni sudah banyak program-program TV yang ada bahasa isyarat. Salah satunya, program 30 minit Ustaz Don. Kagum sungguh tengok translator bahasa isyarat ni..laju betul..

Jom kenali huruf-huruf dalam bahasa isyarat...berbicara dengan jari-jemari...
 

sumber: jmorisson

Semarakkan kasih sayang dalam masyarakat...saranghae..

 

Thursday, 11 August 2016

Khadijah's Kitchen & RISM Charity Run

Sambung aktiviti 'weekend' di Petaling Jaya.

Sebelah malamnya, dah cukup korum, diskusi nak dinner kat mana. Yang paling dekat, A&W, jalan kaki je tapi semua malas nak makan fast food.  So, we had dinner at Khadijah's Kitchen di Seksyen 11, PJ.

Old timers mesti kenal Datuk Khadijah Ibrahim ni, penyanyi tersohor zaman 80'an. Lagu femes...Ku gembira di samping mu...

Dari Shah's Village, kena buat 'one big round' sebab jalan2 utama di bandaraya Petaling Jaya ni dah jadi jalan sehala.
 
 
 interior


Saya dan Mel order Nasi Goreng (FBI) Datin Seri Faridah Sedap Gila - dalam buku menu, tulis macam tu. Meh kita tengok, sedap ke idok...

 appetiser - cekodok sayur

 the main dish

macam-macam ada - nasi goreng, udang goreng, telur mata kerbau
sayur campur, sambal belacan, sate ayam, papadom, timun

Harga - 19.90 set sekali dengan air teh limau ais & dessert of the day. Dessert haritu ialah bubur pulut hitam, yang sangat sedap, lemak berkrim.

The verdict: Memang sedap, recommended. Nasi gorengnya ada petai..

Sarah order nasi putih, asam pedas ikan tenggiri dan kailan ikan masin. Pun sedap juga dengan kuah asam pedas yang pekat, masam, masin serba cukup..

~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Dah habis dinner, singgah outlet A&W yang besar lagi femes kat PJ ni. Sebelah hotel je. Ada dua outlet A&W di sini, satu lagi yang dalam PJ Palms Sports Centre.


 outlet A&W yang femes kat PJ

Beli chicken coney, tapau untuk breakfast pagi esok. Walaupun hari minggu, A&W ni dibuka 24-hour, tapi dah tak sempat nak singgah pagi esok. Awal-awal pagi lagi, selepas Suboh, dah kena gerak.

 memang popular float di sini - root beer + ais krim

Balik bilik, buat persiapan untuk pagi esok. Iron tudung, siapkan kasut. Timbul pula drama sebabak. Mel terlupa bawa stokin...huhu...dah takde mood nak join event. Dia cakap nak tidur je dalam bilik.

Nak gi 7-E, semua dah malas nak keluar. Telefon budak2 lain yg join event, suruh bawa extra stokin. Problem solved.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ahad, 31 Julai 2016.

D'day. The Run @ Taman Jaya, Petaling Jaya.

The RISM Charity Run. 

Pagi pukul 5.00 dah bangun. Buat warm-up sikit. Sesi regangan. Selepas solat Subuh, makan chicken coney. Breakfast dulu, nanti pengsan, susah.

Joel datang bawa stokin untuk Mel, naik kereta dia ke Taman Jaya..yeayy, save energy. Kalau tak, kami nak jalan kaki je...huhu..jauh juga..

fajar menyingsing

Chiit..kata pukul 6.30 pagi, nak flag off. Masih lagi gelap-gulita. Kelam-kabut kitaorang. Tengok2 pukul 7.00 pagi, baru berlepas.

dah terang

Jumpa member-member office yang lain, ada yang masuk kategori terbuka, berkumpulan, korporat. Teruja..takut pun ada, boleh ke habiskan 7 km tu, dah lah tak training...tawakkal je...ambulance ada..

pelepasan untuk kategori 7km men open
aiseyy...pistol tak meletops pulak..

running women

dah tammat

Alhamdulillah, dapat habiskan larian dalam masa 1 jam. Lebih banyak berjalan dari berlari. Antara kami bertiga, Mel yang habis dulu, saya kedua, Sarah last sebab terpaksa berhenti rehat, kaki cramp.

Overall, we had fun join this event. Memang mencabar minda dan fizikal sebab ingatkan jalan rata je, rupanya ada part yang kena mendaki, turun bukit, terutama di Seksyen 5, dekat Bukit Gasing..

 
 the route

HR manager & PJ office director siap singgah Restoran Raju, pekena teh tarik ...haha..kelakar tapi dapat medal juga sebab HR Manager join group. Ahli group yang lain berhempas-pulas lari..nak score tempat..tak aci, tak aci..

Kami tak tunggu acara penyampaian hadiah (sebab dah tau mesti tak hadiah punya, stock belakang2), terus balik hotel, sejukkan diri dalam air-cond, mandi-manda and check out pukul 12.00 tengahari.

Mel dan Sarah sambung aktiviti di AmCorp Mall, saya balik rumah and zzz..letih giler. Rumah terbuka pun tak pergi..

Sekian, percutian khas di PJ sempena charity run..