Thursday, 25 August 2016

Menjenguk kebun kecil

Setiap kali balik kampung, mak mesti mengajak kami pergi menjenguk kebun di Kpg Sungai Siput. Kampung ni tak jauh dari rumah kami, dekat dengan Kolej Universiti Sultan Azlan Shah di Chandan Putri.  

Kampung ni dah semakin membangun selari dengan arus pembangunan disekitarnya..spillover effect..dah jadi kampung moden..tapi masih ada ciri-ciri tradisional...i like..

Tanah kebun ni takdelah besar mana, satu lot ada 3 penama, entah macamana boleh beli, teman pun tak tau, kawan-kawan kot. Masa tu teman sekolah lagi. Diantara hobi ayah teman, inilah, beli tanah sikit-sikit, tanah pertanian. The kampung style..

Kat atas tanah ni, ditanam pokok rambutan, manggis, durian, nangka, cempedak, pokok kelapa, pokok buluh. Dulu ada tanaman kontan..hehe..pokok bunga kantan. Dapatlah dijual hasilnya. Ayah juga bina sebuah rumah kecik, ada orang nak duduk, kami sewakan.

Sekarang, kebun ni dah statik, takde perubahan, takde peningkatan, cuma ada apa yang ditanam dulu-dulu je sebab tuannya pun dah tak larat nak usahakan 

 pokok buluh dah tua dan menjulang tinggi, dah banyak kali berjasa tuk buat lemang masa hari raya. Dibawah tu ditutupi oleh pokok kaduk

pokok nangka sedang berbuah lebat

 mak sedang buat galah

 mengait buah kelapa, teman try jugak, tak menjadi..huhu
Galah tu berat jg, terhoyong-hayang jadinya

 hasil kaitan - ada yang tua, ada yang muda
yang tua buat masak gulai, yang muda utk kuih-muih

 kelapa ditebuk tupai
the real one, not the peribahasa..hehe..

 pokok batawali yang pahit berdengung
mak jemur, kemudian blend, bubuh dalam kapsul
makan, buat ubat pelbagai penyakit 

  kaduk naik junjung
pucuk kaduk ni sedap dibuat kerabu

 mengait rambutan, cucu penyewa rumah bergayut kat bawah pokok
seronok benor dia, bermain dibawah pokok, teman tolong kutip buah
sambil snap2 photo

 kambing yang jinak, cute sungguh kambing ni


cucu penyewa rumah bermain dengan kambing
berani benor, dia punya 'pet' kot

 mengintai kambing makan rumput

  penyewa rumah buat kebun bendi kat tanah sebelah
dapat merasa, orang memberi kita merasa

 kebun getah

Dah beraktiviti di kebun, singgah restoran, untuk menghilangkan dahaga..

 
 kemudian ke pekan kuale, 


Sungai Kangsar mengalir lesu

 kedai jahit tepi, beli benang
 
Beginilah selalunya bila balik kampung, menjenguk ke kebun, mengutip hasil berbudi pada tanah...Alhamdulillah..

Monday, 22 August 2016

Google++

Assalamualaikum...salam hari Isnin..

Baru perasan perubahan dalam blogspot ni....Blogger profile dah diganti dengan Google+profile.

Google+ ni dah lama buat tapi jarang sangat guna sebab pakai nama lain. Nampaknya sekarang, nak tak nak kena guna juga, cannot escape anymore. Cuma belum connect sepenuhnya lagi, sebab tu takde new updates dalam my Google+..
 
Bagi blog yang baru saya follow, automatik imej Google+ macam ni yang keluar....jangan kata saya tak follow...huhu..bloggers support each other...kalau boleh nak follow semua my blog's followers tapi ada yang takde link...

Sekian, stay tuned...

Wednesday, 17 August 2016

KFC @ Sentul Raya Boulevard

Assalamualaikum..

Tiga huruf - KFC. Rasanya semua kenal dan tau apakah KFC ni. 

Omnomnom..ayam goreng!!!

Tapi apakah istimewanya KFC kat Sentul Raya Boulevard ni?? 

Ia ialah Community Care project by KFC. Kebanyakan pekerjanya ialah orang kelainan upaya (OKU), mostly mereka bermasalah pertuturan (bisu).
 
Community care KFC restaurant

So, macamana nak order? boleh je, guna jari-jemari tunjuk2 kat menu, kat display board. Setakat ni takde masalah nak order, gunalah body language untuk suruh tapau ke, nak sos lebih ke...
 
 
  KFC dalam bahasa isyarat

Orang kurang/kelainan upaya (OKU) juga insan biasa, yang inginkan kehidupan yang sama seperti insan normal yang lain. Sekarang ni sudah banyak program-program TV yang ada bahasa isyarat. Salah satunya, program 30 minit Ustaz Don. Kagum sungguh tengok translator bahasa isyarat ni..laju betul..

Jom kenali huruf-huruf dalam bahasa isyarat...berbicara dengan jari-jemari...
 

sumber: jmorisson

Semarakkan kasih sayang dalam masyarakat...saranghae..