Ini bukanlah edisi jalan-jalan cari makan, bukan juga sesi mengular..tapi sesi kerja luar, terjumpa cafe...hihi..
Ada kerja di Axis Business Park, Seksyen 13, Petaling Jaya. Lepas sesi lawatperiksa bangunan, lepak-lepak sambil susun/semak 'inspection materials' di cafe ni - Seeds & Wheats Cafe di Block C, Wisma Fuji Xerox, dalam kawasan Axis Business Park juga.
Seeds & Wheats Cafe
Axis Business Park, No. 10 Jalan Bersatu 13/4
Section 13, Petaling Jaya, Selangor
pandangan sisi
Alang-alang dah nak lunch time, terus je makan di sini. Kena order di kaunter dan bayar. Order nasi ayam telur masin, tart lemon dan teh lemon panas.
nyum, nyum
Sementara tunggu makanan sampai, snap-snap apa yang patut.
cafe kecik je bahagian dalam, ada tempat duduk di luar juga
pelbagai jenis kopi
1'd catch a grenade for you
next time boleh try grenade sandwich
entah macamana lah rupanya
Makanan yang diorder sudah tiba..
lemon tart to die for..sedap..
nasi ayam telur masin
dimanakah telur masinnya? yang kuah tu
rasanya...hmmm, cam pelik sikit...jenuh gak nak habiskan
sib baik order teh lemon...rasa mual..huhu..
total cost
Lemon tart & lemon tea sama harga...overall, oklah..try n error..