Friday, 9 September 2016

Satu usaha yang bagus

Assalamualaikum...

Hospital Mesra Ibadah. Hospital Sungai Buloh. 

Kali kedua ayah dimasukkan ke sini, baru perasan, ada bahan-bahan bacaan dan rujukan untuk pesakit mengerjakan solat. Yang bagusnya semua bahan-bahan tersebut diletakkan di dinding berdekatan dengan katil pesakit. Memudahkan ahli keluarga/penjaga menolong pesakit untuk bersolat.


dua pilihan - debu untuk tayamum & botol spray air untuk berwuduk
siwak juga disediakan

Disertakan sekali buku panduan solat untuk pesakit

 panduan solat pesakit

“Tunaikanlah solat dalam keadaan berdiri. Jika tidak mampu, hendaklah dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu juga, hendaklah dalam keadaan berbaring.” (Riwayat al-Bukhari)

Alhamdulillah, satu usaha yang baik oleh hospital kerajaan. Semoga jadi ikutan hospital-hospital yang lain juga.

Dikesempatan ini,  kepada muslimin muslimat, selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha 1437H pada hari Isnin ni...hati-hati di jalan raya..

Jom puasa sunat Hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah) 
Hari Sabtu & Ahad, 10 & 11 September 2016 

Selamat bercuti.... 

Tuesday, 6 September 2016

Seeds & Wheats Cafe

Assalamualaikum..

Ini bukanlah edisi jalan-jalan cari makan, bukan juga sesi mengular..tapi sesi kerja luar, terjumpa cafe...hihi..

Ada kerja di Axis Business Park, Seksyen 13, Petaling Jaya. Lepas sesi lawatperiksa bangunan, lepak-lepak sambil susun/semak 'inspection materials' di cafe ni - Seeds & Wheats Cafe di Block C, Wisma Fuji Xerox, dalam kawasan Axis Business Park juga.

Seeds & Wheats Cafe
Axis Business Park, No. 10 Jalan Bersatu 13/4
Section 13, Petaling Jaya, Selangor

pandangan sisi

Alang-alang dah nak lunch time, terus je makan di sini. Kena order di kaunter dan bayar. Order nasi ayam telur masin, tart lemon dan teh lemon panas. 

 nyum, nyum

Sementara tunggu makanan sampai, snap-snap apa yang patut.

  cafe kecik je bahagian dalam, ada tempat duduk di luar juga

 pelbagai jenis kopi

 1'd catch a grenade for you
next time boleh try grenade sandwich 
entah macamana lah rupanya

Makanan yang diorder sudah tiba.. 

lemon tart to die for..sedap..

 nasi ayam telur masin
dimanakah telur masinnya? yang kuah tu
rasanya...hmmm, cam pelik sikit...jenuh gak nak habiskan
sib baik order teh lemon...rasa mual..huhu..


    total cost

 Lemon tart & lemon tea sama harga...overall, oklah..try n error..

Friday, 2 September 2016

Oh bulan! Oh Nona!

Assalamualaikum...

Moon cake. Kuih bulan.


Kuih bulan ni client yang bagi, beli di King's Confectionary. 
ada cop halal by Jakim

 rasa sikit, inti perisa kopi, okla, tapi manis sangat
ada pelbagai inti kuih bulan - kacang merah, telur asin, biji teratai, kuaci 

Perayaan Kuih Bulan dirai oleh kaum Cina, dipertengahan bulan Ogos hingga akhir bulan September. Selalunya diraikan dengan Pesta Tanglung, di masa bulan mengambang

Terdapat banyak mitos dan kepercayaan mengenai kuih bulan. Diantaranya kuih bulan ni lambang perjuangan rakyat negara China sebab semasa perjuangan menumpaskan Dinasti Yuan, maklumat yg diselitkan di dalam kuih bulan. Kuih bulan menjadi makanan kebanggaan dan juga dikenali sebagai perayaan Pertengahan Musim Luruh.

------------------------------------------

Buah nona! dah lama tak jumpa!


manis2 buah..