Wednesday, 14 September 2016

Walaupun kusam, aku suka..

Warna menceriakan suasana. Warna menaikkan mood. Warna cerah menggembirakan. Semasa ke kondominium mewah the Troika, nampaknya semua itu kurang tepat. Warna kusam, tapi tetap menarik..
 
Kondominium mewah di Persiaran KLCC ini direkabentuk oleh firma arkitek British terkenal - Foster + Partners, memenangi beberapa awards diantaranya RIBA International Award, Best Luxury Residential Design by H.D.F.Luxurious Project Asia Summit & Awards.

Di tingkat bawah, ada ruang pejabat, unit kedai dan cafe/restoran.  Restoran juga ada di sky lobby yang dilengkapi dengan 'double volume glass walls' untuk enjoy sepenuhnya view KLCC. View iconic towers ni sangat mahal harganya..


Pilihan warna natural, 'nude' colours untuk common area. Nampak elegan, less is more, tak serabut. Stone colour sebegini is timeless..

Warna kusam menimbulkan suasana tenang..

Friday, 9 September 2016

Satu usaha yang bagus

Assalamualaikum...

Hospital Mesra Ibadah. Hospital Sungai Buloh. 

Kali kedua ayah dimasukkan ke sini, baru perasan, ada bahan-bahan bacaan dan rujukan untuk pesakit mengerjakan solat. Yang bagusnya semua bahan-bahan tersebut diletakkan di dinding berdekatan dengan katil pesakit. Memudahkan ahli keluarga/penjaga menolong pesakit untuk bersolat.


dua pilihan - debu untuk tayamum & botol spray air untuk berwuduk
siwak juga disediakan

Disertakan sekali buku panduan solat untuk pesakit

 panduan solat pesakit

“Tunaikanlah solat dalam keadaan berdiri. Jika tidak mampu, hendaklah dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu juga, hendaklah dalam keadaan berbaring.” (Riwayat al-Bukhari)

Alhamdulillah, satu usaha yang baik oleh hospital kerajaan. Semoga jadi ikutan hospital-hospital yang lain juga.

Dikesempatan ini,  kepada muslimin muslimat, selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha 1437H pada hari Isnin ni...hati-hati di jalan raya..

Jom puasa sunat Hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah) 
Hari Sabtu & Ahad, 10 & 11 September 2016 

Selamat bercuti.... 

Tuesday, 6 September 2016

Seeds & Wheats Cafe

Assalamualaikum..

Ini bukanlah edisi jalan-jalan cari makan, bukan juga sesi mengular..tapi sesi kerja luar, terjumpa cafe...hihi..

Ada kerja di Axis Business Park, Seksyen 13, Petaling Jaya. Lepas sesi lawatperiksa bangunan, lepak-lepak sambil susun/semak 'inspection materials' di cafe ni - Seeds & Wheats Cafe di Block C, Wisma Fuji Xerox, dalam kawasan Axis Business Park juga.

Seeds & Wheats Cafe
Axis Business Park, No. 10 Jalan Bersatu 13/4
Section 13, Petaling Jaya, Selangor

pandangan sisi

Alang-alang dah nak lunch time, terus je makan di sini. Kena order di kaunter dan bayar. Order nasi ayam telur masin, tart lemon dan teh lemon panas. 

 nyum, nyum

Sementara tunggu makanan sampai, snap-snap apa yang patut.

  cafe kecik je bahagian dalam, ada tempat duduk di luar juga

 pelbagai jenis kopi

 1'd catch a grenade for you
next time boleh try grenade sandwich 
entah macamana lah rupanya

Makanan yang diorder sudah tiba.. 

lemon tart to die for..sedap..

 nasi ayam telur masin
dimanakah telur masinnya? yang kuah tu
rasanya...hmmm, cam pelik sikit...jenuh gak nak habiskan
sib baik order teh lemon...rasa mual..huhu..


    total cost

 Lemon tart & lemon tea sama harga...overall, oklah..try n error..