Sunday, 18 September 2016

Jom Exercise @ KL Arboretum

Aktiviti di pagi Sabtu awal bulan haritu. Lama sungguh tak ke sini. Mula-mula datang ke sini tahun 2007. Teringat kat 'arboretum' ni masa tengok citer DOTS la...Descendants of the Sun..

Episod last. Masa heroin tengah riki2 tempat menarik kat jam internet dia ni, tetiba keluar 'Korea National Arboretum'..


Let's walk and get some fresh air. Memang tepat. Fresh air. Back to nature. Jom ke KL Arboretum.

"The word arboretum comes from the Latin arbor, "tree," and the suffix -ētum, "place," making the meaning "a place of trees." The concept of the arboretum goes back even further than the word itself, all the way to the ancient pharoahs of Egypt, who raised and studied trees from other lands. The oldest known arboretum in the Western world is the Trsteno Arboretum, in Trsteno, Croatia, which was established in the 15th century"

"In even the busiest of cities you can often find an arboretum, a sort of museum for trees, where many different types of trees and shrubs are growing, kept for scientific study and for the enjoyment of the general population" - source: vocabulary

Lokasi KL Arboretum ni di Changkat Abang Haji Openg, Taman Tun Dr Ismail (TTDI). On the way nak gi ke Bukit Kiara Golf & Country Resort, kalau ikut Taman Tun. Tapi jangan keliru, di Taman Tun, ada tiga taman - Kiara Park, Taman Lembah Kiara dan Taman Persekutuan Bukit Kiara, semuanya dekat-dekat belaka. Zon Arboretum in sebahagian dari Taman Persekutuan Bukit Kiara.


Parking kereta di jalan ni. Jom start mendaki. Ikut jalan tar.

Dari jauh dah nampak banyak monyet-monyet berkeliaran. Bergayut-gayut di kiri kanan jalan. Nak snap gambar pun takut. Takut dirampasnya, bawak lari masuk dalam hutan, memang menangis tak berlagu la. Tapi monyet-monyet ni tak nampak macam ganas sangat, takde la kacau-kacau orang..berjalan dengan tenang tapi mata jeling-jeling juga..hehe..

peta trek. memula semua akan naik ikut trek 1
jauh juga, lepas tu ada pilihan 3 trek lagi 
 
 di permulaan trek 1
 
amaran oleh perhilitan
 
end of trek 1
 
 Fuhh..walaupun cuma berjalan santai-santai je, tapi kena mendaki, memang semput jugalah. Dah habis trek 1, pilihan ramai, trek 2.
 
 Trek 2 starts here
 
denai keladi

ada wakaf utk melepas lelah, berteduh menanti hujan reda

denai pakis
 
Sungai Penchala bermula di sini

menghampiri garisan penamat

berjalan pulang

Taman Tun di kejauhan

geng basikal pula menerjah, disebelah kiri gambar orang jual telur ayam kampung

food truck - jual kuih nyonya, air soya

bangunan Senior Golfers Association

Bangunan BAKTI Siti Hasmah
 
Selain jalan ikut jalan tar, bagi yang more adventurous, boleh hiking dalam hutan, itu baru betul2 mendaki..lebih mencabar...so, sesiapa yang sedang cari tempat untuk exercise, check it out..

Selamat berhujung minggu..

Wednesday, 14 September 2016

Walaupun kusam, aku suka..

Warna menceriakan suasana. Warna menaikkan mood. Warna cerah menggembirakan. Semasa ke kondominium mewah the Troika, nampaknya semua itu kurang tepat. Warna kusam, tapi tetap menarik..
 
Kondominium mewah di Persiaran KLCC ini direkabentuk oleh firma arkitek British terkenal - Foster + Partners, memenangi beberapa awards diantaranya RIBA International Award, Best Luxury Residential Design by H.D.F.Luxurious Project Asia Summit & Awards.

Di tingkat bawah, ada ruang pejabat, unit kedai dan cafe/restoran.  Restoran juga ada di sky lobby yang dilengkapi dengan 'double volume glass walls' untuk enjoy sepenuhnya view KLCC. View iconic towers ni sangat mahal harganya..


Pilihan warna natural, 'nude' colours untuk common area. Nampak elegan, less is more, tak serabut. Stone colour sebegini is timeless..

Warna kusam menimbulkan suasana tenang..

Friday, 9 September 2016

Satu usaha yang bagus

Assalamualaikum...

Hospital Mesra Ibadah. Hospital Sungai Buloh. 

Kali kedua ayah dimasukkan ke sini, baru perasan, ada bahan-bahan bacaan dan rujukan untuk pesakit mengerjakan solat. Yang bagusnya semua bahan-bahan tersebut diletakkan di dinding berdekatan dengan katil pesakit. Memudahkan ahli keluarga/penjaga menolong pesakit untuk bersolat.


dua pilihan - debu untuk tayamum & botol spray air untuk berwuduk
siwak juga disediakan

Disertakan sekali buku panduan solat untuk pesakit

 panduan solat pesakit

“Tunaikanlah solat dalam keadaan berdiri. Jika tidak mampu, hendaklah dalam keadaan duduk dan jika tidak mampu juga, hendaklah dalam keadaan berbaring.” (Riwayat al-Bukhari)

Alhamdulillah, satu usaha yang baik oleh hospital kerajaan. Semoga jadi ikutan hospital-hospital yang lain juga.

Dikesempatan ini,  kepada muslimin muslimat, selamat menyambut Hari Raya Eidul Adha 1437H pada hari Isnin ni...hati-hati di jalan raya..

Jom puasa sunat Hari Tarwiyah (8 Zulhijjah) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah) 
Hari Sabtu & Ahad, 10 & 11 September 2016 

Selamat bercuti....