Thursday, 13 October 2016

Project B. B for Books

Assalamualaikum..

Jom buat Project B. 

Kenapa? Apa jadi dengan Project A? 

Takde apa. Tak jumpa pun Project A...hihi.. 

Project B. Nama sebuah restoran di Sentulraya Boulevard. B stands for Books. Satu projek komuniti, cari dana untuk bantu pembelajaran kanak-kanak dari keluarga miskin di Sentul dan juga anak-anak pelarian dibawah United Nations High Commission for Refugees (UNHCR).

The place. black & white theme

  slide to open

 interior 

order di sini

 drinking water

'empower-a-child!' by Dignity For Children Foundation

 sayur in the city

order nasi lemak rendang ayam & jus lemon..bolehlah..
so-so je, sederhana sedap


Presiden Barrack Obama pernah melawat pusat pendidikan yang diusahakan oleh Dignity for Children Foundation pada November tahun lepas..
source: Bloomberg
Gambar-gambar lain, klik sini - Astroawani

Petikan ucapan President Obama: 
"And today, as you saw, I had a chance to visit with some incredible young people -- those children upstairs, many of them have gone through extraordinary hardships.  They’ve taken really tough journeys.  Most of the children that we saw in the classroom there were Rohingya, who had fled discrimination and oftentimes ethnic violence in Myanmar.  And we're hopeful that with the transition in the politics of Myanmar, that the Rohingya people will begin to get treated fairly and justly in their own country.  But in the meantime, the refugees from Myanmar -- again, mostly Rohingya, mostly Muslim -- those young children up there, they’re deserving of the world’s protection and the world’s support"

Teks penuh, klik sini - whitehouse

Alamat restoran: No. 25-G, Jalan 11/48A, Sentulraya Boulevard, Kuala Lumpur.

Monday, 10 October 2016

Detour, U-turn, membawaku ke sini

Assalamualaikum..

Detour..U-turn..errr..amazing race ke ni? 

Amazing race di Petaling Jaya..hihi..nak pergi Majlis Bandaraya Petaling Jaya..pening dengan jalanraya yang dah jadi one-way ticket to blue..huuu...

Dari Federal Highway, keluar ikut Taman Jaya sebab tau jalan dah jadi one-way, takleh masuk ikut Asiajaya. Lepas roundabout, ingatkan boleh pusing kanan, nak masuk Jalan Yong Shook Lin, jalan depan Bangunan MBPJ, tetiba nampak divider dah disimen, takleh corner ke kanan. Memang dah lama tau yang Jalan Yong Shook Lin ni dah jadi one way, dulu one-way nya arah ke Menara PKNS (ke utara), sekarang beralih arah ke selatan pulak...adehh..pening den..

Terpaksalah jalan terus, kena buat u-turn kat roundabout dekat Hospital Assunta. Memandu ikut arus je, nampak simpang kiri, terus detour, masuk kawasan kedai dekat Menara MBPJ..kot-kot ada shortcut ke Jalan Yong Shook Lin. Lagipun tak tau jalan kat depan tu macamana, takut tiba-tiba kena masuk highway balik atau kena buat 'one big round'..stress driving macam ni..

Jalan tepi-tepi kedai ni pun hazab juga..nampak parking kosong, terus je masuk, parking depan kedai Nasi Lemak Kak Dee. Dah sampai depan kedai, haruslah singgahkan sebab belum breakfast. Ramai pulak pelanggan, meja semua penuh. Takpe, kita selesaikan urusan MBPJ dulu..


Jalan kaki ikut Lorong Kebudayaan ke Bangunan MBPJ akan jumpa kawasan ni - PJ Art Zone.


Sekarang dah semakin banyak tempat buat macam ni, ikut Local Agenda 21 - mencantikkan lorong-lorong belakang...backstreet boys, alright!!

Ini pulak Lorong Tradisional

 

 Ada mural juga


bagus, ada info tentang wayang kulit


Jalan lagi, dekat Menara MBPJ, ada I love, I love PJ

photo hotspot

pelbagai jenis pasu bergantungan

yang ni I like..terasa macam kat Austria..hihi..

Alhamdulillah, disebabkan kena u-turn, detour, dapat jalan-jalan di sini..

OK, selamat bekerja..

Wednesday, 5 October 2016

Ladies and Gentlemen

Assalamualaikum...

holaa, edisi takde kerja, cari kerja....

Tengah stressss tapi lagi stress kalau tak tahan nak jumpa depa berdua ni....apalagi kalau tak jumpa cari...huhu..boleh berpeluh dibuatnya...masa tu, nampak simbol je dah legaaa...

Ladies & gentlemen..jom tengok koleksi imej yang jadi tumpuan ramai...hihi...

kat resort hotel, zaman lord & lady, duke & duchess

zaman klasik 50'an, rambut belah tepi
kat bangunan pejabat

 ni fikir sendiri..mesti ke pompuan bentuk pear??

zaman klasik abad ke-18, ala-ala Downton Abbey

 alaa..comel..you make me smile!!
kat sekolah swasta

 tradisional Thai @ rumah Jim Thompson, Bangkok 

 kat White Temple in ChiangRai
senang jer...lukis gambar, lagi mudah

 flamenco dancers..senoras & senores..
kat Raming Tea House, Chiang Mai

OK, gambar solo pulak sebab segan nak snap yang satu lagi...

 
 zaman firaun pun ada

 muslimah..snap kat masjid

ni kat taman rama-rama di Chiang Mai

pelbagai fesyen baju  

Jenis toilet pulak...macam-macam depa ni..

  yang mana satu pilihan hati?

 yang ni lagi obvious..huhu..


OK, selamat bekerja..